Friday, February 25, 2011

Slot Cengkerama Siri 4 : Kasus Pembunuhan Tragis Episod 1

Tukar turn minggu nie

                                                            Edisi Jumaat - Episod 1

Dr Islah melangkah keluar daripada bilik kecemasan dengan sarung tangan getah yang masih berlumuran darah..Dia terpaksa mengambil rehat selama 5 minit kerana terlalu tertekan dengan keadaan pesakit yang sedang di bedahnya..Sepanjang pengalamannya, belum pernah lagi dia mendapat kes yang semacam ini..


"Bagaimana dengan keadaan isteri saya tuan doktor?", soal Haji Dusuki cemas

"Ikutkan keadaan Hajjah nie, memang patutnya dah lama mati..Tapi takpa, saya akan cuba sedaya mungkin", jawab Dr Islah

"Tapi kalau mati juga, apa lagi yang boleh saya buat", tambah Dr Islah lagi

Haji Dusuki bertambah resah mendengar jawapan daripada Dr Islah..Lepas satu persatu ahli keluarganya di bunuh..5 anak dara dan 3 anak teruna Haji Dusuki habis dah semua menemui ajal..Cuma tinggal isteri tercintanya yang ini saja lagi..Itupun tengah tenat..Nasib baik kali nie Haji Dusuki cepat bertindak..Sempat juga isterinya kalau mati pun merasa mati atas katil hospital..

Hajjah Kristina di temui terlantar di dapur dalam keadaan separuh pinggang ke bawah di tepi sinki dan bahagian pinggang ke atas di bawah meja makan..Putus dua..Tapi bak kata orang, berpantang maut sebelum ajal..Dalam keadaan ususnya yang telah di potong pendek-pendek dan di juntaikan di leher, Hajjah Kristina masih mampu bernafas..

Sekarang semuanya bergantung pada kecekapan Dr Islah melakukan pembedahan..Dr Islah, lulusan perubatan daripada Ireland, bukan calang-calang orang..Belum pernah lagi pembedahan yang di lakukannya gagal..Tapi, apa yang dapat dilihat sekarang, mulut dia lagi banyak buat kerja daripada tangan..

Haji Dusuki mundar-mandir di hadapan bilik kecemasan, resah, seperti menunggu kelahiran anak sulung..


"Selamat petang Haji..Saya Inspektor Azlan daripada unit siasatan bunuh-bunuh..Saya ingin mengambil sedikit keterangan daripada Haji berkenaan kes ini..Kalau banyak lagi cantik..Senang sikit kerja saya", tegur seorang lelaki berperut buncit memakai sweater berjenama Cheetah

Inspektor Azlan di tugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan beramai-ramai ahli keluarga Haji Dusuki..Kes ini memang di klasifikasikan sebagai antara kes terberat dalam tahun nie..Semua media sedang membuat liputan berkenaan hal ini..Tiga empat kali juga Haji Dusuki keluar Tv..Kesemua mayat anak-anak Haji Dusuki yang di temui, semuanya dalam keadaan yang sukar untuk di kenalpasti..Sampai sekarang, tangan sebelah kanan Rebecca, anak perempuan bongsu Haji Dusuki masih belum di temui..

Apa yang menghairankan Pihak Polis, pembunuh tersebut bukan sahaja membunuh dengan kejam, tetapi juga mengambil sesuatu sebagai cenderahati barangkali daripada mangsanya..Kesemua mayat anak Haji Dusuki dan isterinya yang sedang bertarung dengan maut di dalam bilik kecemasan, semuanya tiada ibu jari..Ibu jari mereka telah di kerat dan tidak di jumpai di tempat kejadian..

"Saya boleh ceritakan daripada mula sampai habis pada Inspektor..Tapi izinkan saya ke surau sebentar untuk solat Asar..Inspektor tak nak solat sekali?", kata Haji Dusuki ke Inspektor Azlan

"Errr..Haji pergi dulu..Saya nak buat draft untuk siasatan nie sebentar..Kejap lagi saya pergi", balas Inspektor Azlan cuba mengelak

*****

Bulan lepas, Haji Dusuki sekeluarga pergi bercuti ke Pantai Cherating sempena cuti Tahun Baru Cina selama tiga hari..Haji Dusuki tak suka nak menyewa chalet ataupun hotel kalau pergi bercuti..Dia lebih gemarkan aktiviti berkhemah..Lebih dekat dengan alam katanya..Isteri dan anak-anaknya yang sudah berangan-angan untuk bercuti di temani tilam yang empuk dan penghawa dingin hanya mampu menurut..Segala bantahan mahupun carutan, hanya mampu di utarakan dalam hati masing-masing..


Di pantai Cherating itulah segalanya bermula..

Haji Dusuki mengajak anak lelakinya yang bernama Ryan untuk ke gerai berhampiran membeli apa-apa makanan ringan yang patut..Di gerai tersebut, mereka terserempak dengan seseorang yang mereka sudah temui sebelum ini..Mereka berpandangan sesama mereka tanpa berkata apa-apa..Semasa melangkah balik ke tapak perkhemahan, Ryan berkata sesuatu

"Ayah..itu bukan ke orang tahan kereta kita nak tumpang masa dekat highway tadi kan?..Apa dia buat kat sini..Tadi dia kata nak balik ke terengganu", soal Ryan ke Haji Dusuki

"Erm..Ntah la..Ada la hal dia kot", balas Haji Dusuki

"Tapi saya rasa dia tu lain macam sikit la..Ayah nampak tak cara dia pandang kita tadi?", sambung Ryan

"Ayah pun perasan dan rasa benda yang sama..Tapi tak elok juga kita tuduh orang yang bukan-bukan", jawab Haji Dusuki


Malam itu, keluarga Haji Dusuki gempar..Ramona hilang belum balik-balik daripada main banana boat daripada petang tadi..Haji Dusuki mula berfikir buruk walaupun di mulutnya terkumat-kamit membaca zikir..Segala macam benda datang mengetuk kotak minda Haji Dusuki pada ketika itu..Walaupun begitu, Haji Dusuki cuba untuk mententeramkan keadaan dengan cuba untuk berikir secara waras dan mengelak daripada melakukan perbuatan membabi buta..

Dia mengarahkan semua ahli keluarganya mencari di sekitar pantai dan kawasan berhampiran..Selepas 2 jam seperti yang di janjikan untuk berkumpul semula, masing-masing pulang dengan tiada hasil kecuali Ryan..Ryan menemui telefon bimbit jenama tempatan milik Ramona beserta sekeping nota kecil dengan tulisan berwarna merah yang masih basah..

"Masin la ayah rasa dakwat merah nie", kata Ryan selepas merasa dengan lidah dakwat merah yang masih basah yang melekat pada tangannya

"Ini darah kalau kamu nak tahu Ryan..Ayah sekali pandang dah tahu darah jantan ke darah betina", jawab Haji Dusuki berpura-pura tenang

"Darah orang ke darah babi hutan?", tanya Ryan

"Yang itu ayah tak pasti..Nasib kamu la..Pandai rasa, pandai tanggung", balas Haji Dusuki lagi

Haji Dusuki mengambil nota kecil tersebut yang tertulis

"Kah Kah Kah...Anak kau yang gebu tu belum balik?..Cuba buka henfon dia..Dia ada dalam salah satu video..Jangan risau..Dia tengah berehat-rehat..Kah Kah Kah"


Menggigil tangan Haji Dusuki mencari video yang di maksudkan..Mata Haji Dusuki terpaku pada satu video yang bertajuk "Daging gebu,dihiris nipis-nipis"...

Video tersebut merakamkan bagaimana Ramona di seksa hidup-hidup..Badannya di kelar dan setiap anggota badannya di potong satu persatu..Pehanya di lapah hingga menampakkan isi yang kemerahan..Setiap bahagian yang di potong, diatur semula di dalam satu lubang yang sudah siap sedia di korek..Tangan Ramona di potong dengan meninggalkan dua batang jari dalam keadaan menunjukkan "peace"..Tangan tersebut di pacakkan pada sebatang kayu dan di jadikan penanda pada lubang yang telah di kambus..

Haji Dusuki terduduk di atas pasir melihat tangan anaknya yang menunjukkan "peace" terpacak pada sebatang kayu..

Video di tamatkan dengan satu pesanan..

"Kah Kah Kah..Cari anak kau cepat sebelum kena makan dengan anjing..Aku kambus gitu-gitu aja..Sini banyak anjing liar wooo..Wooff!! Wooff!...Kah Kah Kah"


Skrin henfon milik Ramona gelap..Video tamat..Haji Dusuki masih tergamam dengan apa yang terjadi..Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain..Suasana video yang samar-samar langsung tidak membantu mereka sekeluarga berkenaan lokasi Ramona ditanam...

"Ryan, ayah dah tahu darah sapa dia pakai buat tulis nota tu", kata Haji Dusuki dalam nada sebak

"Ayah lambat..Saya dah tau daripada tadi lagi", balas Ryan

Mereka sekeluarga berpandangan antara satu sama lain..Masing-masing kaku memandang langit malam yang terang....


Bersambung.................................................................................................

*****

Apa yang akan berlaku seterusnya??
Siapa mangsa selepas ini??
Apa sebenarnya motif pembunuhan??
Siapa lelaki misteri yang mereka temui dalam perjalanan itu??
Mampukah isteri Haji Dusuki terus hidup dengan keadaan badan yang terputus dua??
Kenapa pembunuh mengambil ibu jari mangsanya sebagai cenderamata??

Segalanya akan terjawab dalam episod seterusnya..Keh keh keh..Pandai-pandai la korang sambung..

Ikuti sambungan Episod 2 (Edisi Sabtu) oleh Leplep esok...

Ikuti episod terakhir (Edisi Ahad) oleh Hiro lusa..





Sunday, February 20, 2011

Slot Cengkerama Siri 3 : Pak Leman Makan Lemang Episod 2

Apa-apa Hal
Ikuti Episod Pertama Oleh Hiro Dulu Kat Sini

                                                          Edisi Sabtu - Episod 2

Ada yang menggangu fikiran Pak Leman sampaikan berlonggok lemang di buang di belakang rumah oleh bininya..Bersusah payah isterinyanya setiap pagi ke hutan mencari kayu api, menebang buluh, memanjat pokok kelapa semata-mata untuk menyiapkan menu peberetnya..Pak Leman sudah tidak bernafsu lagi memandang lemang..
Pak Leman sekarang sudah mula mengamalkan makan nasi sebagai diet harian setelah 23 tahun mengamalkan memakan lemang setiap pagi, tengahari dan malam..Pak Leman betul punya loya dengan lemang sekarang..Sapa-sapa saja yang sebut pasal lemang depannya mungkin sengaja menempah maut..Jimbit, jiran Pak Leman dah seminggu tak balik rumah selepas peristiwa mengajak Pak Leman membakar lemang..Pak leman kejar Jimbit satu kampung dengan golok..Sampai sekarang Pak Leman tunggu Jimbit balik dengan golok yang di asah tiap-tiap hari..


Fikiran Pak Leman sudah bercelaru di sebabkan satu peristiwa...

*****
2 bulan lepas Pak Leman ke Pekan untuk menguruskan proses pembelian pasir untuk projek baik pulih dewan orang ramai..Dengan langkah yang penuh yakin, Pak Leman masuk ke kedai Chee Kung, saudagar pasir dari Guangzhou..

Melangkah masuk ke dalam kedai terhenti dek kerana Pak Leman di halang oleh 2 ekor anjing milik chee Kung yang bertindak sebagai pengawal pintu..Pak Leman yang cuma berkain pelikat berpeluh di ditu..Kakinya terpaku ke tanah..Tak tahu apa yang perlu di buatnya sekarang..2 ekor anjing bertubuh sasa tersebut mula mengacah-acah Pak Leman sambil menayang gigi taring membuatkan Pak Leman makin kecut..
Melihat keadaan Pak Leman yang sebegitu, salah seekor daripada anjing tersebut yakin yang Pak leman bukanlah satu ancaman yang perlu di beri kekerasan ke atasnya..Maka, dia pun berbisik sesuatu ke rakannya dalam bahasa anjing..

”Cinok!..Biwok!..Masuk!”, jerit seorang gadis dalam dialek indonesia

Anjing tersebut terus berundur dan masuk ke dalam meninggalkan Pak Leman yang tengah sibuk mengesat peluh..Sambil tersengih-sengih, Pak Leman menegur..

”Wah, anjing tu jinak sama kamu yaa”, tegur Pak Leman

”Saya orang indonesia..Kalau enggak penuh ilmu di dada, enggak akan sampei ke Malaya bekerja sama Chee Kung”, balas gadis indonesia tersebut yang memiliki ukuran dada yang sedang-sedang, tidak seperti Julia Perez yang kelihatan seperti sarung nangka kalau dilihat daripada tepi.

Di mudahkan cerita, Pak Leman telah berkenan sama gadis indonesia itu yang bernama Matahari..Umur yang sudah lanjut, tidak bermakna nafsu Pak Leman sudah sampai tarikh luput..
Pertemuan mereka bersama anjing tersebut merupakan titik tolak permulaan perhubungan mereka yang lebih intim..Tanpa berfikir panjang, Pak Leman menikahi Matahari secara senyap walaupun mereka baru berkenalan selama 3 minggu..

Matahari mula menggemari makan lemang dan sudah mula menjadikannya makanan rugi sejak 3 hari yang lalu selepas di latih oleh Pak Leman..

Pak Leman mengupah 20 tukang kayu, 11 tukang batu dan 3 juruukur bahan untuk membina sebuah rumah di Pekan untuk di hadiahkan kepada Matahari sebagai hadiah perkahwinan dan juga sebagai tempat tinggal mereka..Maka, setiap hujung minggu Pak Leman akan ke rumah barunya sementara pada hari biasa, dia di kampung bersama isteri tuanya..

Namun, bak kata peribahasa, bangkai gajah memang susah nak ditutup..Perkahwinan Pak leman akhirnya di hidu oleh isteri tuanya..Depan Pak Leman, isteri tuanya mengizinkan saja kelakuan suaminya itu..Tapi dalam hati, siapa yang tahu..Isteri tua Pak Leman mula merancang sesuatu yang jahat..Isteri tuanya menolak untuk menggunakan kekerasan seperti berperang tarik rambut dengan Matahari tapi memilih untuk menggunakan cara yang halus..

Dengan pengeras 2 ekor ayam golek, setalam pulut kuning, 2 pinggan kerabu mengkudu, 2 set alat solek, sepasang kasut tumit tinggi dan sehelai persalinan, satu ilmu sihir telah dikenakan ke atas Pak Leman menggunakan perantara seorang dukun andartu yang tinggal di puncak bukit..Ilmu sihir tu akan menyebabkan Pak Leman hilang kewarasan berfikir jika sesuatu yang di sukainya di permainkan yakni Pak Leman akan menjadi seperti orang gila berfikir ..

*****

Satu pagi yang redup, matahari mengejut Pak Leman bangun daripada tidur..Susah benar Pak Leman nak bangun pagi itu..Mungkin bekerja keras malam tadi..

”Mas Leman, bangun mas..Saya sudah nyiapkan sarapannya..Ayuh kita pekena bersama”, kata Matahari dengan manja

Pak Leman terjaga sambil menggosokkan mata..Di pandangnya wajah Matahari tepat..Dalam kepala Pak Leman seperti ada sesuatu yang mengganggu..Seakan di bebani sesuatu yang dia sendiri tak tahu apakah ianya..

”Apa yang kamu hidangkan pagi nie Matahari?”, soal Pak leman

”Macam biasa-biasa aja..Lemang kegemaran mas dan air kopinya”, jawab matahari

Pak Leman hanya mengangguk tanda bersetuju..Dia menyuruh Matahari turun dahulu..Dia akan menurutinya kemudian..

Sampai saja di meja makan, Matahari terus menghidangkan Lemang kegemaran suaminya dengan penuh kasih sayang..Pak Leman yang memang lapar akibat kehilangan banyak protein yang di dermakannya pada Matahari malam tadi terus mencapai sepotong lemang..Di suapkan ke dalam mulut..

Apa yang kamu masak nie Matahari?!!..Lemang tawar..Tak Lemak!..Ptuuiihhh!!!”, tengking Pak Leman

”Yaa ampun mas..Saya cuma ngak letakkan garam dan santannya saya kurangkan sikit”, jawab Matahari

”Kenapa?!..Kamu tahu tak yang nikmat makan lemang bagi aku lebih tinggi daripada nikmat bersenggama sama kamu!”, tengking Pak Leman lagi

”Saya cuma mahu kurangkan ambil makanan berlemak..Saya sedang berdiet..Apa mas tidak lihat badan saya yang makin gemuk ini?”, balas Matahari

Pak Leman mula hilang kewarasan..Dia memandang tubuh badan Matahari atas bawah..Bagaimana badan yang sudah semolek-molek begitu, masih di katakan gemuk..Pak Leman memang mengakui yang dia sukar untuk memahami sifat perempuan yang terlalu obses tentang berat badan..Hati Pak Leman mula membara..Lengkap sudah syarat untuk sihir yang dikenakan atasnya untuk menjadi..

Pak Leman menarik Matahari ke bilik air berhampiran dapur..Di cekiknya tengkuk Matahari sambil menghalakan ke arah cermin..

”Macam ini yang kamu katakan gemuk?..Macam ini?..Haa?..Haa?”, jerkah Pak Leman

Matahari cuma mendiamkan diri..Ini kali pertama dia melihat Pak Leman berperangai seperti ini..

Pak Leman menampar-nampar muka Matahari..Darah mula keluar daripada hidung Matahari..Matahari menjerit-jerit meminta maaf daripada Pak Leman..Di sumbatnya gulungan tisu tandas ke dalam mulut Matahari dengan harapan tisu tersebut dapat menyerap sedikit sebanyak bunyi yang di hasilkan daripada jeritan Matahari..Untuk beberapa minit awal, nampak seakan-akan menjadi, tapi keadaan semakin riuh apabila Matahari mula menjerit dalam frekuensi bunyi yang lebih tinggi..

Mendengar jeritan Matahari yang semakin kuat, Pak Leman bertambah berang..Di hempaskan kepala matahari pada bucu sinki..Memancut darah keluar membasahi lantai bilik air yang tadinya cuma di basahi air..Matahari semakin lemah, namun di gagahkan dirinya juga untuk meronta-ronta melepaskan diri daripada Pak Leman yang semakin menggila..

Setelah melihat Matahari yang semakin lemah, Pak Leman keluar daripada bilik air menuju ke dapur..Pak Leman mengumpulkan segala barang-barang yang berguna seperti pisau potong bawang, pencakar sisik ikan dan sebiji garfu..Pak Leman kembali ke bilik air dimana Matahari sedang terlentang atas lantai..Pada saat itu, Matahari hanya mampu mengalirkan air mata..Seluruh badannya sudah lemah tak bermaya..

Pak Leman capai pisau potong bawang yang di bawanya tadi..Di hirisnya bahagian peha Matahari..Pak Leman melakukannya dengan penuh teliti..Setelah menghiris sampai ke tulang, kelihatan lapisan lemak yang bergumpal di celah-celah otot..Dengan bantuan sebiji garfu, Pak Leman mencungkil-cungkil lapisan lemak tersebut keluar..Dikumpulnya di satu tempat..

Pak Leman beralih ke bahagian perut dan pinggang..Semua lemak yang di koreknya keluar, dikumpulkan bersama dengan lemak daripada bahagian peha tadi..Kelihatan lemak tersebut masih belum cukup segenggam tangan Pak Leman..Dia tak berpuas hati..Lemak belum cukup segenggam, macam mana boleh di panggil semakin gemuk..Pak Lemak mula memotong dan menghiris bahagian lain..Makin banyak juga lemak yang dikumpulnya, tapi masih belum cukup segenggam..

Pak Leman buntu..Bahagian mana lagi yang dia hendak potong..Dah habis seluruh tubuh badan matahari di hirisnya..Jika di tulis berkenaan kandungan badan Matahari pada ketika ini, sudah pasti akan tertulis 0% lemak..Macam mana pun, Pak Leman sudah boleh berpuas hati dengan hasil kerjanya..Matahari sudah kembali kurus dengan usaha membuang segala lemak olehnya..Dia tersenyum..Pak Leman yakin Matahari boleh kembali memasak lemang mengikut resepi biasa tanpa perlu risaukan akan berat badannya..

Pak Leman terpandang pencakar sisik ikan yang di bawanya tadi..Dilihatnya pencakar sisik ikan itu masih bersih dan elok..

Penat aja aku bawak pencakar sisik ikan nie..Takkan tak pakai”, bisik Pak Leman dalam hati

Pak Leman membelek-belek badan Matahari yang sudah hancur di hirisnya tadi..Hampir 5 minit mencari, akhirnya dia bertemu juga apa yang di carinya tadi..Sebiji bintik bekas gigitan nyamuk tepat berada pada pipi Matahari..Nampak seakan baru..Pak Leman mencapai pencakar sisik ikan tadi, lalu menggaru pada bintik tersebut..

Sedap enggak digaru nie?..Ini termasuk sekali dalam pakej membuang lemak tadi”, bagitahu Pak Leman pada Matahari

Matahari cuma diam..Dalam keadaan yang sungguh menyayat hati begitu, mustahil benar jika Matahari masih hidup..

Lepas lenguh tangannya menggaru, Pak Leman berhenti..Dia mengangkat Matahari ke meja makan..Di dudukkannya atas kerusi sebaiknya..Pak Leman naik ke bilik, menyalin pakaian..

Dia bergegas keluar meninggalkan Matahari keseorangan di meja makan..

Pak Leman pulang dengan membawa 2 batang lemang yang di belinya di gerai tepi jalan..Pak Leman membelah dan memotong lemang tadi, lalu di hidangkannya di atas meja..Lemang yang di masak oleh Matahari di humban ke luar tingkap..

Setelah menuang teh ke dalam cawan di depan Matahari, dia menjemput isterinya itu makan..

”Sekarang kamu enggak perlu lagi makan lemang tanpa lemak..Ayuh makan sekali bersama aku..Jangan bimbang..Aku sudah buang semua lemak dalam badan kamu tadi”, pelawa Pak Leman

Pak Leman menyambung kembali sarapannya yang terganggu tadi..Melihat Matahari yang cuma diam tanpa menjamah sepotong lemang pun, Pak Leman hairan..

”Kenapa enggak di makan lagi?”, soal Pak Leman

Pak Leman terus menyuapkan lemang ke mulut Matahari..Namun lemang tersebut keluar kembali melalui tengkuk Matahari yang hampir putus..Pak Leman ambil kembali lemang yang terkeluar, dimasukkannya kembali dalam mulut Matahari..Lepas hampir 32 kali Pak Leman ulang langkah yang sama, dia akhirnya mengalah..

”Kamu makan sendiri yaa nanti Matahari..Penatla aku suapkan kamu..Tapi asyik keluar kembali lemangnya..Jangan lupa makan yaa!”, pesan Pak Leman

Pak Leman bersiap-siap untuk pulang ke rumah isteri tuanya..Sebelum melangkah keluar, Pak Leman melihat Matahari masih duduk di meja makan..

”Mas pergi dulu yaa Matahari..Nanti lagi 3 hari mas datang balik jumpa sama kamu”, kata Pak Leman

Selepas 3 hari pulang ke rumah isteri tuanya, Pak Leman kembali ke rumah Matahari..

Sebaik sahaja pintu di buka, satu bau yang amat busuk menusuk hidung Pak Leman..Dia menghampiri Matahari yang masih lagi di meja makan..

”Busuknya kamu Matahari..Kenapa tak pergi mandi?”, soal Pak Leman

Tanpa bercakap banyak lagi, Pak Leman membawa Matahari pergi mandi..Bila sudah mandi bersama, niat Pak Leman mula ke arah yang bernafsu..Tapi Matahari yang tidak memberi sebarang respon, membuatkan nafsu Pak Leman kecut..Di letakkannya Matahari dalam tab mandi yang di order khas daripada Hong Kong..Di biarkannya Matahari mandi sendiri..

Sementara menunggu Matahari siap mandi, Pak Leman merehatkan diri di atas sofa..Di pasangnya Tv ke chanel kerajaan..Kebetulan pada masa itu, waktu Zohor masuk..Maka azan pun berkemandang dalam Tv..

Tak semena-mena fikiran Pak Leman jadi ringan..Dia seolah-olah berada di alam lain..Fikirannya kembali normal..Akal dan jiwanya kembali waras..Kesan sihir yang kena ke atasnya mula hilang akibat seruan azan yang berkumandang..

Pak Leman termenung di atas sofa..Dia teringatkan isterinya Matahari..Habis seluruh rumah di carinya..Akhirnya dia menemui Matahari yang ditinggalkannya tadi dalam tab mandi..Melihat Matahari dalam keadaan yang begitu, Pak Leman jatuh terduduk di depan bilik air..Dia cuba mengingati kembali apa yang telah berlaku..

Dalam keadaan fikiran yang masih samar-samar, dia dapat juga mengingati kembali segala peristiwa yang telah berlaku..

Sebenarnya, Pak Leman sedar apa yang di lakukannya pada Matahari, tapi oleh kerana sihir yang terkena ke atasnya, dia hanya mampu menurut seakan-akan sudah gila..

Pak Leman tak dapat menerima hakikat kejadian yang telah berlaku..Dia terus berlari daripada rumah Matahari dengan semua pintu dan tingkap terkunci rapi..Dia takut kalau ada yang menjumpai mayat Matahari dalam rumah tersebut..

Pak Leman kembali pulang ke rumah isteri tuanya..


*****

”Awal pula balik bang..Takkan dah jemu”, perli isteri tuanya sambil mukanya tersenyum sinis memandang Pak Leman

Pak Leman hanya mampu terdiam

Isteri tuanya menghidangkan lemang kegemaran Pak leman atas meja..

"Abang Leman oi..Meh turun makan",jerit isteri tua Pak Leman

Pak leman turun seperti orang dungu..Otaknya masih ligat memikirkan hal Matahari..

Pak Leman duduk dan terus menghirup kopi..Dia memandang ketulan Lemang yang dihiris nipis-nipis di dalam pinggan yang sudah siap sedia menanti dimakan..


Selera Pak Leman lemah bila terpandang lemang itu..Sama lemah macam selera Pak Leman bila memandang isteri tuanya bersolek semacam apabila tiba saja malam jumaat..

Sejak daripada saat itu, sikap Pak Leman berubah..Lemang yang di gemarinya dulu mula menjadi benda yang paling di jauhi..Jangankan kata nak makan..Mendengar perkataan lemang saja dah cukup membuatkan Pak Leman mual dan loya..


Bersambung.................................

Ikuti sambungan siri ini yang ditulis oleh Leplep




Monday, February 14, 2011

Kenangan Yang Tak Dapat Dilupakan Oleh Hamid - Entri Khas Untuk Mereka Yang Mabuk Cinta Ini Hari



Hamid pulang kerja lewat hari nie..Banyak sangat kerja nak di buat..Bertugas sebagai cleaner dan pembancuh air di sebuah pejabat korporat, memang banyak dugaannya..Melayan kerenah staf-staf yang kononnya berpelajaran tinggi, tapi akal masih di paras minimum KBSR..Buang air pun tak reti nak flush..Dek kerana komitmennya yang tinggi, Hamid sanggup tolong flushkan agar staf-staf lain dapat buang air dalam keadaan selesa..

Kebetulan hari nie, ada mesyuarat penting di pejabatnya..Ramai orang-orang korporat yang datang..Maka sibuklah Hamid membancuh kopi pula..Mesyuarat orang besar-besar tak sah kalau takda kopi tepi tangan..Baru nampak bergaya sikit bermesyuarat..Baru cergas nak bergebang..Air liur banyak memercik, ganti dengan air kopi..Macam-macam kopi yang di order daripada kopi jantan membawak ke lasindah kafe..Mana nak cari..Hamid bancuh kopi CNI..Itu je yang ada..

Sampai saja di rumah, Hamid tergesa-gesa mencari orang rumahnya..Di panggilnya, namun tak bersahut..Hamid menjenguk ke bilik tidur mereka..Terdengar bunyi air memercik di kamar mandi..Orang rumahnya sedang membersihkan diri..Hamid bertukar menjadi miang tiba-tiba..Penat bekerja seharian, mungkin nak mencari sesuatu yang mampu menghilangkan stress di kepala..

Hamid bersiap apa-apa yang patut sementara menunggu orang rumahnya habis mandi..Di semburnya wangian ke seluruh badannya yang kurus, tapi masih boleh dikatakan tegap..Dia menunggu di depan pintu kamar mandi..Ikutkan hati, dah lama Hamid menerjah masuk dan menerkam orang rumahnya..Sudah pasti hangat dan hebat..Hamid tetap menunggu menguji kesabaran..Orang kata, kalau bersabar, hasilnya pasti lebih hebat..

Mereka baru saja bersama..Baru seminggu..Dah lama sebenarnya Hamid memendam rasa pada dia, tapi dek kerana persahabatan sejak daripada bangku sekolah, Hamid takut nak meluahkannya..Takut timbul masalah di kemudian hari..Namun, takdir siapa yang boleh menduga..Mungkin sudah jodoh mereka..Hamid tak bertepuk sebelah tangan..Cintanya berbalas dek kerana keberanian Hamid meluahkan isi hatinya..Secara tak sengaja Hamid meluahkan perasaannya kepada si dia..

Perasaan Hamid sekarang bercampur gembira dan terharu kerana apa yang ditunggunya selama ini akhirnya terlaksana..Memandangkan esok cuti umum, maka dapatlah Hamid dan si dia bermesra sepuasnya malam ini..Masing-masing yang sibuk dengan urusan kerja menyebabkan mereka kurang waktu untuk bersama..

Hamid yang berdiri di depan pintu menjadi kaget apabila pintu kamar mandi di buka oleh si dia..Berderau darahnya..Bulu romanya tegak berdiri..Satu perasaan yang lain mula menyelinap masuk ke tubuhnya..Hamid terpaku memandang si dia yang hanya bertuala di depannya..

"Kenapa dengan kau Hamid?", tegur di dia

"Tak sabar betul kau ya!", sambung si dia lagi

Hamid hanya tersengih-sengih seperti selipar koyak..

                                                 Fly Me To The Moon - Frank Sinatra


Suasana mula bertukar menjadi romantik..Radio memainkan lagu, di tambah pula dengan bau-bauan aroma hasil daripada pembakaran lilin aromaterapi, suasana semakin hangat dan pijar..Hamid merasakan dirinya seakan sedang terapung di atas bulan sambil di pimpin oleh si dia..Fikirannya melayang..

Si dia memberi isyarat dan Hamid hanya mengangguk taat..Mereka terus berpelukan..Haba yang terhasil daripada pancuran air panas mula menyelinap ke seluruh ruang kamar tidur mereka..Menghangatkan lagi suasana..Bibir Hamid mula meliar..Si dia menggesel-geselkan janggutnya ke dada Hamid..Hamid menggelupur menahan geli kesedapan..Misai Hamid dan misai si dia bertemu..Memeriahkan lagi suasana..Hamid mula meneroka dada si dia yang berbulu lebat sambil mendengus kuat..

"Dah lama aku tunggu saat nie Khairul", bisik Hamid dengan manja

Khairul menolak Hamid ke atas katil yang sudah siap di hiasi bunga oleh Hamid..

Selesai saja adegan di ranjang, Khairul membisikkan sesuatu di telinga Hamid..

"Terima kasih Hamid..Selamat Hari Kekasih..Semoga hubungan kita kekal intim sampai ke hujung usia..Sayang kau laju-laju", bisik Khairul sambil menghadiahkan satu ciuman penutup majlis..

Hamid bangun daripada katil, menggeliatkan badannya seraya menjerit kepuasan seperti sedang menonton pertunjukkan bunga api..

Malam 14 Februari 2011, Hamid hilang terunanya..

*****

Yang kat bawah nie sebenarnya motif entri gua sempena 14 Februari tahun ini...


Tak kira lu Islam, Kristian, Hindu atau Buddha..Takda agama yang suruh pengikut diorang buat benda-benda tak elok nie hari ini atau bila-bila..

Kalau gua nampak, gua rakam, gua upload dalam internet..Sekian..

Sedikit renungan di bawah untuk yang beragama Islam...

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” Surah Al-Isra' Ayat 32


Sabda Rasulullah SAW
"Seorang lelaki janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang lelaki di dalam sehelai kain dan seorang perempuan janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang perempuan dalam sehelai kain".(Nail al-Autar,6:16) 

Saturday, February 12, 2011

Slot Cengkerama Siri 2 : Tok Ketua Mencari Miyabi Episod 2

Apa-apa Hal
Ikuti Episod Pertama Oleh Hiro Dulu Kat Sini

                                                             Edisi Sabtu - Episod 2

Terbeliak mata Justin Bieber tengok gelagat tok ketua..Sepuluh Tahun hidup dengan tok ketua, ini kali pertama dia tengok nafsu Tok Ketua macam kuda..Macam dia juga..Kain pelikat di buka sebab nak di buat lap peluh dan air liur..Nak di lap guna daun, nampak macam kurang praktikal..

"Steady Justin Bieber..Steady..Buat-buat tak nampak je apa yang kamu nampak", tegur Tok Ketua

Justin Bieber cuma mengangguk sambil tersenyum..

"Patutla anak pun takda", bisik hati Justin Bieber dalam bahasa kuda

"Sssyyyhhhh..Diam sikit..Kontrol..Kontrol", tambah Tok Ketua yang tak tahan mendengar Justin Bieber mendengus

Tok ketua melilit kain pelikat di leher..Sambil bertinggung, dia mengarahkan Justin Bieber balik ke rumah memanggil Drogba..Hanya Drogba saja yang mampu membantu Tok Ketua dalam keadaan begini..Mendengar arahan diberikan, sekelip mata Justin Bieber lenyap daripada pandangan Tok Ketua..Justin Bieber dilengkapi transmisi automatik 4 kelajuan dengan keupayaan 3000 kuasa kuda..Juga dilengkapi dengan kad memori 512 megabait serta sistem GPS..Justin Bieber dah diubahsuai oleh Tok Ketua menjadi separuh kuda dan separuh elektronik..Baru steady jadi ketua kampung..

Sesampainya Justin Bieber ke rumah, terus dia memberitahu Drogba akan arahan Tok Ketua..Drogba angguk tanda faham dan terus berlari mendapatkan Tok Ketua di hutan..Justin Bieber hantar satu isyarat elektronik ke alatan kelui Tok Ketua memberitahu yang Drogba dalam perjalanan..Selesai semua urusan, Justin Bieber pergi meragut pucuk bunga rumah sebelah untuk mengisi masa terluang..

Drogba adalah seekor dubuk belang yang memiliki tanduk seperti unicorn..Berkeupayaan untuk terbang apabila akil baligh sekiranya di beri makanan yang seimbang mengikut garis panduan yang ditetapkan Jabatan Kesihatan..Drogba di hadiahkan oleh Penghulu Bunian Semenanjung kepada Tok Ketua atas jasanya membantu melatih skuad sepak raga memenangi pingat emas peringkat Bulimpik (Acara sukan level olimpik untuk masyarakat bunian) di Kanada tahun lalu..Drogba garang dan agresif..Sesuai untuk tugasan-tugasan berat..

Dalam banyak-banyak binatang eksotik dalam Kampung Telur Di Hujung Tanduk, hanya Drogba saja yang mampu berbahasa melayu dengan fasih..Anugerah Illahi tersebut di manfaatkan sebaik-baiknya..Tak hairanlah jika Drogba cukup mesra dengan penduduk kampung..Mesyuarat JKKK kampung pun kadang-kadang Drogba di jemput datang selaku pemerhati..

                                          Gambaran Pelukis Berkenaan Watak Drogba

*****

Di hutan, sambil menunggu Drogba sampai, Tok Ketua sibuk mengintai makhluk yang di jumpainya tadi..Yang menghairankan Tok Ketua, apa yang makhluk tersebut buat dalam hutan begini seorang diri tanpa memakai seurat benang..Tok ketua menyarung kembali kain pelikatnya tadi..Dalam keadaan bertinggung di sebalik pokok, risau juga dia kalau-kalau ada orang kampung yang nampak dia dalam keadaan separuh bogel macam tu..Takut ada yang menuduh bukan-bukan..Tak manis juga kalau seorang ketua kampung di tuduh suka buang air merata-rata..

Makhluk tersebut memang sedap-sedap mata memandang..Badannya di liuk-liuk kan mengikut arah angin..Susuk tubuh yang mengancam..Tok Ketua makin geram..Dah tak tertahannya lagi..Makhluk tersebut mesti dibawanya pulang..Dia dah penat menunggu Drogba yang daripada tadi tak sampai-sampai..Tok Ketua mendapat satu akal, bagaimana nak memikat makhluk tersebut..Namun teknik yang Tok Ketua gunakan sangat rahsia..Tersangatlah rahsia sampai tak boleh nak di tulis..

Di pendekkan cerita, makhluk rupawan tersebut akhirnya berjaya dipikat oleh Tok Ketua..Di belek-beleknya tubuh makhluk tersebut penuh terperinci..Setiap inci di nikmati Tok Ketua dengan penuh nafsu..Dadanya yang solid buat Tok Ketua makin geram..Makhluk tersebut cuma mendiamkan diri..Mungkin menahan geli..Tok Ketua usap-usap leher, makin diusap makin mendada..Makin kencanglah Tok Ketua punya seronok..

"Hah Drogba!..Baru nak sampai..Sesat?", soal Tok Ketua pada Drogba yang tengah tercungap-cungap penat

"Dalam perjalanan tadi saya singgah ke rumah Rebecca..Tolong betulkan jambannya roboh..Sondol dek babi hutan", jawab Drogba

"Ingat Drogba, tolong betulkan jamban takpa..Jangan kamu ejas pulak si Rebecca tu..Ingat..Kamu tu tetap seekor dubuk belang bertanduk unicorn walaupun pandai cakap melayu", pesan Tok Ketua

"Nie sapa bos?", soal Drogba apabila terpandang makhluk rupawan tersebut

"Dah, jom balik!", ajak Tok Ketua

Soalan Drogba tak berjawab..Drogba turutkan saja suruhan Tok Ketua..Sia-sia saja dia ke hutan..Mereka berdua pun balik ke rumah sambil mengusung makhluk rupawan tersebut yang di letakkan dalam guni..Drogba yang bertubuh besar jalan depan sekali untuk kaver line..

                                                    Cara Sebenar Mengopek Kelapa

Lagi beberapa meter nak sampai ke rumah, mereka terserempak dengan Omar Marzuki yang tengah sibuk mengopek kelapa..Masih menggunakan garfu..Langsung takda kemajuan..Tok Ketua hanya mampu gelengkan kepala..Inilah akibatnya kalau banyak sangat minum susu lembu masa kecik..Mereka terus menuju ke rumah tanpa menghiraukan Omar Marzuki..

"Wah, banyak betul sayur Abang bawa balik..Buah betik ada tak?..Nie kalau dah penuh satu guni, mesti ada nie, mesti ada!", teriak Bini Tok Ketua menyambut kepulangan suaminya di pintu dengan badan berbau losyen johnson n johnson

Tok ketua menyuruh Drogba masuk ke kandang sebab hari dah nak malam..Takkan nak tido dalam rumah pulak..Sapa nak teman Justin Bieber dalam kandang..

"Aku tak kutip sayur pun..Buah betik pun takda..Tapi aku ada jumpa barang baik punya", bagitahu Tok Ketua ke bininya

Bini Tok Ketua mencebik ke arah Tok ketua..Merajuk..Dah sebulan dia tak makan betik..Kerana terlalu kecewa, dia buat keputusan nak pergi beli buah betik di pekan..Nak cari di hutan, takut sesat..Perjalanan daripada kampung ke pekan mengambil masa seminggu kalau berjalan kaki..Tok Ketua mengizinkan..Maka bertolaklah Bini Tok Ketua ke pekan malam itu juga..Tok Ketua dah tawarkan khidmat Justin Bieber, tapi dia menolak..Jalan kaki lagi sihat katanya..Itulah rahsia badan lentik Bini Tok Ketua walaupun sudah berusia 45 tahun..Rajin bersenam dan makan ulam-ulam serta buah betik..

Tok Ketua terus berlari ke bilik..Di leraikan ikatan hujung guni tadi dan terus mengeluarkan makhluk rupawan tadi..Di letakkannya atas katil..Ditenungnya dalam-dalam..Tok Ketua terus menerkam seperti binatang buas..Di peluknya sambil mengurut-ngurut belakang makhluk tersebut..Respons yang baik di berikan..Tok Ketua makin galak..Tok ketua terfikir nak bagi nama pada makhluk tersebut..

Dek kerana terpesona dengan kecantikan dan susuk tubuhnya yang solid, Tok Ketua namakannya Miyabi, sempena nama artis pujaannya..Sama cantik sama solid..Daripada tape membawak sampai ke DVD terbaru lakonan artis pujaannya tu, semuanya ada tersimpan kemas oleh Tok Ketua sebagai koleksi peribadi..

Tok ketua main dengan Miyabi atas katil sampai dua-dua tertidur kepenatan..Keseronokan bermain dengan Miyabi sampai terbawa-bawa dalam mimpi..

                                                          Artis pujaan Tok Ketua

*****

GEDEBUK!!!!!

Tok Ketua jatuh katil..Mimpi main kejar-kejar dengan Miyabi dekat lereng bukit..Dalam mimpi tu diorang main kejar-kejar berebut aiskrim cornetto..Berlari ke depan tapi muka pandang ke belakang kononnya macam mengacah-acah Miyabi, menyebabkan Tok Ketua tersadung tunggul kayu..

Tok Ketua terkejut..Miyabi dah takda dalam bilik..Menggelupur dia cari Miyabi dalam rumah..Celah almari, dalam periuk nasi, dekat rak sudu dan segala tempat yang bukan-bukan habis di geledah..Tak jumpa juga..Tok Ketua terus meluru ke luar rumah..Dilihatnya Miyabi tengah sedap-sedap melepak atas rumput depan laman..Drogba dengan Justin Bieber belum bangkit..Hari dah cerah, membuta lagi..Macam mana rezeki nak masuk..

Tok Ketua menghampiri Miyabi..Di cuit sikit kaki Miyabi..Miyabi buat-buat terkejut dan juga buat-buat lari..Tok Ketua yang geram mula mengejar Miyabi..Miyabi menyelinap di celah-celah rimbun pokok tebu..Tok Ketua dah di sampuk syaitan..Bersungguh-sungguh dia kejar Miyabi sampai terlondeh kain pelikat di tengah lamah..Mak Jah sebelah rumah yang tengah meraut daun kelapa terhiris jari sendiri sampai putus dek kerana terkejut..

Setengah jam kemudian, pasukan Paramedik tiba di rumah Mak Jah selepas di hubungi oleh anaknya..

Tok Ketua panggil Miyabi masuk dalam rumah..Tak sanggup dia melihat kulit gebu Miyabi rentung di mamah cahaya ultraungu..Tok Ketua terus menyiapkan makanan untuk Miyabi..Daripada semalam dia tak makan apa-apa lagi..Makanan diletakkan di depan Miyabi, tapi dia cuma pandang saja..Nak bersuap la tu, fikir Tok Ketua..

Miyabi cuma mendiamkan diri bila di suap..Dia cuba menelan makanan yang di suap perlahan-lahan..Tok Ketua dah bercadang nak main lagi dengan Miyabi lepas makan kejap lagi..Tak puas semalam..

Belum sempat habis sepinggan, tiba-tiba muka Miyabi jadi ketat..Merah padam..Dadanya turun naik..Macam sesak nafas..Tok Ketua jeling tepat ke dada Miyabi..Miyabi pengsan di tempat kejadian..Tok Ketua bergegas pergi ke dapur mencari peti pertolongan cemas..Tak jumpa..Bininya sorok mana ntah..

Tok Ketua kembali ke tempat kejadian..Di lihatnya Miyabi dah takda..Yang tinggal cuma kesan tapak kaki..Tak mungkin di baham beruang sebab Tok Ketua dah pagar keliling rumahnya dengan ilmu penunduk binatang..Tok Ketua terduduk di situ..

*****

Petang tu kecoh satu kampung yang Tok Ketua dah macam orang gila ke hulu ke hilir tak berbaju mencari sesuatu..Ada saksi memberitahu yang dia melihat Tok Ketua jalan sorang-sorang dekat tepi hutan sambil menyebut nama Miyabi berulang kali..

Kecoh pula lepas tu, ada yang kata Tok Ketua di sampuk Jin bernama Miyabi..

Bila hari dah nak dekat senja, Tok Ketua balik juga ke rumah..Sampai di anjung rumah, Tok Ketua melabuhkan punggungnya atas bendul..Duduk termenung merenung halaman rumah..Masih terbayang di matanya Miyabi di situ pagi tadi..Dia menyalakan rokok..Menghembus asap dengan hela yang panjang..Di sebalik kepulan asap, terlihat raut wajah usang Tok Ketua yang semakin di mamah usia..Terpampang jelas kesedihan di wajahnya...

Hari berganti hari, Tok Ketua masih begitu..Pagi-pagi lagi dia dah keluar mencari Miyabi..Senja baru dia balik..Duduk termenung atas bendul seperti biasa..Drogba dengan Justin Bieber hanya mampu melihat..Sudah beberapa hari mereka tak makan..Bekas makanan mereka pun dah tumbuh cendawan..

Tiba-tiba...

"Tepilah sikit..Orang nak lalu nie", tegur Bininya yang baru balik daripada membeli betik di pekan

"Ehhh..Dah balik kamu Poziah", balas Tok Ketua lemah

"Elok la..Buatkan aku kopi..Dah berapa hari aku tak minum kopi", tambah Tok Ketua

Baru Tok Ketua sedar yang dah dekat seminggu dia mencari Miyabi..Hanya bekas tapak kaki Miyabi yang tinggal sebagai kenang-kenangan...

Ohhh Aduhai
Ku Masih Ingati
Janji Manis
Dan Saat Romantis

Ohhh Tuhanku
Tabahkan Hatiku
Temukanku
Dengan Ketenangan
Jiwa ini
Dibelasah Rindu
Tetapi Apa Dayaku

Bini Tok Ketua keluar membawa secawan kopi yang di order tadi..Dia terus menutup radio yang di pasang dek Tok Ketua full volume..

"Duk Melangut depan pintu..Dengar lagu sedih senja-senja nie apahal?..Nak cari ketenangan betul, nun pegi ke masjid tu..Dah nak masuk Magrib dah nie", kata bininya

Sayup-sayup kedengaran azan magrib berkumandang tak lama lepas tu....


Bersambung.....................................


*****

Ikuti sambungan siri ini yang ditulis oleh Leplep