Tengah malam kelmarin, gua tengah sedap-sedap mengangkang depan Tv layan nesyenel jeografik..Patriotik-patriotik gua, gua layan juga cerita-cerita propaganda amerika..Apadahal, janji jangan sampai jilat bontot depa sudah la..
Tak lama lepas tu, balik la 2 orang rakan rumah gua dengan muka tersengih-sengih..Apahal balik rumah nak tersengih-sengih..Nak kata mabuk, setahu gua, diorang tak pandai nak ke kelab malam..Layan arak murah sambil lepak bas stop pun tak termasuk dalam aktiviti diorang nie..Ini mesti ada sesuatu nie..Gua tanya, tapi berjawab dengan sengih..Cilaka..Kalau tak kerana gua memikirkan cerita tengah sedap dalam Tv nie, dah lama gua libas dengan tali pinggang..Punya panjang gua tanya, sengih je lu balas..Bukan gua kata lu hensem ke yang lu nak tersengih-sengih..
Dah puas tersengih-sengih kat ruang tamu, diorang terus masuk bilik..Langsung takde nak tanya gua dah makan ke belum..Dah mandi ke belum..Gua abaikan je..Tengok Tv keutamaan gua sekarang nie..Dah penat karang, diorang berhenti la tu tersengih..
Kalau time iklan, gua tak fokus sangat ke Tv..Gua berangan kejap dulu..Tiba-tiba gua dengar member gua yang tadi tu bercakap-cakap dalam bilik..Oleh kerana tabiat gua yang rajin korek telinga 4 kali seminggu, gua dapat dengar perbualan diorang..Dah sembang tak nak kuat pulak..
"Weh, bila kau nak bukak nie.Aku dah tak sabar nak tengok", kata Ismail
"Nanti la.Mana boleh bukak sekarang.Tak kan kau dah lupa petua yang kita kena amalkan", balas Samad
"Ala wei, aku dah tak tahan sangat nak tengok nie.Bukak jela.Bukan ada sapa tau pun", Ismail cuba memaksa
"Tak boleh dol.Kau dengar je cakap aku.Nanti kita bukak sama-sama.Ingat matlamat kita", Samad cuba menenangkan keadaan
Gua yang dekat ruang tamu, terkedu jugak dengar..Balik tersengih-sengih, sembang pulak semacam..Dah kahwin dekat siam ke pun..Macam-macam dah gua bayangkan..Sapa yang di belakang, sapa yang kat depan..Siap ada petua-petua pulak tu..Baru balik mengurut batin ke..Cilaka..Gua tak boleh biarkan nie..Gua kena halang..Gua kena halang..Sampai dua kali gua bisik dalam hati..
Dengan pantas, gua menyusup ke kawasan bilik..Pintu bilik diorang tak tutup..Pergghh..Berani mati nie..Projek tak nak tutup pintu..Gua kalau papehal, gua rakam dulu, baru gua tangkap..Gua jenguk kepala ikut celah pintu yang terbukak..Aiii..Dah tidur..Tadi kemain lagi nak tengok itu ini..Tak jadi la tu kot..Lagipun kan diorang dah janji nak bukak sama-sama..Takpe..Esok gua seting lain..
*****
Senja tadi, dua-dua balik rumah, tersengih-sengih juga lagi..Tapi hari nie, dabel dia punya sengih..Pandang sekali memang rasa nak terajang dah..Malam nie ad projek baik la tu, gua fikir dalam hati..Belum sempat gua nak luruskan kaki bagi penerajang, Ismail tegur..
"Weh, jom pegi makan ikan bakar.Kitorang belanja", kata Ismail
"Lepas tu karang kita pegi pekena Tesco kejap.Beli apa-apa yang patut barang-barang rumah", sambung Ismail lagi
"Beli biskut mentega kacang karang sekali", order gua
"Takdehal.Kita beli satu kotak karang", Ismail jawab dengan yakin
Belum sempai Ismail nak sambung lagi ayat dia, gua terus pecut pegi mandi..Takda bantah-bantah dah..
Habis je makan, sambil-sambil pekena rokok sebatang, gua tanya la juga mana diorang tetiba dapat duit pulak..Selalunya manjang kering..Hari nie hisap dunhill..Siap wakaf lagi atas meja..Selalu Luffman pun letak dalam poket..Keluar sebatang-sebatang..Jumpa harta karun ke..
"Kitorang kena nombor hari nie.First prize woo", jawab Samad ringkas
Samad keluarkan tiket nombor ekor dan kertas putih yang ada tulis nombor..Tok dukun bagi semalam kertas putih tu..Ada nombor kat dalam, tapi kena bukak lepas terbit fajar..
"Pttuihhhh.Cilaka", balas gua
Gua amuk dekat situ juga..
*****
Sapa yang ngajo member gua pegi menurun nombor ekor tu sila tampil bagi penjelasan..
Ikan bakar kat kedai tu kemain lagi dia punya sedap..
Biskut mentega kacang tak beli lagi..
Monday, January 31, 2011
Saturday, January 29, 2011
Kerana Sesuap Nasi
Senja semalam, gua dengan Rauf yakni rakan serumah gua dah tak boleh tahan lapar yang kemain lagi daripada tadi..Tengok Tv pun dah tak berapa nak semangat..Menonton cerita serupa cilaka dalam keadaan lapar, memang susah nak bagitau dia punya rasa..Nak buat huru hara dekat facebook pun terketar-ketar jari nak klik sana sini..
Berbelang-belang juga kaki 3 orang budak gua libas dengan batang pancing sebab main badminton depan rumah gua..Orang tengah lapar, memekak tak tentu hala pulak..Nasib baik tak patah batang pancing gua..Kalau tak, nak pegi mengail pakai apa lepas nie..Takkan batang penyapu..
Lepas perasaan gua kembali waras, gua teringat cerita pasal satu gerai nasik kukus sedap kemain lagi dekat dengan petronas depan tu..Abang beruang sebelah rumah yang bagitau ke gua minggu lepas..Tak salah rasanya kalau gua dengan Rauf pegi try nasi kukus kat sana hari nie..Gua terbayang muka abang beruang bersungguh-sungguh bagitahu yang nasi kukus tu memang popular dan ramai orang sambil buat thumbs up..
Gua pegi bersiap lebih kurang..Pisau rambo gua ikat kemas pada betis gua..Bukan apa, kawasan tempat gerai nasi kukus tu banyak negro..Kalau apa-apa hal, kurang-kurang gua dah bersiap sedia..Gua harap prestasi nasi kukus tu tak mengecewakan..
Start motor, terus gerak..Daripada simpang rumah gua nak ke jalan besar, jalan memang clear..Tak payah pakai banyak tenaga sangat nak tunggang motor..Bila sampai je jalan besar, tu dia..Bukan main-main dia punya jem..Kerja mencilok-cilok memang susah nak buat kalau Rauf duduk belakang..Keyakinan nak mencilok gua memang turun separuh kalau ada jenis yang duduk tak reti diam kat belakang..Kalau jatuh karang dua-dua sakit..
Dalam keadaan kami di celah-celah kereta, tiba-tiba Rauf bersuara dekat belakang..
"Ramai betul orang nak pegi beli nasi kukus tu eh.Sampai jem jalan", Rauf bersuara
Gua jeling muka Rauf ikut side mirror sambil gua pamerkan muka kagum..
Berkat pengalaman gua bertahun-tahun dalam aktiviti mencilok, selamat juga kami sampai ke gerai nasi kukus tersebut..Yang kelihatan dekat gerai tu, cuma kami berdua saja yang datang membeli..Tak sama langsung macam suasana yang di gambarkan oleh abang beruang..Lantaklah, janji boleh beli sudah..
Sampai saja kat rumah, Rauf dengan pantas tanpa di suruh terus bentang surat khabar..Buat lapik..Belum sempat gua baca bismillah, Rauf dah sumbat suapan pertama ke mulut..Gua tengok muka Rauf kelat..Macam bergenang pun ada air mata dia..
"Tak sedap langsung.Nasik bagi makan kucing lagi sedap", teriak Rauf
*****
Pagi tadi, gua dengar abang beruang membebel depan rumah dia..Bising betul..Katanya ada orang pancitkan tayar van sekolah dia..Bunyi pintu van kena hempas selang seli dengan carutan..Bergoncang juga dia punya van..
Rauf buat-buat steady tengok abang beruang mengamuk sambil sedut asap rokok dalam-dalam..
Gua pandang Rauf, dia jeling ke gua sambil angkat-angkat kening..
"Cekap juga Rauf buat kerja", bisik gua dalam hati
Berbelang-belang juga kaki 3 orang budak gua libas dengan batang pancing sebab main badminton depan rumah gua..Orang tengah lapar, memekak tak tentu hala pulak..Nasib baik tak patah batang pancing gua..Kalau tak, nak pegi mengail pakai apa lepas nie..Takkan batang penyapu..
Lepas perasaan gua kembali waras, gua teringat cerita pasal satu gerai nasik kukus sedap kemain lagi dekat dengan petronas depan tu..Abang beruang sebelah rumah yang bagitau ke gua minggu lepas..Tak salah rasanya kalau gua dengan Rauf pegi try nasi kukus kat sana hari nie..Gua terbayang muka abang beruang bersungguh-sungguh bagitahu yang nasi kukus tu memang popular dan ramai orang sambil buat thumbs up..
Gua pegi bersiap lebih kurang..Pisau rambo gua ikat kemas pada betis gua..Bukan apa, kawasan tempat gerai nasi kukus tu banyak negro..Kalau apa-apa hal, kurang-kurang gua dah bersiap sedia..Gua harap prestasi nasi kukus tu tak mengecewakan..
Start motor, terus gerak..Daripada simpang rumah gua nak ke jalan besar, jalan memang clear..Tak payah pakai banyak tenaga sangat nak tunggang motor..Bila sampai je jalan besar, tu dia..Bukan main-main dia punya jem..Kerja mencilok-cilok memang susah nak buat kalau Rauf duduk belakang..Keyakinan nak mencilok gua memang turun separuh kalau ada jenis yang duduk tak reti diam kat belakang..Kalau jatuh karang dua-dua sakit..
Dalam keadaan kami di celah-celah kereta, tiba-tiba Rauf bersuara dekat belakang..
"Ramai betul orang nak pegi beli nasi kukus tu eh.Sampai jem jalan", Rauf bersuara
Gua jeling muka Rauf ikut side mirror sambil gua pamerkan muka kagum..
Berkat pengalaman gua bertahun-tahun dalam aktiviti mencilok, selamat juga kami sampai ke gerai nasi kukus tersebut..Yang kelihatan dekat gerai tu, cuma kami berdua saja yang datang membeli..Tak sama langsung macam suasana yang di gambarkan oleh abang beruang..Lantaklah, janji boleh beli sudah..
Sampai saja kat rumah, Rauf dengan pantas tanpa di suruh terus bentang surat khabar..Buat lapik..Belum sempat gua baca bismillah, Rauf dah sumbat suapan pertama ke mulut..Gua tengok muka Rauf kelat..Macam bergenang pun ada air mata dia..
"Tak sedap langsung.Nasik bagi makan kucing lagi sedap", teriak Rauf
*****
Pagi tadi, gua dengar abang beruang membebel depan rumah dia..Bising betul..Katanya ada orang pancitkan tayar van sekolah dia..Bunyi pintu van kena hempas selang seli dengan carutan..Bergoncang juga dia punya van..
Rauf buat-buat steady tengok abang beruang mengamuk sambil sedut asap rokok dalam-dalam..
Gua pandang Rauf, dia jeling ke gua sambil angkat-angkat kening..
"Cekap juga Rauf buat kerja", bisik gua dalam hati
Friday, January 28, 2011
Blogger Anak Satu
Dalam kelajuan maksima, gua pecut skuter member gua dalam hujan yang lebat mencurah-curah membasahi bumi kuala lumpur..Kuala lumpur merupakan ibu negara Malaysia..Ikut sejarah sepatutnya Taiping yang dapat, tapi bukan itu yang gua nak cerita..Dalam kehujanan, gua terpaksa menempuh jalanraya yang penuh dengan lubang-lubang..Entah macam mana, kawalan brek gua gagal..Gua tewas pada satu lubang..Lubang tu dalam dia macam telaga..Gua dan skuter terbenam dalam lubang tu..Suasana gelap dalam lubang tersebut..Gelap dan sejuk menyebabkan gua terlena..
Terjaga saja gua daripada lena, gua lihat alam sekeliling gua berubah..Tadinya gua berada dalam sebuah kota metropolitan, tapi sekarang semuanya berubah..Gua berada di sebuah alam lain yang di selaputi hutan tebal dan binatang-binatang aneh lagi sakti..Mungkin inilah alam magika, fikir gua..Macam mana gua boleh sampai, gua pun tak tahu..Yang pastinya, skuter member gua tadi tu sudah takde bersama gua..Di kejauhan gua lihat, seekor beruk berkaki enam sedang sibuk bermain brek-brek dengan skuter member gua sambil di bonceng oleh seekor tupai betina bersayap..Sah..Gua terpaksa meneroka alam magika ini dengan menggunakan kaki..
Indah betul panorama di sini..Tak sama betul macam alam manusia mahupun filem 2 alam..Haiwan-haiwan di sini hidup bermasyarakat..Ada yang berkahwin campur..Tak hairanlah apabila gua terserempak dengan seekor kucing tanpa misai tapi ada belalai..Tumbuh-tumbuhan di sini juga pandai berdikari..Mereka mampu menyiram diri sendiri daripada air sungai berhampiran..Di sini gua dapat temui buah rambutan yang tiada bulu, kulitnya licin macam kulit buah tembikai..Gua tak berapa nak hairan sebab di alam magika, tiada yang mustahil..
Gua tiba di sebuah taman permainan..Kelihatan kanak-kanak sibuk bermain gelongsor di atas pelangi..Nampaknya gua sudah tiba di kawasan kejiranan manusia magika..Gua terpandang seorang budak kecil sedang duduk berseorangan memeluk seekor arnab..Gua menghampirinya..Mungkin malam ini gua boleh menumpang tidur di rumahnya jika orang tuanya mengizinkan..Gua buat muka semesra yang boleh dan pergi menegur budak bersama arnab itu..
"Siapa nama adik", gua menegur
"Ica", jawab budak bersama arnab
"Kenapa adik tak main gelongsor pelangi macam kawan-kawan adik yang lain?", soal gua
"Saya gayat.Baik saya main dengan arnab saya nie saja.", balas Ica
"Arnab adik nie apa nama dia?", soal gua lagi saja nak beramah mesra
"Hari nie nama dia hitomi,semalam nama dia tachibana.Esok punya nama saya belum fikir lagi.", jawab Ica
"Nama dia ikut hari eh.Takpela.Abah ada dekat rumah tak?.Boleh bawak abang jumpa dengan dia?", soal gua lagi
"Boleh.Jomla ikut saya balik", jemput Ica
Gua mengikut Ica dari belakang..Jauh juga perjalanan nak ke rumahnya..Akhirnya gua tiba di sebuah pondok usang yang mungkin akan roboh dalam dua tiga bulan lagi..Gua di jemput masuk ke dalam pondok..Nak panggil rumah pun tak boleh sebab tak macam rumah langsung..Pondok lebih sesuai..Kelihatan seorang tua terlantar di atas lantai berlapikkan daun buluh..Teruk betul rupa dia..Betul-betul di mamah usia..Ica bagitau gua yang buluh di alam magika nie tak miang..Gua menghampiri si tua itu dan memberi salam..
Muka si tua gua amati betul-betul..Macam gua cam sangat muka lelaki uzur di hadapan gua nie..Lalu gua pun menyoal siasat orang tua tersebut..Daripada soal siasat gua, maka yakinlah gua yang di hadapan gua nie adalah seorang blogger yang gua kenal satu masa dahulu..Si tua itu mengaku yang dialah Blogger Hiro yang selalu bermain-main komen dengan gua dekat facebook..
Dia menceritakan segala kisahnya pada gua..Gua sebak..Sampai begini nasib yang lu terpaksa lalui Hiro..Dia di tinggalkan "mem" nya kerana terkantoi selalu bermain poke-poke dengan makwe lain..Hiro dulu memang terkenal banyak makwe simpanan..Akibat rabak, beliau melarikan diri ke alam magika nie bersama anak tunggal mereka, Ica..Setahun tinggal di alam magika, beliau di serang penyakit misteri sehinggakan nak menaip entri di blog beliau pun dia tak mampu..Ica lah yang selalu menolong Hiro update blog beliau..Walaupun masih kecil, didikan yang Hiro berikan cukup tiptop..Penyakit misteri itu jugalah yang menyebabkan beliau menjadi tua sebelum masanya..Kalau dulu hiro mampu menjamah nasi sampai dua pinggan, tapi sekarang, nak menelan sebiji nasi pun dia tak lalu..
Gua bertanya kepada hiro bagaimana gua boleh terdampar di alam magika ini..Hiro memberitahu yang semua ini sudah di rancang oleh nya..Dia mahu gua menetap di sini menjadi sebahagian daripada keluarganya..Gua adalah lelaki yang terpilih untuk ke alam magika..Rupanya gua ke sini bukan untuk bersuka-suka, tapi ada tanggungjawab besar yang perlu gua pikul..Dalam kata-kata yang tersekat-sekat, gua mendengar amanat yang di berikan oleh hiro kepada gua..
"Lu tinggallah di sini dan apabila genap umur Ica 16 tahun, lu kahwinilah dia dengan hati yang ikhlas.Sayangilah dia sepertimana gua menyayanginya..Lu saja yang gua boleh harapkan untuk membimbing Ica menjadi wanita yang solehah dan berakhlak mulia", pesan hiro pada gua
Dalam keadaan sebak, gua terus bersetuju dengan idea hiro..Tak sangka betul..Gua jadi menantu lu hiro..Mungkin ini sudah takdir gua..
*****
Tiittt tiiiittttt ttiiitttttt
Bunyi mesej masuk ke handphone gua..Nama penghantar jelas tertulis Brader Leplep..
"Woi.Dalam setengah lagi, amek gua kat LRT Bandar Tun Razak..Bas baru sampai kat Pekeliling nie"
Gua bangun, tenyeh-tenyeh mata, tengok sekeliling, gua masih ada dalam bilik gua rupanya..Alam magika tadi hanyalah satu mimpi di siang hari saja rupanya..Yang naik motor dalam hujan tadi pun mimpi juga rupanya..
Cilakak..Takkan la hiro pulak nak jadi bapak mertua gua..Tak sangka, sampai macam tu sekali niat lu diam-diam rupanya hiro..Sungguh gua tak sangka..
Kenapa hiro, kenapa..
Fuhhhhhh...
Nasib baik la bukan real..kalau tak, berapa lama pulak gua nak hidup dalam alam magika tu nak tunggu si Ica cukup umur 16 tahun..Lambat la gua nak merasa nikmat alam perkahwinan kalau macam tu..
Thursday, January 27, 2011
Mandi Di Bilik Air
Perjalanan ke rumah ustazah tempat gua mengaji masa kecik-kecik dulu kalau ikutkan takdela jauh mana..Tapi di sebabkan pergi tu dengan hati yang tak berapa nak ikhlas sangat kadang-kadang, perjalanan yang dekat tu memang perit betul gua rasa..Kalau nak di ukur jauhnya tu, sebatang aiskrim gua rasa da boleh sampai..Gua tak pakai ukuran sebatang rokok sebab masa tu gua belum pandai lagi nak beli rokok batang..Nak beli sekotak, nanti nak sorok mana..Kalau mak gua jumpa tak ke mampus..
Biasanya gua pergi mengaji, gua akan menunggang pacuan dua roda kayuh sendiri yang gua miliki..Itu kalau mood gua rajin nak mengayuh..Kadang-kadang risau juga tulang gua reput..Benda kalau dah pakai berlebihan, cepat rosak..
Untuk mengurangkan rasa risau gua, selalunya gua akan tunggu saja tepi jalan..Mesti ada nanti member gua yang lalu..Gua tahan, gua tumpang..Senang..Peluh tak keluar, kaki tak penat mengayuh..Gua boleh rilek-rilek duduk kat belakang sambil makan aiskrim..Gua boleh pilih sebenarnya kenderaan apa yang gua nak naik..Tapi kalau nak perjalanan tu tak berapa nak bosan, gua tahan juga la basikal member gua..Kalau tahan motor orang tua, karang nak borak apa pulak atas motor..
*****
Ada satu hari tu gua ingat, ustazah gua ada bagitau pasal setan..Macam-macam la ustazah gua cerita..Dapat bercerita boleh tahan lebat juga ustazah gua nie..Gua ada juga tanya ustazah gua, setan tu cakap bahasa melayu ke cakap arab..Tunggang-langgang juga gua tengok ustazah gua fikirkan jawapan..Kehebatan dia bermain dengan masa menyebabkan dia terselamat daripada menjawab soalan gua..Jenis pandai memanipulasikan keadaan..
Yang paling gua ingat sekali, ustazah gua cakap, kalau masa orang azan, dalam bilik air akan penuh dengan setan..Ustazah gua kata, setan nie takut dengan laungan azan..Bilik air tu umpama bilik gerakan diorang ustazah gua kabor..Sejahat-jahat setan, takut juga dia pada azan..Manusia kalau time azan, macam-macam benda buat..Kalau Tv pasang azan, belum sempat habis sebaris, channel dah ke lain..Kadang-kadang je berjawab azan tu..
*****
Biasa masa senja-senja, gua akan mandi sebelum azan magrib..Dan masa tu jugalah masa kakak gua nak mandi..Aktiviti mandi gua akan sedikit terganggu dengan bunyi bising kakak gua membebel dekat luar..Gua kalau mandi memang lama..Yang sebetulnya mandi kejap saja..Main sampan kertas dalam kolah yang buat lama..Habis air kolah bau ubat gigi..Sapa yang cempien main sampan kertas, mesti tau apa guna ubat gigi dalam indutri sampan kertas..
Gua akan berhenti mandi bila dengar bunyi mikrofon masjid di ketuk-ketuk oleh tok bilal..Dah nak azan la maknanya tu..Gua ingat lagi kata-kata ustazah gua..Malas gua nak bersesak-sesak dalam bilik air dengan setan..Taknak gua main sampan kertas dengan anak setan..Anak setan nie jahat dia lain macam..
*****
Bila dah besar nie, dah azan isyak pun belum tentu lagi gua mandi..
Tuesday, January 25, 2011
Siri Bercakap Dengan Lipas - # 2 (Episod berkejaran)
Petang semalam, gua berfacebook sambil makan kacang beli dekat seben eleben..Kacang merupakan makanan yang kaya dengan sumber protein dan garam mineral..Bagus untuk pertumbuhan sel-sel baru dalam badan..Dan oleh sebab itu, kacang duduk dalam tingkat paling bawah dalam piramid makanan..Nie pun google yang bagitau..Gua makan kacang pun sebab sedap..Lain2 hal gua tak ambil tau sangat..
Gua raba-raba dalam plastik kacang..Masuk mulut..Sedap..Gua raba-raba lagi, lain macam..Bergerak2 pulak..Cilaka..Kacang pakai bateri ke apa nih..Gua pandang tengok tangan gua..Seekor lipas tengah berusaha keras cuba menyelamatkan diri daripada kepitan jari gua..Menitik-nitik peluh lipas tu jatuh ke lantai..Keras betul usaha dia..
Adat dunia, yang kuat akan menindas yang lemah..Gua tenung lipas tu dalam-dalam..Jauh dalam sudut hati, gua cam sangat lipas jahanam nih..Inilah dia lipas mutasi hari tu..Gua hempas lipas tu ke lantai sekuat hati dengan harapan dia akan cedera ringan..Gua taknak bunuh lagi..Gua nak seksa bagi dia mati perlahan-lahan..
Setibanya lipas tu ke lantai lepas gua hentak..Dia langsung tak bergerak dah..Takkan dah mati kot gua pikir..Baru kena hempas sikit dah mati, tak dramatik langsung..
"Keh keh keh", ketawa lipas tu dengan angkuhnya..
Pandai juga lipas nie berlakon rupanya..Perasaan gua betul-betul dah di permainkan oleh lipas nih..Gua dah takde selera nak bagi dia mati perlahan-lahan..Ini jam kalau dapat, gua kasi habis terus saja..
Gua angkat tangan se maksimum mungkin supaya kesan pemusnah berada pada tahap optimum..Niat gua cuma satu..Gua nak tengok lipas tu berkecai saja di lantai..Gua pejam mata..Ikut rekod, kalau gua pejam mata, peratusan mengena sasaran lebih tinggi..Tetapi, selaju-laju tangan gua, laju lagi dia rupanya..Mencarut juga gua menahan tangan yang pedih..Sempat pulak dia mengelak..
Bersungguh-sungguh betul lipas tu melarikan diri..Lipas menjual, takkan gua tak beli..Gua kejar..Perbezaan saiz menyebabkan gua sukar untuk mengesan lokasi terkini lipas tu di mana..Jenis jimat tenaga..Lari kejap, menyoroknya yang lama..Penat gua tunggu tak keluar-keluar..
Dalam keadaan yang kritikal macam nie, gua kena menyamar..Yaa..Tanpa berfikir panjang, gua ambil keputusan untuk menyamar jadi busut..Gua ambil posisi betul-betul tepi mesin basuh dan terus menyamar dengan harapan lipas tu akan tertipu dan keluar daripada persembunyiannya dan gua dapat melancarkan teknik serangan gerila..IQ seekor lipas apalah sangat nak di bandingkan dengan IQ manusia macam gua..Gua yakin penyamaran gua pasti membuahkan hasil..
Selang beberapa minit, lipas tu pun keluar..Terkedek-kedek berjalan..Langsung tak dengar bunyi tapak kaki dia..Langkahnya penuh dengan hati-hati..
Dia terus berjalan konon-konon macam mencari gua..Macam main nyorok-nyorok..Dia jadi, gua menyorok..Lipas tu berjalan semakin menghampiri tempat penyamaran gua..Betul-betul sampai depan gua, dia berhenti..Gua tengok dia punya sesungut bergerak-gerak..Lama betul sesungut dia bergerak macam tengah mentafsir sesuatu..Gua terpaksa membatukan diri supaya tidak di kesan..Serangan dari hadapan gua tak boleh guna sebab dah tentu gua akan tewas buat kali kedua..Hanya serangan hendap saja yang boleh gua harapkan sekarang..
Gua cuba elakkan "eye contact" dengan lipas tersebut untuk mengurangkan perasaan cemas..Takut-takut penyamaran gua di kenal pasti..Tapi, dalam cuba elakkan tu, gua terpandang juga sekali lipas tu..Dalam samar-samar gua nampak muka dia senyum..Betullah kata orang, dari mata turun ke hati..Nun di sudut hati gua, gua faham maksud senyuman lipas tu..Dah takde guna gua menyamar..
"Kalau nak menyamar tu, biarlah logik sikit", tegur lipas tersebut..
"Apa kejadah menyamar jadi busut dalam rumah", sambung lipas..
Selesai berucap, terus lipas tersebut lenyap daripada pandangan gua..Tak sempat gua nak bagi penjelasan..Yang peliknya, macam mana dia boleh teka dengan betul yang gua menyamar jadi busut..Gua takde bagitau ke dia pun..
Sunday, January 23, 2011
Rambut Tok Ketua
"Kamu nie ngisap ke kat kolumpo nun?" tegur ketua kampung gua.
"Apahal pulak?" gua jawab.
"Rambut panjang, serabai, tak bersikat.Teruk benor aku nengok kamu nie" sambung tok ketua gua lagi.
"Celaka" balas gua.
Terus gua hadiahkan satu penerajang tepat ke perut tok ketua gua sebagai tanda kenang-kenangan.
*****
Bila rambut panjang, rambut tak sikat aje, mesti kena tuduh bukan2..Apa ingat orang rambut pendek banyak baik ka..Botak Chin dulu pegi merompak bank, sehelai rambut pun takde atas kepala..Macam mana kira pulak tu..
Tok ketua gua tu pun bukan boleh pakai sangat..24 jam berkopiah ke hulu ke hilir..Harta ngalahkan orang bergaji menteri..
*****
Sejak daripada peristiwa tu, tiap kali gua selisih dgn tok ketua gua, mesti dia yang angkat tangan tegur gua dulu..Baru dia tau kerana mulut badan binasa..
Friday, January 21, 2011
Binatang Dalam TV
Main internet lama2 nie kadang2 boleh buat diri jadi bangang..Kalau dah sampai 5 6 kali log in log out facebook, maknanya gua dah patut buat benda lain yang lebih produktif..
Hari dah tengahari..Panas terik betul..Menitik peluh gua..Apa susah..Gua bukak kipas..Benda2 remeh camni takkan nak pikir berat2 pulak..Gua jeling ke pintu rumah..Daun pokok pandan dah sipi2 je nak masuk dalam..Apa la punya idea tanam pokok pandan depan rumah..Tepi pintu pulak..Nak gua potong, karang penat pulak badan..Baik gua buat benda lain..
Gua on TV..Kot2 ada cerita2 sedap buat tengok..Patriotik punya pasal, gua tune TV ke channel tempatan..Siaran tempatan nie semenjak dua menjak nie suka sangat pulak pasang cerita bangang yakni cerita manusia yang pakai baju binatang..Berkebolehan menukar pasir menjadi biskut..Ada mak tiri garang macam beruang..Kalau start scene marah, mata mesti jegil2 dengan shot zoom in zoom out seratus kali..Berkuasa ajaib tapi sering di timpa nasib malang..Ajaib ke jadahnya..
Tepaksa jugak la gua ke channel yahudi yang biasanya kalau pasang cerita binatang, memang cerita binatang betul...Binatang yang memang lahir2 dah jadi binatang..Bukan binatang macam dalam channel tempatan..Badan ada bulu2 macam beghok, tapi part muka, licin pulak..Kacak dan kemas lagi..
Gua ke channel khas binatang..Layan..
Bila gua pikir2 balik, kisah hidup binatang sebenarnya lebih extreme dan sedap di tengok daripada kisah hidup manusia yang serupa binatang atau kisah manusia yang cuba2 menyamar jadi binatang..
Wednesday, January 19, 2011
Siri Bercakap Dengan Lipas - # 1 (Episod berkenalan)
Pukul 4 pagi boleh pulak gua terjaga..Perut punya lapar..Teringat pulak ada megi sebungkus lagi kat dapur..Pikir2 lama pun bukan boleh kenyang..Gua bangun, bukak pintu bilik..Pheewww..
Tengah malam hari nie memang tengah malam yang gelap..Betul punya gelap..Gelap pekat sampai diri gua sendiri pun gua tak nampak..Tengok cermin pun dah takde guna masa2 camni..Hanya satu benda je dapat membantu untuk gua melihat semula..Lampu..Ya..Lepas pasang lampu mesti terang..
Dalam keadaan masih mamai, dua tiga kali juga gua terpetik suis dapur gas, padahal gua patutnya cari suis lampu..Suis lampu patutnya kat dinding..Entah kenapa ke dapur gas yang tangan gua tuju..Dah macam unggun api pulak gua tengok bila dapur gas tu menyala dalam gelap2 nie..Cantik dan menghangatkan..Ralit juga gua seminit dua dekat dapur gas..Tapi tujuan gua bangun bukan nak main unggun api atau memanaskan badan..Gua nak masak megi..
"Assalamualaikum"..Suara halus memberi salam..
Main bagi salam time2 tengah malam gelap camnie memang gua tak suka..Biasa hantu kum kum yang selalu main bagi2 salam camni..Dengan kadar penglihatan berada pada tahap sifar, kelajuan jari gua meraba2 dinding mencari suis lampu pula berada pada tahap optimum..Sifat ingin tahu bercampur2 dengan perasaan seram dan takut dimakan hantu kum kum..Tap!..Suis berjaya gua hidupkan dengan sekali tekan..Yes!..Bila dah terang nie, semangat dia lain sikit..
"Keh keh keh", suara bagi salam tadi ketawa kemain lagi
"Baru sikit dah goyang ke brader", sambung dia lagi..
"Lu jangan main2.Gua henjut sekali naya je karang", balas gua dengan kemas dan ringkas..
"Malas gua nak layan lu..Gua nak masak megi nie..Esok2 nanti gua layan", tambah gua lagi..
Perasaan lapar yang tahap gila menyebabkan gua tak boleh fokus buat benda lain lebih2 lagi nak bersembang gebang bagai..Nak bergurau pun tak terdaya dah..Yang pasti, bukan hantu kum kum yang bagi salam tadi..Gua terus capai heater, masak air, rendam megi, tunggu 2 minit..
Perggghhh..Perut dah kenyang macam nie baru sedap sambung tidur..Betul la kata orang2 tua..Kenyang perut, hati senang..Punyalah senang hati, sampai gua tak teringat langsung pasal sesi dialog kat dapur tadi..
Lepas letak mangkuk dalam singki, terus gua ke bilik sambung berbungkus..Pendapat gua mudah..Mangkuk tu esok2 pun boleh basuh..Tak esok2, minggu depan pun boleh lagi..Selagi mangkuk tu tak reput dalam sinki , maknanya ia masih boleh di basuh..
Betul2 sebelum mata belah kiri gua lelap, tetiba teringat hal di dapur tadi..Rasanya macam gua ada bersembang dengan sesuatu tadi..Tapi benda ape ntah..
Ligat kepala gua flashback balik kejadian kat dapur tadi..Imej dalam flashback gua jelas menunjukkan yang gua bersembang dengan lipas rupanya tadi..Jenis lipas yang pandai menyakat pulak tu..Kaki dia tinggal 5 kalau ikut daripada tayangan flashback gua tadi..Macam mana tadi gua boleh buat tak reti je..Memang selalu kalau gua jumpa lipas, gua buat tak tau je..Tapi nie kes lain..Lipas tu dah sampai tahap boleh menyakat gua..Tak patot juga kalau gua buat bodoh..
Hati jadi gua tak sedap..Macam ada musibah nak berlaku..Lipas dalam rumah nie dah mula bermutasi..Genetik manusia sudah mula bergabung dengan genetik lipas..Mula2 pandai bercakap, lepas nie apa pulak yang dia boleh buat..Macam mana lipas tu boleh bermutasi, gua sendiri pun tak tau..Ini bahaya..Langkah pencegahan perlu di ambil secepat mungkin..
Kenapa la gua tak pijak je lipas tu kasik mati terus tadi..
Sunday, January 16, 2011
Main-Main Mamak
Mamak : Minum apa bang?
Asri : Erm..Kasik teh..
Mamak : Haaaa??
Asri : Kasik teh laa..
Mamak : Haaa??..Apa??
Asri : Kasik teh..teh..teh..tehhhh..
Mamak : Tetek?
Asri : Haah..Kasik tetek satu..
Mamak : Mau sejuk ke panas??
Asri : Panas
Mamak : Abang kalau betul mau, nanti tunggu saya potong bawak taruk sini..
Asri : Ada ka??
Mamak : Mesti ada..Sini kedai suma ada..
Asri jeling tepat ke muka Mamak..Mamak cepat2 tulis order terus blah..5 minit berlalu, secawan kopi sampai..
Kelepoww!!
Jenis amek order nak main2..Lain order lain sampai..7 minit lepas tu, Asri dah sedap2 tengok bola sambil pekena teh..
Dalam hati Asri mengharap jugak "tetek panas" terhidang atas meja..Tapi hakikatnya, kedai mamak memang semua ada..Tapi selalunya dah habis..
Monday, January 10, 2011
Suara Buluh Kasap
Samad pantang nampak mikrofon..Kalau nampak, macam datang satu semangat yang lain macam..Macam kena seru..Menggigil satu badan Samad..Tu baru nampak, kalau dah pegang..Habes jahanam..Jenis kalau dah pegang, tak reti nak lepas..Suara kalau sedap tak pe jugak..
Pernah satu malam, Samad bantainya menyanyi dekat masjid..Sempat jugak verse 2 rangkap..Sikit lagi nak masuk chorus..Tapi tak dan..Orang pakai buat azan, Samad buat kerja lain..Mengamuk jugak pak bilal..Kalau tengah marah, dah tak ingat lagi kaki tu pijak dekat mana..Lancar je mulut mencarut tak tentu hala..
Lepas Isyak, pak bilal stay lama sikit..Ada urusan dengan tuhan katanya..
Malam tu mendapat jugak la dia habuan daripada hasil nyanyian dia yang tak seberapa..Bapak dia balik tak cakap banyak, terus bagi sepam..Jenis bagi takda tanya langsung..Habuan jenis bukan hulur pakai tangan punya..Nasib Samad tak baik sebab ada orang repot ke bapak dia..Harapkan bapak dia ke masjid, seminggu sekali, memang tak tau cerita la..Itu pun kalau bapak dia ingat yang hari tu hari jumaat..Kalau lupa, tunggu minggu lagi satu baru nampak muka..
Kalau ada kenduri kahwin dalam kampung, awal2 pagi lagi Samad dah sampai..Kenduri kahwin mesti ada karoke..Dalam sejam jugak Samad warm up pape yang patut dulu bawah khemah..Baru steady sampai ke petang..Suara Samad menyanyi lagi kuat daripada bunyi kompang pengantin..Samad apa peduli..
Samad masih jugak manusia..Dalam sejam, berenti jugak dia sekejap..Pekena air sirap dulu..Dapat jugak la orang lain pekena karoke sementara Samad pegi minum..Berbulu jugak orang kampung dengar suara Samad..Makan nasik minyak sambil dengar Samad menyanyi boleh di kira sebagai bencana..Nak habiskan sepinggan nasik punya jenuh..Sakit kat telinga boleh turun ke hati sampai hilang selera makan..
Itu semua cerita dulu..Kurang dah Samad buat bencana dalam kampung..Samad sekarang dah ada kerjaya..Rajin betul dia kerja sekarang..Kejap ke kolumpo, kejap ke perlis ngantor pasir..Kerja drebar lori memang memang bizi betol..Komited betul dia dengan kerja..Tapi kalau dah tabiat tu, memang payah nak buang..Cuma sekarang lain sikit..Takde mikrofon pun bole jalan..
Dekat 13 kali jugak Samad tukar kelindan..Enjin lori hidup, suara Samad hidup..Enjin padam karang belum tentu lagi suara Samad ikut padam..
Saturday, January 8, 2011
Penunggu bas setop
Asal malam, bas setop depan kedai runcit Ah Seng tu, mesti ada je lembaga kepala botak duduk melepak kat situ..Tiap2 malam..Muka tak nampak..Bas setop tu takde lampu..Kedai nasik ayam seberang jalan tutup..Tutup lagi banyak daripada bukak dalam sebulan..
"Kenangan bersamamu kasih, seumpama mimpi di dalam mimpi", sengau2 bunyinya..Semalam pun lagu nie..Minggu lepas pun sama..Bila2 pun memang lagu tu je..Lagu peberet la tu gamaknya..Tapi itu jela lirik yang di hafalnya pun..Peberet kenamanya..Balik2 ulang benda sama..Dekat tiang bas setop, tersandar satu basikal jenis yang ada raga dekat depan..
"Tak lain lagi, mesti orang tua rongak nie", kata Epoi dalam hati..Patutla nyanyi sengau..Mulut dah tak cukup pagar..
Sapa tak kenal Pak Usop..Satu2nya orang tua dalam kampung nie yang sembang pakai "gua, lu"..Dengan budak2 macam tu, dengan pak imam yang sama2 main upih masa kecik2 dulu pun macam tu..Tak respek langsung kat pak imam..Gaya nak macam orang muda, padahal badan dah reput..Epoi singgah kejap ke bas setop..Saja nak sembang2 ngn Pak usop..
"Ada pak usop?", tegur Epoi
"Ada sekerat", balas Pak Usop..Itulah tagline Pak Usop kalau orang tegur dia..Kadang2 soalan takde kena mengena pun, itu jugak di jawabnya..Jenis pantang di tanya..Ringan je mulut nak jawab pekataan tu..Apa yang sekerat ntah la..Orang tua nie bahasa dia lain macam sikit..Ada isi..
Epoi duduk jauh sikit dari Pak Usop..Tangan orang tua nie jenis tak mau diam..Minggu lepas habis hangit bulu kaki Pezal kena kerjakan dek orang tua nie..Dekat setengah jam juga Epoi melayan Pak Usop nyembang..Makin di layan makin menjadi orang tua nie..Epoi dari duduk atas bangku batu, sampai bertenggek dekat palang besi..Naik kebas dah..Epoi nak balik..Sebelum balik, Epoi sempat tanya satu soalan dekat Pak Usop...
"Hari-hari tercongok kat sini, banyak ke gaji Tok Ketua bagi jadi penunggu bas setop nie?" tanya Epoi..
Pang!!
Berdengung juga telinga Epoi malam tu..Jenis tak respek orang tua..Tanya tak reti nak berlapik..
Garang jugak rupanya penunggu bas setop..Sama garang macam penunggu busut..Epoi start motor, terus balik..Esok repeat lain..
Friday, January 7, 2011
Memoir Jenal dan Sarep - # 1
Sarep dan Jenal, dua orang pelajar yang terpaksa mengharungi alam persekolahan penuh tipu muslihat dan pancaroba..Dalam sekolah, memang dorang geng berdua saja..Yang lain tak masuk..Budak lain kata dorang nie tak samseng..Baik sangat..Kena bogel dalam kelas pun tak reti nak marah..Tersengih2 je pakai seluar balik..Oleh kerana keakraban mereka, mana ada Sarep, adalah Jenal dan sebaliknya..macam tulah pusing2 dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5..Walaupun dua orang budak nie baik budi pekertinya (Sikat rambut belah tepi, berkaca mata dan sentiasa tersenyum) tapi nasib tak menyebelahi dorang kerana memilik tahap IQ yang masih tak mampu menyelesaikan masalah matematik tingkatan 1 walaupun sudah masuk tahun ke 5 bersekolah di sekolah menengah..
Di takdirkan, di tahun di mana mereka akan menduduki SPM ini, mereka berdua sekali lagi di undi oleh cikgu2 untuk masuk dalam kelas yang paling hujung sekali dia punya nombor..Nombor yang jumlahnya paling besar sekali..Tengok pada jumlah nombor tu memang sedap la bunyinya sebab banyak..Tapi nombor yang paling besar sekali tu juga merujuk pada kelas yang paling jahanam sekali keputusan periksa penghuni2nya..
Macam biasalah, kalau dah kelas begitu, ciri2 manusia yang tinggal sebumbung tu cuma ada 2 jenis saja..Satu jenis yang macam Jenal dan Sarep , yang satu lagi pulak jenis yang memang kalau keluar sekolah nanti, kebarangkalian untuk masuk penjara atau pusat serenti memang tinggi..Jenis samseng tak padan dengan umur..Jenis yang nie kebanyakkannya tahap IQ tinggi, tapi banyak main..Main permainan dan jugak main perempuan..Mana nak berkat, banyak buat maksiat..Ada juga daripada jenis yang kedua nie yang akan menemui ajal di jalanraya, jenis pantang kena remp dengan member ataupun stranger..
Jenal dan Sarep adalah manusia yang paling awal sampai kat sekolah..Dalam kelas pulak duduk depan sekali, tapi tak mau jugak ilmu tu melekat dalam kepala dorang..Tak jugak pandai2..Tengok result periksa tak payah nak menjengket sangat dekat papan kenyataan sebab takkan adanya nama dorang berdua nie dekat atas list..Bongkok sikit badan mesti jumpa nama dorang..Kesian..
Setiap kali keputusan periksa keluar, Sarep mesti tak lalu nak makan bekal yang mak dia bagi time rehat, duduk sorang2 tepi kolam ikan belakang pusat sumber..Tapi Jenal steady sikit..Dia makan dulu lpas tu baru pegi join Sarep..Terdetik dalam hati Jenal nak tenangkan Sarep, tapi sape pulak nak tenangkan hati dia..Sarep seken last, dia last skali..Tiap2 kali periksa macam tu..Sape lagi rabak sebenarnya..
Itu cerita tahun lepas..Tahun nie semangat Jenal lain macam sikit..Hari pertama sekolah, kelas paling awal sekali, awal pagi..Jenal termenung memikirkan nasib dia dengan Sarep..Macam mana nak masuk U kalau terus macam nie..Tak dapat la merasa awek2 cun dekat U nanti..Dah la 5 tahun sekolah kat sekolah laki..Nak cari awek dekat pesbuk, internet pulak takde dekat rumah..Ayah dia tak bagi pasang internet..Jenal nie bukan bole harap sangat..Orang dah kawin pun selalu bukak benda bukan2..Nie kan pulak Jenal yang muda remaja..
Kat taman perumahan Jenal ada sorang awek cun..Tapi tu sorang jelah..Nak kne kongsi satu taman..Peluang Jenal tipis..Sebab tu kena masuk U..Awek banyak..Peluang tinggi katanya dalam hati..Jenal memang teringin benar bercinta..Kurang kasih sayang..Mak dah meninggal time kecik..Bapak pulak kawin bini muda..Mak tiri garang macam beruang..Jenal kurang belaian daripada seorang perempuan..Dia nekad nak masuk U..Sesuatu perlu dirancang supaya keadaan berubah..
Bersambung..........
Wednesday, January 5, 2011
Entry sangkut paut
Tengok sambil mencarut...
Tak elok sangat untuk "buku amalan"..
Nak buat macam mana..
Mana boleh tahan..
Jahanam...
Dah berapa tahun aku tengok video nie..
Sampai skrg aku tak dapat lagi paham die pnya pendapat cilake tuh...
Makin dipikir makin tak dapat..
Malam aritu jumpa dia nie kat downtown cheras..
Lupa pulak nak tanya..
Tak elok sangat untuk "buku amalan"..
Nak buat macam mana..
Mana boleh tahan..
Jahanam...
Dah berapa tahun aku tengok video nie..
Sampai skrg aku tak dapat lagi paham die pnya pendapat cilake tuh...
Makin dipikir makin tak dapat..
Malam aritu jumpa dia nie kat downtown cheras..
Lupa pulak nak tanya..
Subscribe to:
Posts (Atom)