Monday, September 26, 2011

Pulanglah Poyotito's

Saudara Poyotito's Abdullah di beritakan telah hilang dari dunia fesbuk secara mengejut. Sekiranya anda ada menjumpai beliau di mana mana, tolong sampaikan salam gua padanya beserta pelempang sepam dua tanda ingatan.

Nama : Poyotito's Abdullah
Umur : Rahsia
Hobi : Rahsia
Tagline : I dont like being bad. It doesn't makes me happy anymore. (kemain speaking)


Tengok saja gambar ni, sayu betul hati gua. Apa khabar la gamaknya beliau dekat Batang Kali sana. Entah makan, entah tidak..Hmmmmmmmmm...

Tuesday, August 16, 2011

Diari Ramadhan Chacha #1

(Tik 9.56, tok 9.57, tik 9.58, tok 9.59, tok 10.00)

Tetteennggg terennngggg trennnggggg!

BERITA PANTAS JAM 10! 

Salam sejahtera dan selamat pagi. Saya Leplep Fazunia (Bukan nama sebenar), pemberita anda pagi ini.



"Sebuah kapal terbang jenama super tempatan di laporkan terhempas di tengah Gurun Sahara jam 10 pagi tadi. Menurut jurucakap kami yang baru sahaja selesai menemuramah seekor unta yang kebetulan berada di tempat kejadian, dia gagal mendapat sebarang gambaran situasi kejadian dengan terperinci"

Berita pukul 10 pagi, kapal terbang terhempas pukul 10 pagi. Memang pantas.

***************

"Ahhhhhhhh, panas betul!!!", rintih chacha dalam hati

"Bodoh betul drebar kapal terbang tadi. Macam mana boleh terhempas. Dah la dekat tengah gurun", tadi merintih, sekarang merungut pulak Chacha dalam hati



Chacha merupakan satu satunya penumpang yang terselamat dalam nahas hempasan kapal terbang tersebut. Namun, dek kerana tak menyabar-nyabar menunggu pasukan penyelamat tiba, dia telah mengambil tindakan menyelamatkan diri sendiri dengan berjalan di tengah padang pasir mencari bantuan.

Sepanjang perjalanannya, yang kelihatan, cuma beberapa batang pohon kaktus yang tumbuh meliar. Yang di cari, masih belum jumpa. Terbit bibit-bibit penyesalan dalam hatinya akibat membuat keputusan secara terburu-buru tadi. Beberapa kali juga, dia menghantukkan kepala pada pohon kaktus, tanda lepas geram pada diri sendiri. Bersepah duri kaktus melekat pada dahi. Satu kerja pulak lepas tu mencabut duri. Inilah yang di panggil bangang bertingkat.

Dalam keadaan masih berpuasa, chacha teruskan berjalan. Tekak haus, perut lapar, usah di kira. Namun ilmu agama yang sudah di terapkan dalam diri semenjak kecil, masih menebal. Sekadar ujian begini, insyallah, akan di tempuhinya juga dalam keadaan berpuasa. Sirah sirah nabi yang di baca semasa kecil, tersemat di hati.

Tauladan itulah yang membekalkan kesabaran dalam diri Chacha walaupun hakikatnya, sembahyang 5 waktu pun kadang kadang tinggal 4 atau 3 saja yang di buat. Selalu juga, 5 waktu sekali gus dalam waktu Isyak dek penangan tidur yang tidak memikirkan masa depan.

Awalnya tadi, Chacha melangkah laju bukan main pakai 2 kaki. Selang sejam, terhincut hincut pula, akibat terseliuh kerana terlalu asyik mengejar labah-labah hingga terjerumus ke dalam pasir jerlus, nyaris juga tak arwah. Nasib baiklah muncul seekor anak kibas yang tersesat menghulurkan ekornya, lalu menarik Chacha keluar daripada pasir jerlus tersebut.

Chacha teruskan melangkah dalam keadaan terhincut hincut ke hadapan. Namun, bak kata tomok dalam lagu Sejarang Mungkin Berulang, "Jauh Mana Mampu bertahan", akhirnya, Chacha terpaksa akur dengan kudrat diri yang semakin lemah, kesan daripada proses dehydrasi.



Badan yang semakin lemah, menyukarkan penggerakan menggunakan kaki. bantuan tangan terpaksa di panggil. Maka, merangkak la Chacha di tengah padang pasir serupa biawak kalau di lihat daripada jauh.

Senyuman terukir pada bibir Chacha taktala melihat segerombolan kabilah pedagang sedang berkumpul di bawah sepohon kurma. Serta merta, Chacha merangkak dengan laju. Laju, laju makin laju. Tak sampai juga, sebab nampak je macam dekat, jauh sebenarnya.

"Ente sekalian, ana lihat ada biawak besar di sana. ada biawak besar!", jerit salah seorang ahli kabilah yang nampaknya lebih muda daripada yang lain lain

"Mana, mana?. Biar ana rejam sampai mati. Boleh juga di buat lauk untuk kita berbuka nanti", kata seorang ahli kabilah lain yang sedang menggenggam erat sebilah tombak sebelum di lempang oleh ketua kabilah akibat selera makan yang bukan bukan

"Tengkorak ente. Itu biawak mana boleh makan!", tengking Ketua Kabilah tegas

Maka, di ringkaskan cerita, akhirnya sampailah Chacha pada rombongan kabilah pedagang tersebut.

"Orang rupanya. Ana ingatkan biawak tadi. Maafkan ana", kata ahli kabilah yang tadi kepada Chacha



Setelah bercerita daripada alif sampai ya, maka fahamlah kesemua ahli kabilah tersebut akan apa yang telah terjadi pada Chacha. Melihatkan kondisi Chacha yang lemah, salah seorang daripada ahli kabilah, Murad namanya, menghulurkan sebotol air mineral kepada Chacha.

"Minumlah ente. Ikutkan keadaan ente ni, jangan di paksa lagi diri berpuasa. Takut tak sempat pulak ente menyambut eidul fitri nanti", kata Murad

"Tidak!. Ana takkan berbuka selagi belum waktunya", jawab Chacha yakin

"Minumlah, minumlah. Nanti ente mati!", tambah Murad sambil memegang kepala Chacha, lalu menuang air ke dalam mulut.

"Jangan, jangan jangan!.Aku nak puasa, aku nak puasa! Arggghhhhhh!", jerit Chacha meronta ronta cuba melepaskan diri

***************

"Huh!", hela Chacha, terbangun daripada tidur lalu terus melihat jam pada dinding

3.45 Petang

"Ahhh, lambat lagi berbuka. Kenapa la baik sangat pulak aku dalam mimpi tadi. Kalau tak, kan dah dapat minum. Dalam mimpi pun jadilah. Cisss!", rungut Chacha dalam hati sebelum menyambung tidur semula.

Chacha terus lena di buai mimpi baru. Dalam mimpi tersebut, dia memasuki pertandingan merentas desa dalam bulan Ramadhan.


Saturday, August 13, 2011

Siri Bercakap Dengan Lipas - # 5 (Episod Berpuasa Part 1)



"Harga lemang di jangka naik mendadak pertengahan ramadhan ini berikutan sikap segelintir peniaga yang menyorok bekalan. Menteri berkaitan serta menteri tidak berkaitan sedang mencari jalan penyelesaian masalah ini untuk menunjukkan sikap keprihatinan mereka terhadap masalah rakyat. Sekian, saya Mustafa Mirhan melaporkan untuk warta 1.30"

Tapppp!

"Berita nak dekat dekat raya ni tak habis habis pasal harga naik, harga naik", rungut gua dalam hati

"Baik gua pergi buat kerja yang lebih berfaedah", gua bercakap dengan diri sendiri lagi dan terus melangkah menghala ke bilik air.

Sedang gua berjalan jalan anak ke bilik air untuk menguruskan perihal baju yang dah 5 hari berendam dalam baldi, gua terhenti seketika di dapur apabila terpandang lebihan nasi goreng semalam yang masih berbaki dalam kuali. Langsung tak menyelerakan dia punya rupa dah. Tapi, kalau di panaskan, mungkin menaik juga selera. Terdengar juga seakan akan suara butiran nasi mempelawa gua untuk menjamahnya, 'makan la saya,makan la saya,tak baik membazir,amalan syaitan tu'

"Kriuukk cing cing kriukk cing cing kriukkk"

Pelik betul bunyi perut gua. Yang ada cing cing tu kenapa. Lapar sangat gamaknya. Isi kuali gua renung dalam dalam. Sambil menghela sepam nafas, gua geleng geleng kepala tanda menolak pelawaan nasi goreng tersebut. Maafkan gua nasi goreng, gua terpaksa menolak.

"Hoi!", jerit Si Lipas daripada bawah sinki.

"Opocot!", latah gua secara default setting apabila terkejut

"Keh keh keh. Apahal kuyu semacam je gaya lu ni. Baru lepas hisap dadah?", soal Si Lipas sambil bercekak pinggang

"Biasala orang muda. Lu nak pekena sekali. Barang baru ni", gua cuba menguji uji

"Ish, gua ni walaupun lipas, hidup gua ada prinsip. Benda bukan bukan gini, gua tak layan",jawab Si lipas

"Tak padan dengan huduh, ada prinsip juga? Kah kah kah. Hisap dadah tengkorak lu, gua letih berpuasa ni tahu? Tu yang mengantuk kemain lagi ni haa", gua memberi sedikit penjelasan dengan jujur

"Puasa? Apa benda tu?", soal Si Lipas ingin tahu

"Lu ni dah berapa tahun jadi lipas? Puasa pun tak tahu. Betul punya bangang. Oklah, gua kasi eksplain la secara kasar dan halus", jawab gua sambil bertukar posisi daripada mencangkung kepada bersila

Setelah pung pang pung pang, tangan turun naik, muka kejap berkerut, kejap tersengih, bercerita pasal puasa ke Lipas, ia berakhir dengan anggukan sebanyak tiga kali oleh Lipas. Itu pun gua yang paksa dia angguk.

Silibus puasa seperti pengertian puasa, niat berpuasa, apa itu bersahur, perkara perkara yang membatalkan puasa, perkara sunat ketika berpuasa, akhlak berpuasa, pengertian bazar ramadhan, khasiat buah kurma, hikmah berterawih hinggalah ke prosedur prosedur melihat anak bulan ramadhan berjaya di khatamkan olehnya dalam tempoh tak sampai satu jam.

Gua dapat satu akal nak pekenakan binatang lipas ni. Kah kah kah.

Selepas di ugut, akhirnya, Si Lipas bersetuju untuk berpuasa pada esok hari. Gua ugut nak halau dia daripada rumah kalau dia tak puasa esok. Memandangkan dia dah takda tempat mengadu, terpaksa la dia akur dengan ugutan gua. Gua bukannya percaya sangat dengan dia, apa apa hal, esok gua akan pantau. Gua ada juga menjanjikan juadah berbuka yang gemilang dan extravaganza esok hari, yang akan di beli di bazar ramadhan berhampiran. Melompat lompat jugalah dia dengar janji gua tu.

***************
Puasa Si Lipas bermula dengan bersahur. Jenis tak reti bangun sendiri, terpaksa juga gua yang kejut. Ntah tidur dekat mana pun gua tak tahu binatang tu malam tadi. Jenuh juga gua terbongkok-bongkok mencari.

"Gua tak tahu nak cari lu dekat mana dah ni. Sebelum gua sembur ridsect satu rumah, baik lu bangun!", jerit gua memecah keheningan subuh

Serta merta muncul Si Lipas, keluar daripada celah tapis sayur.

"Keh keh keh. Rilek la bang. Apa kecoh kecoh ni", kata Si Lipas dalam keadaan mamai

"Dah,dah. Jom sahur!", tengking gua senafas

Selesai bersahur, masing masing buat hal sendiri. Gua dengan hal gua, Si Lipas dengan hal lipas dia. Tak lama kemudian, gua lihat Si Lipas sedang duduk mengelamun di tepi bendul pintu dapur. Entah apa kenanya, tak tahu la.

"Hai, buat apa tu, terkenang kampung halaman ke?. Gelisah je gayanya", tegur gua dalam nada mesra

"Gua tengah mengenang nasib yang akan gua tempuh sepanjang hari ni, hurmmm", jawab Si Lipas lemah


Ok, bersambung..



Sunday, July 24, 2011

Dia, Sejadah Dan Dunhill

Di suatu malam yang dingin, melepaklah 7 lelaki di restoran nasi kandar NZ Curry House bertempat di Wangsa Walk. Berbagai isu di bincangkan tentang masa depan dan benda bukan-bukan, hukum meminum susu isteri misalnya.

Dalam kerancakan berborak, lelaki 1 yang statusnya paling warga emas dalam ramai-ramai tiba-tiba membuka topik tentang rancangan televisyen yang di tontonnya siang hari tadi..

Lelaki 1 : Pehhh, tadi gua bukan main lagi pekena cerita Ketika Cinta Bertasbih..Siap gala..6 jam gua mengadap depan tivi.

Lelaki 2 : Channel mende lu tengok tu?

Lelaki 1 : Astro sekarang ada bagi 2 channel cerita indon free..Bintang dengan Pelangi..Banyak sedak-sedak cerita dia..Cerita lama-lama banyak betul yang lucah-lucahnya..Tapi, memang tak boleh lawan Ketika Cinta Bertasbih..Dia punya pegi, ini macam (Ibu jari ke udara)

Lelaki 3: Kan bagus kalau 6 jam tu bertasbih atas sejadah.

Suasana hening. Masing-masing memandang tepat pada lelaki 1 yang terkial-kial mencari jawapan untuk membalas.

Lelaki 1: Atas sejadah tak boleh hisap rokok, depan tivi boleh hisap rokok!

Gua, lelaki 2, lelaki 3, lelaki 4, lelaki 5, dan lelaki 6 : Astaghfirullahalazim!

Serta merta, semua yang ada,kecuali lelaki 1 menadah tangan memohon kepada tuhan agar di bukakan hati lelaki 1.

Lelaki 1 mencapai kotak Dunhill, lalu menyalakan sebatang. Langsung tiada wajah kekesalan.

Tuesday, July 19, 2011

Bingung-Bingung Bangang

Bertemakan telur..
Memperjuangkan hak asasi telur agar dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan ayam kentaki..

Ada telur, ada ayam..
Ada ayam, ada telur..
Lu dah beli telur?

Sekian


Wednesday, July 6, 2011

Bridged Silat Khas


Di sebuah daerah di beri nama Diisaks dalam naungan negeri Ngisak-Ngisak, tesergam sebuah bukit yang bernama, Bukit Belacan. Tidak pernah pula dikhabarkan oleh orang tua-tua mahupun tertulis dalam mana-mana manuskrip akan penemuan tinggalan bersejarah perdagangan belacan sewaktu era belacanisme di bukit tersebut. Bahkan, fosil belacan itu sendiri juga tidak pernah di temui oleh mana-mana bijak pandai arkeologi. Tiada bukti kukuh secara lisan mahupun bertulis menerangkan mengapa bukit tersebut di namakan sedemikian. Isu ini suatu masa dahulu pernah di debatkan oleh masyarakat setempat sehinggakan ada yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari. Ketahuilah,bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda,mafhumnya

“Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana bergaduh hal duniawi) lebih daripada tiga hari. Yang lebih baik antara keduanya adalah memulakan salam”

Majoriti masyarakat setempat yang di selubungi misteri berkenaan hal penamaan bukit tersebut, sebenarnya tidak menyedari akan wujudnya satu lagi misteri berkaitan bukit tersebut. Kewujudan sebuah gua berkeluasan 120 kaki persegi di atas bukit tersebut, tidak ramai yang tahu. Hanya mereka yang telus mata dan terang hati saja di katakan mampu melihat gua tersebut. Tersimpan 1001 rahsia ilmu persilatan melayu di dalam gua tersebut yang di simpan dan di pelihara oleh seorang mahaguru bernama Kiyai Fierdauos Kosman Al-Gubra. Ilmu ‘Kamasutra Alam Melayu Silam’ yang di katakan lebih hebat daripada ‘Permata Yang Hilang’ juga di katakan boleh di dapati. Hampir 53 tahun Kiyai Fierdauos bermastautin di gua tersebut dengan hanya memakan tumbuh-tumbuhan.

Siapa yang tidak kenal dengan Kiyai Fierdauos. Tak lut di makan senjata tajam mahu pun tumpul malah mampu menundukkan lembu dan kerbau dengan hanya bersiul-siul lagu rakyat. Antara lagu yang sering menjadi seleksi siulnya adalah lagu rasa sayang hey dan nenek-nenek si bongkok tiga. Khidmatnya memang laris apabila tiba tanggal 10 Zulhijjah. Tapi itu dulu punya cerita. Walaupun kebal dan hebat, namun Kiyai Fierdauos tetap seorang manusia. Ada hati dan perasaan.Kasih dan sayang. Suatu anugerah Allah yang di ciptakan di syurga,di serahkan kepada Adam taktala di ciptakan Hawa sebagai peneman hidup. Dek kerana kasih dan sayanglah dia pergi membawa diri jauh daripada masyarakat lalu terdampar di dalam gua di Bukit Belacan. Orang zaman sekarang panggil, ‘Kes Rabak’.

Seperti telah tersurat, di takdirkan pada suatu malam, Kiyai Fierdauos mendapat alamat akan datangnya 5 anak muda untuk berguru. Di dalam mimpinya, Kiyai Fierdauos melihat 5 ekor arnab sedang berebut sebiji lobak merah. Perebutan yang berlangsung selama hampir 2 purnama akhirnya berjaya di selesaikan dengan kehadiran seekor kuda berbulu emas. Sejurus terjaga daripada mimpi, Kiyai Fierdauos menyelak helaian kitab ‘Tafsiran mimpi’. Daripada apa yang ditafsirkan,dia amat yakin dalam kiraan 3 kali bumi mengorbit matahari, 5 orang pemuda tersebut akan sampai di pintu gua.

Kiyai Fierdauos, berbunga hatinya selepas mendapat alamat tersebut, iyalah, sudah 53 tahun dia tinggal seorang, sudah lama dia tidak ada teman. Namun sebab utama kegembiraanya bukanlah itu. Dengan kehadiran 5 orang pemuda tersebut, maka dapatlah segala ilmu yang dimilikinya di wariskan. Memandangkan usia yang semakin bertambah jumlahnya, kudrat yang semakin berkurangan, sudah sampai masanya ilmu itu di perturunkan sebelum jasadnya terbujur kaku di telan bumi. Segala persiapan rancak di jalankan, daripada hal kemasan dalaman hinggalah hal-hal kebersihan laman gua. Perabot lama di tukar, akuarium kembali di isi dengan ikan puyu yang di katakan mampu memberi amaran perlakuan sihir. Gua yang sebelum ini suram,kelihatan lebih kemas dan teratur, cuma dindingnya sahaja tidak di cat bagi mengekalkan suasana berada di dalam gua. Semuanya di pastikan dalam keadaan ‘tip top’ bagi menyambut kehadiran 5 pemuda tersebut.

Bedul Ad, Bedul Ozu, Bedul Mika, Bedul Berg dan Bedul Deus.Lima sepupu yang berkobar-kobar mahu menuntut ilmu persilatan akhirnya sampai di hadapan pintu gua setelah hampir 3 hari berjalan kaki ke Bukit Belacan sedangkan mereka sepatutnya boleh sampai dalam masa 30 minit sahaja dengan menaiki kereta menggunakan jalanraya. Idea gila dengan berjalan kaki yang di cadangkan oleh Bedul Deus menyebabkan mereka keletihan akibat kurang baring, namun dek semangat yang tinggi, di gagahkan juga badan menempuh perjalanan walaupun dalam hati masing-masing akur mengatakan perbuatan tersebut adalah bangang di sisi masyarakat.

“Assalamualaikum ooo assalamualaikum”, Bedul Mika memberi salam

“Warrgghhhhhh!”, teriak Kiyai Fierdauos daripada belakang. Awal-awal lagi dia sudah bersembunyi di sebalik pokok pinang di hadapan pintu gua. Sengaja mahu mengejutkan Bedul Bersepupu. Bedul Berg yang paling terkejut, mengurut-ngurut dada.Terlepas juga ‘opocot’ daripada mulutnya tadi.

“Terimalah kami sebagai anak muridmu wahai tuan guru”, bicara Bedul Deus mewakili Bedul Bersepupu sambil berlutut taktala Kiyai Fierdauos datang menghampiri.

“Sudah, bangun! Kita bukannya dalam cerita Kungfu!”, jawab Kiyai Fierdauos. Ditariknya side bum Bedul Deus sebagai isyarat menyuruh bangun daripada berlutut.

Maka dengan mulanya langkah pertama mereka berlima ke dalam perut gua, bermulalah segala apa yang mereka hajati. Kiyai Fierdauos tidak lokek menurunkan segala ilmu, dicurahkan segalanya,tiada satu pun tertinggal. Daripada ilmu  yang sekadar memerlukan gerakan bibir hinggalah ilmu yang menggunakan kudrat serta kelincahan pergerakan. Modul yang di rancang selama 29 purnama berlangsung dengan lancar kerana mereka berlima jenis yang mendengar kata dan terang hati,sekali ajar terus dapat.

Kiyai Fierdauos tersenyum melihat kesungguhan yang di pamerkan oleh Bedul Bersepupu.

“Aku ada sesuatu yang mengejutkan untuk kamu, sakti yang sudah lama aku simpan”, bisik Kiyai Fierdauos dalam hati sambil mencicah ubi kayu rebus ke dalam tempurung berisi gula.

“Pehhh,sedap bukan main!”, teriak Kiyai Fierdauos sejurus selepas ubi kayu rebus mencecah lidah.Ibu jarinya di angkat ke udara sebagai tanda puas hati. Mengikut kiraan tingginya ibu jari di angkat, jelaslah nikmat yang di rasakannya ketika itu mengatasi nikmat bersenggama dengan gadis sunti di malam pertama selepas pernikahan.

Bedul bersepupu memandang Kiyai Fierdauos yang tiba-tiba berteriak. Aroma ubi kayu rebus menerobos hidung mereka.Tidak sampai 5 nafas, mereka sudah berada di keliling Kiyai Fierdauos,sama-sama menikmati ubi kayu rebus. Walaupun tidak cukup syarat untuk di panggil diet seimbang,ia masih berbaloi dan mampu membuat masing-masing tersenyum. Keasyikan menikmati rezeki daripada yang Maha Pemurah terganggu seketika taktala telinga mereka di datangi satu bunyian.

“Sreeettttt sreetttt sreettttt”, bunyi seakan ada sesuatu berjalan di hadapan pintu gua.

Bedul bersepupu senyap. Mata masing-masing memandang ke arah satu sama lain. Kiyai Fierdauos kelihatan tenang. Dia hanya memerhatikan ke arah datangnya bunyi tersebut. Senafas udara di sedutnya dalam-dalam, hidungnya mentafsir bau yang ada. Dia sudah dapat menduga dengan siapa sedang dia berhadapan.Bukan musuh yang datang mahu membuat kacau,cuma ‘sesusuk perantara’ yang di utus sekadar untuk memerhati. Mungkin upahan daripada seseorang untuk mengintai gerak-geri dia serta anak muridnya. Serta merta,Kiyai Fierdauos menggenggam pasir, lalu terkumat-kamit mulutnya membaca sesuatu dalam nada suara yang dapat di dengari oleh Bedul bersaudara.

“Hoi, kalau berani masuk la! Apa barang main sreeetttt sreettt dekat luar!”, teriak Bedul Ad secara tiba-tiba.Bedul Ozu pantas menarik tangan Bedul Ad yang di lihat sudah mula melangkah, bimbang di lempang dek Kiyai Fierdauos yang sudah menjeling. Di katakan Kiyai Fierdauos pernah melempang seekor gajah yang sedang naik minyak sehingga tumbang dengan sekali lempang. Bayangkanlah akibatnya kalau Bedul Ad yang bersaiz manusia di lempang. Mahu meninggal dekat situ juga.

“Hai jin sememangnya yang aku tahu asal engkau, jika engkau meniarap makan darah bapamu, jika engkau melentang makan darah ibumu, jika engkau mengiring sebelah kanan makan darah kakakmu, jika mengiring sebelah kiri makan darah adikmu, jika ke dunia, sang raya namamu, jika mengiring sebelah kiri sang bima namamu, jika mengiring sebelah kanan, sang salika namamu, jika ke bawah salika nganga tapuk namamu, jika ke atas sang juna namamu..Nyahlah engkau dari sini, jika tiada engkau nyah dari sini, derhakalah engkau kepada Allah S.W.T, di masukkan engkau ke dalam neraka jahanam..Berkat doa Lailahaillallah, Muhammadurrasulullah, sah penadah kepada laut Subhanallah”, serapah Kiyai Fierdauos sebelum pasir di gengamannya di hembus sebanyak tiga kali

Pasir di hempas ke arah datangnya bunyi tadi. Serta merta, suasana menjadi sunyi sepi.

“Ada orang yang sedang memerhatikan kita.Jangan bimbang, selagi kamu semua di dalam gua ini, Insyallah, naungan Allah berada bersama kamu.Tapi ingatlah, melangkah keluar sahaja kamu dari gua ini, ada sesuatu yang menunggu kamu.Aku sendiri tidak berapa pasti  apa muslihatnya”, pesan Kiyai Fierdauos kepada Bedul Bersepupu

“Okeh, sambung latihan!”, teriak Kiyai Fierdauos dalam keadaan bersila sambil tangannya meraba-raba bekas berisi ubi rebus tadi. Cuma angin saja yang tinggal dalam bekas.

Kelihatan Bedul Berg bersungguh-sungguh memasang kuda-kuda untuk memulakan latihan dengan mulut yang penuh dengan ubi rebus sampai kembung-kembung pipi.

Sunday, May 29, 2011

Guna Jari Pun Boleh

Entri ini juga boleh di dapati di SINI
Aku kena cepat sebelum semuanya terlambat.Keadaan sekarang sangat genting.Rokok belum separuh terbakar di jari.Nikmat lepas makan terbantut akibat tuntutan secara tiba-tiba organ perkumuhan yang berfungsi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.Tuntutan yang tidak kenal masa dan tempat, bila-bila masa saja ianya akan memuntahkan isinya.Kadangkala ia mampu di tahan, namun kadang-kadang kita perlu akur dengan tuntutan yang sangat mendesak.

Semakin aku bertahan, semakin ianya mendesak untuk keluar.Jika di ukur parameter daya menahan yang aku berikan, ia mempunyai nilai yang sama dengan daya yang bertindak pada arah bertentangan.Mematuhi Hukum newton ketiga.

Aku lebih selesa menyelesaikan masalah tuntutan ini di rumah, di tempat yang aku biasa.

Dalam keadaan terkepit-kepit, langkah kaki di panjangkan ke kaunter untuk membuat bayaran.Degupan jantung semakin laju menandakan resah dan gelisah jiwa dalam situasi begini.Berkemungkinan ianya takkan selamat sampai ke destinasi yang sepatutnya.Peratusan terburai di tengah jalan melonjak secara linear dengan pergerakan masa.

"Nasi goreng biasa, telur mata dengan limau ais"

Sebuah kalkulator di tarik ke hadapan si penjaga kaunter.Jari jemarinya ligat menekan satu persatu butang nombor.Aku memerhati.Butang sama dengan ditekan akhir sekali.Mukanya berkerut.

350 + 50 + 1 = 401

Dia cuba sekali lagi mengira.Lain corak dia menekan kali ini.Aku cuma memerhati.Masih dalam mode bersabar.

3.50 + 50 + 1.00 = 54.50

Dia tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.Saat ini, aku sudah merasakan ada sesuatu yang sudah mula menjenguk keluar daripada saluran perkumuhan.Aku garukan kepalanya supaya jarinya boleh di gunakan untuk menyambung pengiraan.

“Tolong cepat sikit anak muda”

3.50 + 5 + 100 = 108.5
350 + 0.5 + 1.00 = 351.50

Makin di tekan, makin bukan-bukan harga yang keluar di skrin kalkulator..

"................................................"

Tiada kata-kata semangat atau penenang lagi yang mampu membantu..Segalanya sudah terlambat..Aku tertewas akibat kelemahannya menyelesaikan matematik mudah..

Kepalanya yang sedang aku garu, di tepuk.Kiri kanan secara bergilir-gilir dua pusingan.
Dapur kedai makan itu di tuju dengan langkah yang berhati-hati..Risau ada yang tercicir di atas lantai.Selang beberapa minit, aku kembali ke kaunter.

"Nasi goreng biasa berapa ringgit?, Telur mata berapa ringgit?, Limau ais berapa ringgit?"
"Nasi goreng biasa tiga ringgit 50 sen, telur mata 50 sen, limau ais seringgit"

Helaian kertas bertandatangan gabenor bank negara aku seluk keluar daripada poket.Sehelai berwarna merah,aku hulur padanya.

"Nah, semuanya lima ringgit, baki balik lima ringgit"
"Lain kali, kalau nak kira, jangan pakai kalkulator"
"Habis nak pakai apa?"
"Mari sini saya tunjukkan"

Aku kenyitkan mata sedikit sebagai isyarat supaya dia tunduk pada arahan selanjutnya.

Kedua-dua belah tangannya aku tarik dan aku letakkan atas kaunter.Jarinya aku minta di kembangkan untuk memudahkan proses mengira.Pisau pemotong daging, aku pinjam daripada tukang masak ketika ke dapur tadi, aku hayunkan tepat ke atas tangannya.

Ketttakkkk!!!

Tak kena.Laju dia menarik tangannya.

“Jangan elak, kalau elak, macam mana nak belajar”

Aku tarik tangannya semula atas kaunter.Tangannya sedikit di keraskan, aku dapat rasa.

“Lembutkan sikit tangan tu”

Dia menurut saja selepas aku kenyitkan mata kali kedua.Pisau pemotong daging aku angkat tinggi-tinggi sampai cucur atap.

Zraasssss!!..Saappp!!..Ketakkk!

“Aahhaaahhhh”



Sasaran mengena.Sedikit saja darah yang memancut keluar menandakan aku telah berjaya memotong dengan cantik dan lurus.Kagum dengan hasil kerja sendiri, aku bersiul lagu rakyat sambil mengelap sisa-sisa darah pada pisau pemotong daging dengan sehelai tisu.10 jarinya kini terpisah daripada tangan dan kini berterabur di atas kaunter.

“Mari kita mulakan”
"Macam ni, sekarang ada 10 batang jari"
"Nasi goreng biasa tiga ringgit setengah, jadi, satu dua tiga, yang satu ni kita potong bagi separuh"

Jari kelingking, manis, tengah dan separuh daripada jari telunjuknya aku kumpulkan setempat.Aku susun secara selari.

"Telur mata 50 sen, jadi setengah"

Separuh daripada jari telunjuk yang tadi aku tolak ke tempat pengumpulan

"Limau ais seringgit, jadi satu"

Ibu jari pula menyertai pengumpulan

"Sekarang cuba kira berapa jari yang kita kumpulkan tadi?"
"Lima"
"Bagus, kan dah pandai kira, tak payah lagi nak tekan kalkulator banyak kali"
"Haaa, yang baki lagi 5 jari tu, sebab tadi saya bagi sepuluh ringgit, jadi, baki duit saya pun lima ringgit lah"

Sebatang pencungkil gigi di capai dan di masukkan ke dalam mulut.Duit baki aku masukkan dalam poket..Sebelum beredar, aku memalingkan muka ke arah penjaga kaunter yang masih kaku memandang tangannya.

"Esok saya datang lagi, kita belajar modul kedua pulak ye, mungkin kena guna jari kaki"

Sampai saja di rumah, rakan serumah aku menegur.

“Apa benda dekat mulut kau tu?”
“Pencungkil gigi,kenapa?”
“Besar lain macam”

Aku terus mencapai pencungkil gigi itu dan di bawa ke depan mata.

“Laaa, patutla masin je rasa”

Jari telunjuk si penjaga kaunter tadi, aku campakkan ke luar tingkap.Aku capai tuala dan terus berlari-lari ke bilik air untuk menyucikan hadas.

Lalalalalalalalalalala~~


Selesai saja urusan di bilik air, aku melangkah ke ruang tamu dalam keadaan separuh bogel, yakni bertuala.Seekor kucing kelihatan sedang menggonggong jari telunjuk yang aku buangkan ke luar tingkap tadi..Kemudian........

"Kalau nak sambung lagi kemudian tu jadi apa, sepuluh episod pun tak habis-habis.Sudah!.Bye!"

Thursday, May 12, 2011

Siri Bercakap Dengan Lipas - # 4 (Episod Berjaga Malam)



Di satu malam yang hening, gelap gelita, hitam pekat likat melekat..Cicak sudah tiada di dinding..Kelkatu sudah pulang ke sarang..Tikus sudah kekenyangan..Seperti adatnya manusia normal, waktu-waktu begini adalah waktu untuk tidur..

Gua lena di perbaringan kelas pertama yang disediakan sendiri secara manual oleh gua..3 lapis tilam berbeza ketebalan beserta dengan 3 biji bantal, di sulami selembar selimut tanpa corak..Dah lena, mesti ada mimpi..Tapi mimpi gua tak sama macam mimpi Mikael Safarwan..

Mimpinya bukan main-main punya mimpi..Gua tengah lepak semeja sama Menteri Besar Perak dekat Restoran Nasi Vanggey Greentown bincang hal-hal tebang balak dekat Kampung Orang Asli Sg Perah..Ini projek juta-juta..Gua dah siap plan nak beli satu gunung batu kapur dekat Tambun nak buat Tambun Highland..Senang sikit orang-orang belah utara lepas ni nak pekena taman tema bersuhu negara empat musim..Tak payah la jauh sangat nak pergi Genting..Lagipun gua tengok, tokey genting tu langsung takda pesaing..Tu yang gua nak try kacau line sikit tengok macam mana..

Masa dekat kedai, gua punya borak dengan Zambry tak ingat orang keliling dah..Sembang kuat-kuat, padahal tengah bincang nak meranapkan kampung orang..Peduli apa, yang penting gua untung juta-juta..Cawan teh lepas satu satu sampai..Rokok tak usah kabor la,belah kiri curut vanilla,belah kanan surya..Yang curut vanilla tu gua nyala saja nak kasi eksyen saja, tak hisap pun..Gua kasi nyala sampai terbakor jari..Gua lebih sedap pekena yang ada cengkih..Atuk gua kabor dulu, cengkih ni bagus..Kasi buang anggin dalam badan..Barula badan ringan..

Zambry stedi hisap paip..Nampak la gaya-gaya wakil rakyat sikit..

Borak punya borak, dah nak sampai ke tahap sain borang, tiba-tiba..

~~~ cuit cuit cuit cuit cuit cuit cuit ~~~

Ada benda cuit hujung kaki..Gua bukak mata, berderau darah..Gua teringat ada satu orang jawa dekat kampung, Embah Untung namanya, dia kabor kalau tengah-tengah malam ada benda usik hujung kaki, maknanya ada anak toyol datang nak hisap darah dekat ibu jari kaki..Gua bukan pecaya sangat, tapi kalau dah jadi time gua sorang-sorang tengah-tengah malam gini, goyang juga..Harap-harap Embah Untung tu reka cerita saja la hendaknya..

"Weh,weh..Bangun la kejap"

Hati gua lega..Setahu gua, toyol tak pandai cakap..Gua angkat kepala jenguk ke hujung kaki..

"Ahhh, lu ni lipas..Nak apa tengah-tengah malam ni?..Sikit lagi gua nak kontrak balak tu tadi lu tahu", jerkah gua pada Si Lipas..

"Kejap lagi sambung la sain balik..Gua nak mintak tolong ni?", kata Si Lipas

"Nak apa?", soal gua

"Tolong bukakkan suis lampu jamban tu kejap..Gua tak sampai..Gelap kemain lagi ni", jawab Si Lipas memohon ihsan..

Naluri manusia kuat mengatakan yang gua perlu bantu siapa saja yang berada dalam kesusahan walaupun ianya  sekor binatang yang menyakitkan hati..

"Yela..yela..Sejak bila pulak gua latih lu buang air dalam jamban ni?", bebel gua sambil menuju ke suis lampu

Taappp!!

Lampu di buka..Si Lipas tersenyum dan berlalu masuk ke dalam jamban..Terima kasih pun takda..Perangai serupa nigger pow rokok dekat mamak..

"Woi, lu tunggu dekat luar kejap..Karang sapa pulak nak tutup lampu tu nanti", jerit Si Lipas daripada dalam jamban

Gua hanya diam..Tunggu jela sekejap..Dengan lipas jangan nak berkira sangatlah..

Masa berlalu minit demi minit..Dah hampir 15 minit gua tunggu, haram tak keluar-keluar juga..

"Berapa lama lagi ni woi?", soal gua di luar jamban

"Tunggu jela dekat situ..Banyak pulak bunyinya..Gua tengah sakit perut bukan main lagi ni", jawab Si Lipas dalam suara yang tersekat-sekat..Azab benar bunyinya..

"Ewaahhh, ewwaahhh ewaahhhh", balas gua ringkas

Tapppppp!!!

Suis lampu gua tutup..

"Hoi, bukak balik lampu woi..Gelap ni..Jatuh dalam lubang jamban gua ni karang", jerit Si Lipas meminta pertolongan

"Keh keh keh", ketawa gua puas hati

Gua sambung balik tidur..Nak pekena  balik mimpi tadi..Kedengaran suara Si Lipas membebel dalam jamban di sulam dengan bunyi bekas berus gigi jatuh atas lantai, baldi bergolek dan cebok terhentak ke sinki..Gua ambik bantal, telangkup ke telinga..Sunyi sepi..

Keesokan paginya..

Cilakak..Selimut putus dua, bantal berlubang-lubang dah macam sarang lebah dikerjakan dek lipas jahanam tersebut..Licik juga dia buat kerja sampai gua tak sedar..

Kot ye pun nak balas dendam, cara lain takda ke..Ni malam karang gua nak tidur macam mana dengan selimut putus dua..Ngam2 tutup separuh badan..Habisla kaki di kokak dek nyamuk..Mana feel nak tidur..

Jahanam!!

Dah la mimpi sain kotrak balak jadi cerita panjat bukit..Dia punya penat serupa panjat betul-betul..Penat panjat bukit pun tak hilang lagi, selimut pulak putus dua..Bantal dah tak serupa bantal..

Friday, April 29, 2011

Slot Cengkerama Siri 7 - Antara Dosa Dan Jasa (Episod 1)

Edisi Jumaat - Episod 1


"Tak tik tik tik tok tok tok tok tok tuk keletuk keletak", bunyi sesuatu berlaga dengan papan..

Nur Ibrahim terjaga daripada lenanya..Dia mengamati bunyi dentuman tersebut dalam-dalam..Kerut-kerut di dahinya berselirat..Seakannya dia sudah dapat membaca maksud yang tersirat di sebalik bunyi tersebut..

Dia bingkas bangun dan menyelak selimutnya yang di perbuat daripada lebihan kain langsir raya tahun lepas ibunya..Mengeluh kecil sebelum memulakan langkah..Pintu bilik di kuak, dan dia terus menuju ke stor yang terletak di belakang rumah..

Diperhatikannya sekeliling..Matanya di pejamkan seolah-seolah merasai dan memahami segala bahasa alam yang singgah di tubuhnya..

Benarlah apa yang di telahnya..Kelihatan sebatang cangkul yang di sandarkan pada dinding stor tersebut berhayun dengan sendirinya menghentam dinding papan yang usang..Dia sudah biasa dan faham benar dengan situasi tersebut..Tiada apa yang perlu dirunsingkan dalam kepalanya..Ianya cuma satu petunjuk.Satu petanda..

Cangkul tersebut di ambilnya, di bawa masuk ke dalam rumah, lalu di sandarkan pada meja makan..


Cangkul tersebut bukan cangkul biasa-biasa..Ianya turun temurun yang diwarisi melalui ayahnya, Tok Ayai..Bahagian besinya di tempa menggunakan tangan oleh tukang besi ternama dari kepulauan Sulawesi manakala batangnya di perbuat daripada pokok yang di ambil di tengah hutan, yang di tebang secara membelakangkan badan di sertai jampi khusus..Keunikan daripada segi pembuatannyalah yang menyebabkan cangkul tersebut mampu bertahan lama serta mempunyai kuasa sakti yang mampu memberi petunjuk berlakunya kematian..

"Ada tanggungjawab yang perlu aku laksanakan hari ini", bisik Nur Ibrahim dalam hatinya sambil mengerling ke arah jam yang tergantung di dinding dapur..Tepat pukul 5.30 pagi..

Masih ada 20-30 minit sebelum azan subuh berkumandang..Nur Ibrahim bersiap-siap kerana usai sahaja solat subuh, ada pekerjaan yang perlu di lakukannya..Selesai bersiap, dia terus ke dapur untuk mengambil cangkul tersebut..Kelihatan ibunya yang sudah bangun sedang menyiapkan sarapan untuk mereka anak beranak..

"Sapa meninggal berahim?", soal ibunya

"Entahla..Dekat masjid kejap lagi baru cadang nak bertanya..Saya bawak terus cangkul ni..Boleh terus mula kerja lepas solat karang", jawab Nur Ibrahim

"Tak minum dulu ke?",soal ibunya lagi

Tanpa menjawab pertanyaan ibunya, Nur Ibrahim terus mengambil cangkul di tepi meja, menghidupkan enjin motorsikal Honda Fame 70 cc, dan terus menuju ke masjid..

***************


Pukul 6.30 pagi, selesai saja solat subuh secara berjemaah, Nur Ibrahim menuju ke rumah Jemy..Jemy merupakan pemuda lulusan unversiti ternama di semenanjung tanah arab yang baru tamat pengajiannya tahun lepas..Salam diberi dan di sambut oleh Jemy dengan senyuman di muka pintu..Nur Ibrahim meminta kebenaran untuk masuk mengambil ukuran jenazah ayah Jemy di dalam..Namun, Jemy memberi isyarat supaya dia menunggu sebentar di luar rumah..Selang beberapa minit, Jemy menghampiri Nur Ibrahim..

"Berahim, aku ada benda nak cakap tapi serba salah rasanya..Aku harap kau faham", Jemy memulakan bicara

"Apa dia?", Nur Ibrahim menyoal tanpa bercakap panjang

"Aku tahu niat kau baik nak tolong keluarga aku, tapi........", jawab Jemy

"Itu dah memang tanggungjawab aku", Nur Ibrahim memotong kata-kata Jemy

"Aku tau..Tapi semalam, sebelum ayah aku hembus nafas dia yang terakhir, dia ada berpesan supaya kuburnya bukan kau yang gali..Itu permintaan terakhir daripada dia..Aku harap kau faham", jelas Jemy

"Baiklah kalau macam tu", jawab Nur Ibrahim ringkas

Nur Ibrahim melangkah pulang dengan wajah yang sugul dan tanpa menoleh ke belakang..Dalam langkah yang perlahan, fikirannya ligat berputar..

"Sampai hujung nafas Pak Mikael tu berdendam dengan aku", getusnya di dalam hati

"Susah betul dia nak maafkan aku", tambahnya lagi

Pak Mikael, pemilik ladang kelapa sawit seluas 200 hektar dalam kampung tersebut..Boleh dikatakan, dialah orang yang paling kaya dalam kampung tersebut..Kekayaannya mencecah jutaan pound sterling nilainya, namun tidaklah sampai menyaingi kekayaan Sultan Brunei mahupun Sultan Arab Saudi..

Sekian lamanya Pak Mikael menaruh dendam dan amarah yang amat dahsyat terhadap Nur Ibrahim..Berpuluh kali Nur Ibrahim cuba memohon ampun dan maaf, tak kira hari raya mahu pun hari tak raya..Tetapi, apa yang yang di perolehinya sebagai pulangan cuma bertubi-tubi makian dan kejian..

***************

14 tahun yang lalu...


"Kau tengoklah anak Tok Ayai tu..Entah apa la nak jadi..Siang malam ada saja muka dia bertempek ke sana ke mari", kata Cik Senah sambil memilih bawang

"Kesian Tok Ayai yee..Suka tolong orang, banyak buat jasa dekat penduduk kampung..Dapat anak, lagi banyak buat dosa daripada buat jasa..Beza betul perangai dia dengan bapak dia", tambah Encik Azim, pemilik kedai runcit serbaneka 23 jam, buka 2 hari, tutup seminggu

Cik Senah dan Encik Azim, masing-masingnya memandang ke arah Nur Ibrahim yang sedang terhoyong-hayang, dengan kaki seluar yang disentengkan dan baju bercop gambar keras di tepi longkang berhadapan dengan kedai runcit serbaneka 23 jam, buka 2 hari, tutup seminggu tersebut..

"Baru lepas ngisap la tu", herdik Fauziah tudung labuh sambil memeriksa insang ikan yang terdapat dalam peti ikan..

"Nama saja ada Nur dekat depan..Tapi perangai serupa orang tak pernah jumpa cahaya", tambah Embah Wiratna yang daripada tadinya memandang gelagat Nur Ibrahim sambil menyedut asap rokok daunnya..


BERSAMBUNG................

***************

Ikuti sambungannya pada hari sabtu dan ahad oleh Hiro dan Kemal..

Slot Cengkerama Siri 7 - Antara Dosa Dan Jasa (Episod 2)
Slot Cengkerama Siri 7 - Antara Dosa Dan Jasa (Episod 3)

Thursday, April 28, 2011

Milik Siapakah Lembu Itu


Penduduk kampung "Bagai rotan di belah hujungnya lalu di raut halus-halus hingga menjadi lidi lalu di jadikan penyapu" gempar dengan berita kematian ketua kampung mereka lepas subuh tadi..

Di mana-mana saja, semua penduduk kampung heboh memperkatakan tentang hal tersebut samada berkata-kata secara berkelompok mahupun yang berkata-kata dengan diri sendiri..Golongan bapak-bapak ada yang tak ke kebun getah menoreh, yang mak-mak langsung lupa terus nak masak nasik hingga makan suami dan bekal anak-anak ke sekolah terabai..Golongan anak-anak juga tak terlepas, ada yang ke sekolah dengan kasut yang tak berkapur, dah sampai sekolah tapi sebuah buku pun tak bawak hinggakan ada yang langsung tak ke sekolah sebab terlupa yang dirinya masih bersekolah..

Semuanya sibuk memikirkan akan hal kematian ketua kampung mereka..Sibuk berfikir sampai lupa hal diri masing-masing..

Apa yang aneh benar dengan kematian ketua kampung mereka?..Kalau nak dikatakan hal kematian, takdala nak aneh mana sebab dalam kampung tersebut selang 2 bulan mesti ada yang mati..

Ada yang mati jatuh pokok kelapa, di baham buaya, kemalangan, di sondol babi hutan dan yang paling banyak sekali adalah kematian yang di sebabkan oleh terserempak dengan harimau..Apabila jenazah mereka yang mati akibat terserempak harimau di bawa ke hospital, doktor mengesahkan ke semuanya mati akibat serangan jantung..Terkejut barangkali..Pertama kali jumpa harimau..Mungkin juga gembira..Siapa yang tahu..Nak tanya orangnya dah mati..

Jelaslah daripada fakta di atas menunjukkan kadar kematian tertinggi di kampung tersebut adalah di sebabkan oleh serangan jantung..Ini adalah kerana kebanyakan penduduk kampung tersebut gemar melepak di warung Pak Mustakmal bermain dam haji daripada lepas azan zohor membawak ke azan isyak sambil minum teh dengan mulut yang penuh dengan kepul-kepul asap..Habis secawan, order lagi..Sampai pernah sekali ada satu musim, kampung tersebut di serang wabak "Mabuk Teh Tahap 5"..Simptom-simptom yang terhasil daripada wabak ini adalah mereka yang menghidapinya sukar untuk mengingati jalan pulang ke rumah selepas bertarung di arena dam haji..

Bekalan kretek dan rokok seludup yang tak putus-putus juga antara salah satu faktor mengapa ramai penduduk kampung tersebut mendapat serangan jantung..

Berbalik kepada hal kematian ketua kampung..Apa yang menjadikan kematiannya aneh adalah tentang cara beliau mati..Beliau di katakan mati akibat digigit oleh seekor lembu pada lehernya..Beliau di katakan di gigit oleh lembu tersebut ketika sedang nyenyak tidur..Kejadian tersebut di sedari oleh isteri beliau merangkap wanita pertama dalam kampung itu..Namun dia tak mampu berbuat apa-apa kerana bukanlah kudratnya nak melawan kudrat seekor lembu..Hanya dia seorang saja saksi yang melihat bagaimana rupa lembu tersebut..

Apa yang menghairankan, bagaimana lembu tersebut boleh bertindak ganas hingga menyebabkan kematian melalui gigitan..Itulah yang setiap hari setiap masa di heboh dan di bincangkan oleh penduduk kampung..Masing-masing muncul dengan berbagai teori..Di salah satu tempot golongan mak-mak berlonggok..

"Aku rasa kampung kita dah kena serang dengan wabak lembu gila..Dah elok sangatla kalau kita panggil apa namanya tu wartawan yang turun naik tangannya datang buat liputan..Dapat juga aku masuk tivi", kata Mek Jenab

"Karam singh walia", jawab Pah Bedah

"Aku suka benor nengok dia tu dalam tivi..Pandai cakap melayu", tambah Wok Miah

Tiba-tiba, lalu seorang pemuda..Amran namanya..Anak arwah Tok Bilal Deraman..

"Apa nak di herankan lembu jadi gila sedangkan ramai manusia tu sendiri gila", kata Amran bersahaja sambil merenung tepat wajah setiap sorang golongan mak-mak yang hadir dalam longgokan tersebut..

"Makcik-makcik semua percaya ke lembu yang gigit ketua kampung sampai mati?..Betul ke lembu yang bini ketua kampung tu nampak?..Ketua kampung dengan bini dia tidur dalam gelap, macam mana pulak bini dia boleh nampak lembu tu?..Yang paling penting sekali, dalam kampung kita ni mana ada orang bela lembu", soal Amran bertubi-tubi..Tiada sorang pun yang mampu menjawab soalannya

Amran berlalu pergi meninggalkan golongan mak-mak tersebut dengan persoalan..

***************

Pangkat dan darjat seseorang itu bukan semestinya melambangkan segala percakapan dan pemikirannya juga pada darjat yang tinggi..

Walaupun bini ketua kampung tu memegang jawatan sebagai wanita pertama dalam kampung tersebut, tak semestinya apa yang dikatakannya semua betul..

Perkara yang betul-betul pelik dalam kampung tersebut sebenarnya adalah nama kampung itu sendiri..Namun, tiada siapa yang pernah bercerita atau berbincang berkenaan hal terbabit..Mereka lebih gemar bercerita tentang gosip-gosip liar yang entah kan betul entahkan tidak..

Kampung "Bagai rotan dibelah hujungnya lalu diraut halus-halus hingga menjadi lidi lalu di jadikan penyapu"..

Punyalah panjang nama..

***************

Renungan bersama..

"Lihatlah apa yang di katakan, bukan lihat pada orang yang berkata-kata"
"Berkatalah tentang kebenaran yang jelas dan bukan kebenaran yang indah cuma kata-kata"





Saturday, April 23, 2011

Cerita Ikan - Sepat Dan Kawan-kawannya

Di dalam sebuah sungai yang mengalir tenang, dalam airnya dan komposisi air yang bercampur dengan kelodak dan lumpur serta bermacam-macam lagi bendasing, tinggal berbagai jenis ikan yang hidup aman dan harmoni walaupun berada dalam persekitaran yang menyeksakan..

"Papp Papp Papp Papp..4 bijik aku makan sekali..Aku dah kabor tadi, jangan bagi aku naik haji..Kan dah kena!..Kah kah kah kah",  Keli ketawa sekuatnya memeriahkan suasana warung kopi Lampam

Tilan, Jelawat dan Patin yang daripada tadi memerhati dari tepi turut ketawa bersama..

"Berapa kali kau punya bunyi 'Papp' tadi?", soal Sepat kepada keli yang sudah selesai menamatkan ketawanya

"Empat!", jawab Keli sambil melurut-lurut misainya yang tiga helai itu

"Nah!..Papp Papp Papp Papp Papp Papp Papp Papp Papp!.Ini baru nama dia main..Keh Keh Keh Keh", menyeringai Sepat ketawa sambil menyedut air sungai ke dalam insangnya

Tilan, Jelawat dan Patin ketawa dua kali ganda lebih kuat daripada tadi..

Keli yang merasa tercabar, terus mengaku kalah dan mengajak Sepat membuka game baru..Sedang ralit mereka menyusun buah dam di atas papan, lalu Ikan Laga di hadapan warung..

"Hoi Ikan Laga, daripada mana tu?..Laju je..Meh la singgah dulu borak-borak", tegur Sepat yang memang terkenal dengan sifat peramahnya

"Aku baru balik daripada pasar beli plankton ni..Boleh la juga kejap melepak..Haus juga rasanya ni berjalan jauh", balas Ikan Laga sambil menuju ke meja tempat Keli dan Sepat bermain dam

Ikan Laga terus duduk di sebelah Sepat sambil meletakkan bungkusan yang di bawanya di atas meja..

"Banyak ke belinya tu?", soal Keli

"Adala 2kg..Cukuplah buat makan aku anak beranak seminggu", jawab Ikan laga

"Entah apa la nasib kita dalam sungai ni..Payah betul nak cari plankton liar dah sekarang..Semuanya nak kena beli..Bukan apa..Yang diorang jual tu semuanya plankton bela..Kurang sikit dia punya sedap kalau dah bela ni", keluh Sepat

"Itula pasalnya..Aku dengar cerita minggu depan, harga plankton dekat pasar udah nak naik lagi..Susah la kalau macam ni..Tak pernahnya nak turun..Asyik naik saja harganya", tambah Ikan Laga

"Aku pun ada juga dengar cerita tu..Udang galah yang kerja dekat jeram hulu sungai tu bagitahu..Katanya,permintaan tinggi, bekalan kurang..Itu pasal la harga naik..Aku ni bukan paham sangat hal-hal ekonomi ni..Sekolah tak habis", sambung Keli

Lampam yang sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk di dapur mengeluarkan kepalanya ikut celah tingkap..

"Nak buat macam mana..Air sungai kita ni makin lama makin keruh aku tengok..Manala plankton tu nak hidup..Silap-silap, tak lama lagi, dengan kita-kita sekali lesap", sampuk Lampam sambil membilas pinggan mangkuk dengan air sungai

Kesemua mereka berpandangan sesama sendiri sambil dalam otak masing-masing ligat menuding ke arah satu makhluk yang menjadi punca kepada permasalahan mereka

"Ini semua salah manusia!", teriak Belida yang daripada tadinya khusyuk menonton rancangan gusti

"Yaaa!", sahut mereka beramai-ramai serentak

Begitulah nasib mereka..Setiap hari, mereka hanya mampu melihat sahaja ketidakwarasan akal manusia di zaman yang serba moden..Apa yang mereka mampu lakukan hanyalah melihat dan menuding ke arah manusia tanpa mampu berbuat apa-apa..

Takdir hidup mereka tiada siapa yang tahu apa yang bakal muncul..Samada kekal di situ ataupun akan hanyut mengikut arus sungai ke hilir..

"Ahhh..Sudahlah..Tak guna pikir lama-lama benda ni..Bukan jadi apa pun..Moh kita sambung game kita tadi ni sepat", kata Keli

"Jom!", sahut Sepat penuh bersemangat

Friday, April 1, 2011

Kembara Jalan Kaki - Solusi Suatu Dongengan (Pengenalan)



......Perkhabaran tentang kewujudannya dah lama di heboh-heboh dalam dongengan rakyat sejak tamadun melayu mula bertapak di nusantara..Perihal cerita berubah daripada satu mulut ke satu mulut..Bertemu dengannya bukanlah satu yang asing bagi orang yang penuh ilmu di dada..Maka berdentum-dentamlah sembang-sembang kosong di warung kopi beratap nipah akan kehebatan masing-masing semasa cuba menangkapnya dengan ilmu batin dan sakti milik empunya badan..Namun, bila di minta bukti di berikan, masing-masing cuma tunduk memandang lantai, sambil menghirup sikit-sikit sisa kopi yang berbaki di dalam cawan.......

.......Makhluk tuhan yang satu ini bukanlah makhluk biasa-biasa..Memang ada yang sempat bertemu dan mendapatkannya, akan tetapi selang beberapa hari, ianya akan lesap bersama-sama dengan si pemilik..Lesap kemana, Wallahualam......

.......Berabad-abad lamanya, perihal akan kewujudan makhluk ini masih di perkatakan dalam masyarakat..Tapi tidak di dalam radio mahupun dalam televisyen..Hanya menggunakan medium mulut sebagai ajen promosi, sudah cukup untuk menjadikan makhluk ini cukup terkenal pada sesetengah golongan..Masih ada yang sanggup mengembara ke seluruh pelusuk alam semata-mata mahu mendapatkan makhluk tersebut..Bukannya mereka tak tahu akibat yang bakal tempuhi, tapi dalam hati masing-masing kuat mengatakan "Malaysia Boleh!"..

.......Chacha dan Leplep..Begitulah nama dua pemuda yang memiliki cita-cita besar dan menggunung setinggi Gunung Tahan di negeri Pahang, akan tetapi, sifat malas mereka pula setinggi Gunung Fuji di negara Jepun..Ketinggian Gunung Tahan adalah 2187 meter manakala ketinggian Gunung Fuji pula adalah 3776 meter..Hampir separuh kali ganda juga malas melebihi cita-cita........

.......Berkereta buatan tangan daripada German, beristerikan gadis daripada Magribi,rumah bergelanggang tenis di cerun bukit dan macam-macam lagi kemewahan dunia sering bermain dalam fikiran mereka berdua..Tanpa usaha, mustahil segalanya berhasil..Akibat terpengaruh dengan cerita dongeng yang entah kan betul entahkan tidak, kedua-duanya mula merancang sesuatu yang kalau di fikirkan ikut pemikiran millenium zaman 2011 ini, memang tak masuk akal..IQ budak-budak tadika jauh meninggalkan IQ dua sahabat ini.....

.....Maka bermulalah pengembaraan mereka ke seluruh buana untuk mencari sesuatu yang masih belum pasti..Berbekalkan wang saku Rm100 setiap seorang, sebunjut pakaian dan seplastik alatan-alatan keperluan seperti berus gigi dan sabun mandi, mereka mula melangkah keluar daripada rumah tanpa melafazkan Bismillah..Berjalan kaki menjadi pilihan kerana itulah pengangkutan yang paling ringkas dan jimat........

......Mengikut klu yang di perolehi, satu bandar ke satu bandar, satu kampung ke satu kampung mereka redahi..Sambil-sambil mencari klu yang seterusnya di sepanjang perjalanan..Beberapa orang watak akan mereka temui sepanjang perjalanan tersebut............

Hiro - Mat rempit sumbang tak bepersatuan..Bergerak secara solo..Sering mempersembahkan aksi lasak dan lagak ngeri bermotosikal secara percuma tanpa memikirkan akibat kalau di kejar pihak polis..Walaupun bergelar mat rempit, namun, motorsikal tunggangannya masih memiliki dua cermin sisi yang di pasang teguh.Beberapa kali cuba di belasah penduduk setempat, namun kelicikannya berjaya membuatkan dia terlepas daripada seksaan dunia tersebut.

Patam - Musang jadian yang bersifat manusia di siang hari..Berperangai binatang di malam hari..Sering muncul di tempat yang tak terduga akal pemikiran manusia bukan jadian mana-mana binatang..Ramai anak dara sunti sudah menjadi mangsanya..Kadang-kadang terlepas juga dua tiga orang janda dalam senarai mangsanya.

Berg - Tok penghulu sebuah kampung yang mana seluruh penduduknya sering menghabiskan masa di celah-celah rimbunan semak, di balik pokok kelapa sawit dan di kebun getah untuk memuaskan nafsu masing-masing..Kampung yang memiliki pasukan bola sepak 7 sebelah terkuat dalam mukim yang di wakili dek kerana memiliki anak muda yang memiliki ketahanan badan yang luar biasa.

Raju - Sang pujangga yang sering menyampaikan bait-bait puisi indah di tepi jalan semata-mata untuk menghiburkan orang..Berjambang lebat dan berkaca mata bulat, mirip sasterawan negara A Samad Said akan wajahnya..Berbekalkan kenderaan tunggangannya sebuah motorsikal LC empat kelajuan, dia sering menjelajah ke sana kemari untuk berpuisi..Tiada lainlah kerjanya selain berpuisi sehinggakan nak order nasi di kedai pun secara puisi.

Tito Seorang imam berpangkat haji di salah sebuah masjid ternama..Sering keluar videonya dalam youtube memberi ceramah agama bercorak baru..Di kenali dengan imej mata bercelak mirip mata harimau..Ikut daripada kata orang-orang yang dengkikan si tito, haji si tito ni tak mabrur..Entahkan ye entahkan tidak.

Kemal - Pemuda yang sering gagal dalam bercinta..Menghabiskan sepanjang hidupnya melayan perasaan yang rabak dan dukacita..Berniat untuk menamatkan segala duka laranya dengan jalan mudah..Yakni dengan meragut nyawanya sendiri..Berkali-kali juga dia mencuba, namun cubaannya asyik di patahkan oleh pihak bomba yang bekerja keras menyelamatkannya daripada berkecai badan di tengah jalan.

Syed Hafeez dan Ashraf Sahdan - Dua sahabat baik yang bergiat aktif dalam industri sukan yang jarang-jarang kita dengar iaitu sukan lumba kera..Memenangi banyak pingat dan penghargaan..Dengar ceritanya, mereka berdua berkemungkinan akan di anugerahkan pingat kebesaran negeri Melaka hujung tahun ini selepas pertemuan sulit yang berlaku antara Ashraf Sahdan dan Ali rustam.

Akan muncul seorang pemuda yang sangat misteri dan serius yang akan membantu mereka meneruskan pengembaraan..Watak yang tersangat misteri sampai tak boleh nak di tulis..Siapakah dia?..Dia akan muncul, bila tiba masanya untuk dia muncul..

Dan beberapa watak orang kampung, ahli kariah masjid, pekerja kedai mamak, makwe amik order dan segelintir masyarakat setempat juga..

"Angsa bertelur emas mungkin di temui, namun nasib mereka selepas itu belum pasti lagi apa yang menanti"