Monday, January 10, 2011

Suara Buluh Kasap

Samad pantang nampak mikrofon..Kalau nampak, macam datang satu semangat yang lain macam..Macam kena seru..Menggigil satu badan Samad..Tu baru nampak, kalau dah pegang..Habes jahanam..Jenis kalau dah pegang, tak reti nak lepas..Suara kalau sedap tak pe jugak..

Pernah satu malam, Samad bantainya menyanyi dekat masjid..Sempat jugak verse 2 rangkap..Sikit lagi nak masuk chorus..Tapi tak dan..Orang pakai buat azan, Samad buat kerja lain..Mengamuk jugak pak bilal..Kalau tengah marah, dah tak ingat lagi kaki tu pijak dekat mana..Lancar je mulut mencarut tak tentu hala..

Lepas Isyak, pak bilal stay lama sikit..Ada urusan dengan tuhan katanya..

Malam tu mendapat jugak la dia habuan daripada hasil nyanyian dia yang tak seberapa..Bapak dia balik tak cakap banyak, terus bagi sepam..Jenis bagi takda tanya langsung..Habuan jenis bukan hulur pakai tangan punya..Nasib Samad tak baik sebab ada orang repot ke bapak dia..Harapkan bapak dia ke masjid, seminggu sekali, memang tak tau cerita la..Itu pun kalau bapak dia ingat yang hari tu hari jumaat..Kalau lupa, tunggu minggu lagi satu baru nampak muka..

Kalau ada kenduri kahwin dalam kampung, awal2 pagi lagi Samad dah sampai..Kenduri kahwin mesti ada karoke..Dalam sejam jugak Samad warm up pape yang patut dulu bawah khemah..Baru steady sampai ke petang..Suara Samad menyanyi lagi kuat daripada bunyi kompang pengantin..Samad apa peduli..

Samad masih jugak manusia..Dalam sejam, berenti jugak dia sekejap..Pekena air sirap dulu..Dapat jugak la orang lain pekena karoke sementara Samad pegi minum..Berbulu jugak orang kampung dengar suara Samad..Makan nasik minyak sambil dengar Samad menyanyi boleh di kira sebagai bencana..Nak habiskan sepinggan nasik punya jenuh..Sakit kat telinga boleh turun ke hati sampai hilang selera makan..

Itu semua cerita dulu..Kurang dah Samad buat bencana dalam kampung..Samad sekarang dah ada kerjaya..Rajin betul dia kerja sekarang..Kejap ke kolumpo, kejap ke perlis ngantor pasir..Kerja drebar lori memang memang bizi betol..Komited betul dia dengan kerja..Tapi kalau dah tabiat tu, memang payah nak buang..Cuma sekarang lain sikit..Takde mikrofon pun bole jalan..

Dekat 13 kali jugak Samad tukar kelindan..Enjin lori hidup, suara Samad hidup..Enjin padam karang belum tentu lagi suara Samad ikut padam..


3 comments:

Amir Syahir said...

pandai karang cerkot ni..mmg gua gemar lepak..haha

RIAN said...

siapakah samad ? h0hho,

Brader Chacha said...

bapak membe gua