Wednesday, March 30, 2011

Selangkah Ke Akademi Fantasi

"Selamat malam dan bla bla bla bla bla bla bla bla bla", Aznil membuka tirai konsert pertama Akademi Fantasi ke 9 dengan penuh kemeriahan

Bla bla bla bla bla bla bla..

"Sekarang kita jemput naik ke atas pentas, peserta terakhir yang akan membuat persembahan untuk malam ini..Dipersilakan, Chacha!", jerit Aznil Haji Nawawi

Gua melangkah naik ke pentas dengan kepala tunduk memandang lantai..Benda ni ada dalam skrip..Drama sikit..Biasala..

"Chacha!..Chacha!..Chacha!", jerit penonton yang berada di depan pentas beserta dengan sepanduk dan segala jenis kertas warna warni yang bertulis nama gua..Pehhh..Sepanjang hidup gua, gua tak pernah nampak lagi nama gua di cetak besar macam tu..Ikut rekod, paling besar nama gua pernah di cetak adalah pada muka surat depan assignment/lab repot..Font arial, size 52 kalau tak silap..

Baru konsert pertama dah kemain ramai lagi peminat..Cerah peluang gua ni rasanya..Daripada golongan gadis genit romantis sampai la membawak ke makcik-makcik yang patutnya sekarang ni tengah duduk atas tikar sejadah dekat rumah..Lantak makcik la..Janji makcik AFUNDI CHACHA..Gua menang dapat duit, dapat kereta..Makcik tu dapat apa?..Gua apa peduli..Keh keh keh..

Ahhhh..Makin kuat deme ni sorak..Makin nerves pulak rasanya..Tadi masa dekat belakang pentas, ok je..Ini kalau si Aznil tanya yang bukan-bukan karang, mau bertabur juga gua nak menjawabnya..

"Jemput duduk..Jemput duduk..Haaaa..Baru konsert pertama..Bukan main lagi sorakan..Awal-awal dah ramai peminat", tegur Aznil cuba nak bermesra-mesra..Gua cuba kekalkan imej garang dan stedi dengan membuat muka keras

"Ermm..Boleh tahan la nampak gayanya", jawab gua stedi medi

"Okeh..Okeh..Sebelum kita teruskan dengan persembahan daripada Chacha, apa kata kita tonton dulu sedutan klip ini", kata Aznil membuat pengumuman

Klip video pengenalan gua terpasang di skrin utama..Satu persatu lagak gua di tunjukkan dalam klip tersebut..Daripada hari ujibakat sampai la ke peringkat saringan..

"Bodoh juga diorang ni..Ntah bila pulak rakam gua tak berbaju ni..Tau tak tu aurat..Aurat", kata gua dalam hati 

"Ok..Sekarang abang nak tanya..Bla bla bla bla bla bla", soal Aznil bertubi-tubi..Bila nak menyanyinya kalau dah nak kena jawab soalan pulak..Gua jawab lebih kurang saja..Biar padan muka dia penat bertanya..

"Erm, agak-agak bila saya boleh stat menyanyi?", soal gua ke Aznil yang nampaknya dah makin menjadi-jadi bertanya

Aznil tarik muka..Tanya Sikit dah sentap..Jenis tak boleh terima soalan makan dalam sikit..

"Sekarang terimalah Chacha, dengan lagu yang pernah di popularkan oleh Awie, Di Penjara Janji yang di beri nafas baru dengan gubahan muzik irama reggae", umum Aznil ikhlas tak ikhlas

Gua melangkah ke depan pentas..Mikrofon sudah gua genggam kemas di tangan..Harap-harapnya semua berjalan lancar..Gua mula menyanyi dengan penuh perasaan..

Bila hampir sampai ke part chorus, gua dah mula tak berapa sedap hati..Risau-risau juga kalau tak lepas karang..Tapi gua akan cuba sebaik mungkin..Gua pejam mata agar dapat lebih penghayatan

Dia,tempat ku sandar
Angan, ku pendamkan
Satu percintaan
Yang bisa, ku jadikan
Tangga-tangga ku
Ke pintu syurga
Meleraikan rinduuuuuu

Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni

"Fuh..Nasib baik lepas". kata gua dalam hati..Lega..

Penonton punya sorak masa ni bukan main kuat lagi..Semuanya terpegun..Ada yang terkinja-kinja, kerusi terbalik sana sini..Gua punya semangat makin menjadi-jadi..Gua angkat sebelah tangan, melambai ke kiri, ke kanan..Penonton pun ikut melambai sama..

Pinnn!..Pinnnn..Pinnnnn!..Pinn!..Pinn!..Pin!..Pinn!

Sekelip mata suasana berubah..Gua sekarang berada di atas motor di tengah lebuhraya dalam keadaan tangan yang masih melambai-lambai entah pada siapa..

"Bang, bukan main lagi menyanyi..Siap dengan muka-muka sekali", tegur seorang remaja daripada dalam sebuah kereta kancil cat tanggal-tanggal yang sedang dalam posisi 'bersaing' di sebelah motor gua

"Siap melambai-lambai tangan tu yang tak tahan", tambah rakannya yang berada di sebelah sambil mengunyah cekedis

"Kah kah kah kah kah kah..Kih kih kih kih..Kuh kuh kuh kuh", kedua-dua pemuda tersebut mula ketawa terbahak-bahak secara berperingkat-peringkat..Bunyi ketawa mereka saling tak tumpah seperti setan yang berjaya menghasut seorang mukmin yang memiliki iman senipis kulit bawang melakukan maksiat

"Nyanyi, nyanyi juga bang..Jangan sampai kena sodok dengan lori pulak nanti", pesan pemuda tersebut sebelum memecut laju meninggalkan gua yang masih dalam keadaan malu..Sayup-sayup suara ketawa mereka yang di bawa oleh angin memecah keheningan malam di lebuhraya..Gua cuma berharap, takda makhluk lain lagi yang nampak kejadian ni..

Dalam kelajuan menunggang 60 Km/J, gua membrek secara kecemasan..

Sssrrreeeeeeeeeeettttttttttttt!!!!

Sambil karate kepala hendel motor, gua berkata

Cilakak!
Apa punya pesen berangan gua hari ni..

AF?..Pttuiihh!



6 comments:

saljihitam said...

okay. penat gua ketawa.

ada lagi tak ? argh demm. hahaha

locco said...

hahahaha..mcam cilake lu pnye cerite!

eiffel said...

atas moto pown kemain lu punya berangan!lol~

ameera said...

chacha chacha....

makan buah berangan banyak sangat nehhh

NAJ HEBAT said...

hadam dalam angan2.

"vote for me, chacha.."

sambil goyangkan pinggul.

haha

aishah said...

haha...sah mengong..