Monday, December 10, 2012
Suratku Untukmu - JalanRaya
10 Disember 2012
Chacha
Jalan Telok Kapas
Rantau Panjang
42100 Port Klang
Selangor Darul Ehsan
Yang Berkenaan Dalam Hal Ehwal Pembuatan Dan Kejuruteraan Jalan Raya
Daerah Klang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tuan,
Aduan Mengenai Jalanraya Yang Serupa Jimbit, Penuh Likuan dan Memiliki Permukaan Yang serupa Kawah Bulan Hingga Membuatkan Saya Mencarut Tanpa Henti Ketika Menggunakannya
Merujuk kepada perkara di atas, Tuan bacalah sendiri tajuk surat ini dengan hati yang lapang dan tenang, tak perlu saya ulang rasanya. Baca Bismillah terlebih agar kita bersama memperoleh barakah dari Illahi.
Saya adalah pengguna jalanraya yang setiap hari terpaksa melalui onak duri menunggang motorsikal di atas jalanraya yang di bina seperti menggunakan kepala lutut. Dah lama saya perati jalan tu rosak, berlubang-lubang, tapi, pihak tuan macam buat dek je. Taknak repair ke? Dah lupa ke pilihanraya nak dekat? Tak reti-reti lagi nak ambik hati saya?
Agak-agak, bila pihak tuan nak repair?
Nak tunggu rim motor saya jadi empat segi? Macam mana saya nak pergi kerja kalau rim motor saya berbentuk empat segi? Apa kata rakan sekerja saya kalau rim motor saya berbentuk empat segi? Macam mana saya nak berhadapan dengan masyarakat kalau rim motor saya berbentuk empat segi? Pasti saya ditertawakan kerana memiliki rim yang berbentuk empat segi.
Tuan pernah kena kejar dengan anjing? Lepastu, tuan pecut gila babi punya laju, dan sampai satu tahap, perut tuan akan jadi senak sebab lari laju sangat? Haaa, dulu masa kecik-kecik dekat kampung, saya pernah kena kejar dengan babi hutan. Laju betul saya lari masa tu, hingga babi hutan tersebut mengalah dan berpatah balik. Namun larian saya makin lama makin perlahan akibat perut menjadi senak. Asid laktik yang terhasil akibat tindakbalas anerobik di dalam otot perut saya ketika berlari laju, berkumpul, lalu menimbulkan rasa senak yang amat sangat.
Tuan tau ke dak tindakbalas aneorbik tu mende? Lantak tuanlah tau ke tak. Pedulik apa saya.
Menunggang melaui jalanraya di bawah seliaan pihak tuan, sama seperti dikejar babi. Sekali motor saya masuk lubang, 'prapppppp' bunyi dia, serentak dengan itu jugalah perut saya berasa senak. Hampir seminggu saya mengisi masa lapang saya dengan mengira berapakah jumlah lubang yang terdapat di sepanjang laluan yang saya gunakan. Terdapat hampir 12 juta lubang, campur kecik dan besar. Maka, tuan bayangkanlah, setiap hari, saya terpaksa merasai 12 juta kali senak di perut ketika pergi dan pulang dari kerja. 10 kali senak akibat terhentak lubang bersamaan dengan kesakitan sebiji penumbuk orang dewasa, jadi, berapa kalikah saya ditumbuk setiap hari? Tuan kira sendiri, jangan malas.
Tadi, sewaktu pulang dari kerja, saya telah termasuk dalam satu lubang yang amat dalam. Selain mengalami senak di perut, telefon bimbit jenama terkenal yang saya letakkan di dalam kocek baju, turut terpelanting menyembah bumi. Habis bertaburan di atas jalan. Saya terpaksa bersabung nyawa mengutip kembali telefon yang berderai lalu mencantumkan semula. Nasib baik elok lagi. Kalau rosak tadi, tuan nak bayar ganti rugi? Ingat takda rege ke nokia torchlight? Huhhh!
Lagi satu, kalau kena sodok dengan kereta masa saya kutip telefon tadi, tak ke arwah jadinya. Kalau arwah, saya berjanji yang saya akan menjadi hantu, lalu saya akan mengganggu hidup tuan dan keluarga tuan selama tujuh keturunan.
Jujur saya akui, setiap kali saya melanggar lubang yang berselirat, setiap kali itu jugalah saya menghadiahkan carutan terhadap tuan.
Akhir kata, repairlah jalan tu setan!
Sekian
Terima kasih
-Chacha-
Pengguna Jalanraya yang tertindas
*Surat ini adalah salinan elektronik.Tandatangan tidak di perlukan*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hmmm nanti aku adukan pihak berkenaan
lamew nyew tak updateee..
windu taw..
respek r sastera ko... slaku pmdu kete, slme ni ak rs moto de btk advantage sbb dye bleh elak2. Tp byk side lg ak x pikir rupenye... Thx 4 sharing
Post a Comment