Sunday, July 24, 2011

Dia, Sejadah Dan Dunhill

Di suatu malam yang dingin, melepaklah 7 lelaki di restoran nasi kandar NZ Curry House bertempat di Wangsa Walk. Berbagai isu di bincangkan tentang masa depan dan benda bukan-bukan, hukum meminum susu isteri misalnya.

Dalam kerancakan berborak, lelaki 1 yang statusnya paling warga emas dalam ramai-ramai tiba-tiba membuka topik tentang rancangan televisyen yang di tontonnya siang hari tadi..

Lelaki 1 : Pehhh, tadi gua bukan main lagi pekena cerita Ketika Cinta Bertasbih..Siap gala..6 jam gua mengadap depan tivi.

Lelaki 2 : Channel mende lu tengok tu?

Lelaki 1 : Astro sekarang ada bagi 2 channel cerita indon free..Bintang dengan Pelangi..Banyak sedak-sedak cerita dia..Cerita lama-lama banyak betul yang lucah-lucahnya..Tapi, memang tak boleh lawan Ketika Cinta Bertasbih..Dia punya pegi, ini macam (Ibu jari ke udara)

Lelaki 3: Kan bagus kalau 6 jam tu bertasbih atas sejadah.

Suasana hening. Masing-masing memandang tepat pada lelaki 1 yang terkial-kial mencari jawapan untuk membalas.

Lelaki 1: Atas sejadah tak boleh hisap rokok, depan tivi boleh hisap rokok!

Gua, lelaki 2, lelaki 3, lelaki 4, lelaki 5, dan lelaki 6 : Astaghfirullahalazim!

Serta merta, semua yang ada,kecuali lelaki 1 menadah tangan memohon kepada tuhan agar di bukakan hati lelaki 1.

Lelaki 1 mencapai kotak Dunhill, lalu menyalakan sebatang. Langsung tiada wajah kekesalan.

5 comments:

Anonymous said...

Dah bercerkot dah. keh keh keh

Brader Chacha said...

dah lama bercerkot..cuma, dah lama juga di tinggalkan..penat mahu tulis panjang2..pendek2 sudeyy..

deus X machina said...

semoga lelaki 1 tu dapat hidayah dan bertaubat sebelum pintu hidayah ditutup kelak

sahidzan said...

errr, cerita Ketika cinta bertasbih tu masuk juga sama gua sebenarnya. tupun sebab bekas makwe gua dulu paksa-paksa gua layan cerita tu. astghfirullah.

hanaahmad said...

menusuk tapi langsung tak tertusuk? payah gak ni. haha