Tukar turn minggu nie
Edisi Jumaat - Episod 1
Dr Islah melangkah keluar daripada bilik kecemasan dengan sarung tangan getah yang masih berlumuran darah..Dia terpaksa mengambil rehat selama 5 minit kerana terlalu tertekan dengan keadaan pesakit yang sedang di bedahnya..Sepanjang pengalamannya, belum pernah lagi dia mendapat kes yang semacam ini..
"Bagaimana dengan keadaan isteri saya tuan doktor?", soal Haji Dusuki cemas
"Ikutkan keadaan Hajjah nie, memang patutnya dah lama mati..Tapi takpa, saya akan cuba sedaya mungkin", jawab Dr Islah
"Tapi kalau mati juga, apa lagi yang boleh saya buat", tambah Dr Islah lagi
Haji Dusuki bertambah resah mendengar jawapan daripada Dr Islah..Lepas satu persatu ahli keluarganya di bunuh..5 anak dara dan 3 anak teruna Haji Dusuki habis dah semua menemui ajal..Cuma tinggal isteri tercintanya yang ini saja lagi..Itupun tengah tenat..Nasib baik kali nie Haji Dusuki cepat bertindak..Sempat juga isterinya kalau mati pun merasa mati atas katil hospital..
Hajjah Kristina di temui terlantar di dapur dalam keadaan separuh pinggang ke bawah di tepi sinki dan bahagian pinggang ke atas di bawah meja makan..Putus dua..Tapi bak kata orang, berpantang maut sebelum ajal..Dalam keadaan ususnya yang telah di potong pendek-pendek dan di juntaikan di leher, Hajjah Kristina masih mampu bernafas..
Sekarang semuanya bergantung pada kecekapan Dr Islah melakukan pembedahan..Dr Islah, lulusan perubatan daripada Ireland, bukan calang-calang orang..Belum pernah lagi pembedahan yang di lakukannya gagal..Tapi, apa yang dapat dilihat sekarang, mulut dia lagi banyak buat kerja daripada tangan..
Haji Dusuki mundar-mandir di hadapan bilik kecemasan, resah, seperti menunggu kelahiran anak sulung..
"Selamat petang Haji..Saya Inspektor Azlan daripada unit siasatan bunuh-bunuh..Saya ingin mengambil sedikit keterangan daripada Haji berkenaan kes ini..Kalau banyak lagi cantik..Senang sikit kerja saya", tegur seorang lelaki berperut buncit memakai sweater berjenama Cheetah
Inspektor Azlan di tugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan beramai-ramai ahli keluarga Haji Dusuki..Kes ini memang di klasifikasikan sebagai antara kes terberat dalam tahun nie..Semua media sedang membuat liputan berkenaan hal ini..Tiga empat kali juga Haji Dusuki keluar Tv..Kesemua mayat anak-anak Haji Dusuki yang di temui, semuanya dalam keadaan yang sukar untuk di kenalpasti..Sampai sekarang, tangan sebelah kanan Rebecca, anak perempuan bongsu Haji Dusuki masih belum di temui..
Apa yang menghairankan Pihak Polis, pembunuh tersebut bukan sahaja membunuh dengan kejam, tetapi juga mengambil sesuatu sebagai cenderahati barangkali daripada mangsanya..Kesemua mayat anak Haji Dusuki dan isterinya yang sedang bertarung dengan maut di dalam bilik kecemasan, semuanya tiada ibu jari..Ibu jari mereka telah di kerat dan tidak di jumpai di tempat kejadian..
"Saya boleh ceritakan daripada mula sampai habis pada Inspektor..Tapi izinkan saya ke surau sebentar untuk solat Asar..Inspektor tak nak solat sekali?", kata Haji Dusuki ke Inspektor Azlan
"Errr..Haji pergi dulu..Saya nak buat draft untuk siasatan nie sebentar..Kejap lagi saya pergi", balas Inspektor Azlan cuba mengelak
*****
Bulan lepas, Haji Dusuki sekeluarga pergi bercuti ke Pantai Cherating sempena cuti Tahun Baru Cina selama tiga hari..Haji Dusuki tak suka nak menyewa chalet ataupun hotel kalau pergi bercuti..Dia lebih gemarkan aktiviti berkhemah..Lebih dekat dengan alam katanya..Isteri dan anak-anaknya yang sudah berangan-angan untuk bercuti di temani tilam yang empuk dan penghawa dingin hanya mampu menurut..Segala bantahan mahupun carutan, hanya mampu di utarakan dalam hati masing-masing..
Di pantai Cherating itulah segalanya bermula..
Haji Dusuki mengajak anak lelakinya yang bernama Ryan untuk ke gerai berhampiran membeli apa-apa makanan ringan yang patut..Di gerai tersebut, mereka terserempak dengan seseorang yang mereka sudah temui sebelum ini..Mereka berpandangan sesama mereka tanpa berkata apa-apa..Semasa melangkah balik ke tapak perkhemahan, Ryan berkata sesuatu
"Ayah..itu bukan ke orang tahan kereta kita nak tumpang masa dekat highway tadi kan?..Apa dia buat kat sini..Tadi dia kata nak balik ke terengganu", soal Ryan ke Haji Dusuki
"Erm..Ntah la..Ada la hal dia kot", balas Haji Dusuki
"Tapi saya rasa dia tu lain macam sikit la..Ayah nampak tak cara dia pandang kita tadi?", sambung Ryan
"Ayah pun perasan dan rasa benda yang sama..Tapi tak elok juga kita tuduh orang yang bukan-bukan", jawab Haji Dusuki
Malam itu, keluarga Haji Dusuki gempar..Ramona hilang belum balik-balik daripada main banana boat daripada petang tadi..Haji Dusuki mula berfikir buruk walaupun di mulutnya terkumat-kamit membaca zikir..Segala macam benda datang mengetuk kotak minda Haji Dusuki pada ketika itu..Walaupun begitu, Haji Dusuki cuba untuk mententeramkan keadaan dengan cuba untuk berikir secara waras dan mengelak daripada melakukan perbuatan membabi buta..
Dia mengarahkan semua ahli keluarganya mencari di sekitar pantai dan kawasan berhampiran..Selepas 2 jam seperti yang di janjikan untuk berkumpul semula, masing-masing pulang dengan tiada hasil kecuali Ryan..Ryan menemui telefon bimbit jenama tempatan milik Ramona beserta sekeping nota kecil dengan tulisan berwarna merah yang masih basah..
"Masin la ayah rasa dakwat merah nie", kata Ryan selepas merasa dengan lidah dakwat merah yang masih basah yang melekat pada tangannya
"Ini darah kalau kamu nak tahu Ryan..Ayah sekali pandang dah tahu darah jantan ke darah betina", jawab Haji Dusuki berpura-pura tenang
"Darah orang ke darah babi hutan?", tanya Ryan
"Yang itu ayah tak pasti..Nasib kamu la..Pandai rasa, pandai tanggung", balas Haji Dusuki lagi
Haji Dusuki mengambil nota kecil tersebut yang tertulis
"Kah Kah Kah...Anak kau yang gebu tu belum balik?..Cuba buka henfon dia..Dia ada dalam salah satu video..Jangan risau..Dia tengah berehat-rehat..Kah Kah Kah"
Menggigil tangan Haji Dusuki mencari video yang di maksudkan..Mata Haji Dusuki terpaku pada satu video yang bertajuk "Daging gebu,dihiris nipis-nipis"...
Video tersebut merakamkan bagaimana Ramona di seksa hidup-hidup..Badannya di kelar dan setiap anggota badannya di potong satu persatu..Pehanya di lapah hingga menampakkan isi yang kemerahan..Setiap bahagian yang di potong, diatur semula di dalam satu lubang yang sudah siap sedia di korek..Tangan Ramona di potong dengan meninggalkan dua batang jari dalam keadaan menunjukkan "peace"..Tangan tersebut di pacakkan pada sebatang kayu dan di jadikan penanda pada lubang yang telah di kambus..
Haji Dusuki terduduk di atas pasir melihat tangan anaknya yang menunjukkan "peace" terpacak pada sebatang kayu..
Video di tamatkan dengan satu pesanan..
"Kah Kah Kah..Cari anak kau cepat sebelum kena makan dengan anjing..Aku kambus gitu-gitu aja..Sini banyak anjing liar wooo..Wooff!! Wooff!...Kah Kah Kah"
Skrin henfon milik Ramona gelap..Video tamat..Haji Dusuki masih tergamam dengan apa yang terjadi..Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain..Suasana video yang samar-samar langsung tidak membantu mereka sekeluarga berkenaan lokasi Ramona ditanam...
"Ryan, ayah dah tahu darah sapa dia pakai buat tulis nota tu", kata Haji Dusuki dalam nada sebak
"Ayah lambat..Saya dah tau daripada tadi lagi", balas Ryan
Mereka sekeluarga berpandangan antara satu sama lain..Masing-masing kaku memandang langit malam yang terang....
Bersambung.................................................................................................
*****
Apa yang akan berlaku seterusnya??
Siapa mangsa selepas ini??
Apa sebenarnya motif pembunuhan??
Siapa lelaki misteri yang mereka temui dalam perjalanan itu??
Mampukah isteri Haji Dusuki terus hidup dengan keadaan badan yang terputus dua??
Kenapa pembunuh mengambil ibu jari mangsanya sebagai cenderamata??
Segalanya akan terjawab dalam episod seterusnya..Keh keh keh..Pandai-pandai la korang sambung..
Ikuti sambungan Episod 2 (Edisi Sabtu) oleh Leplep esok...
Ikuti episod terakhir (Edisi Ahad) oleh Hiro lusa..
6 comments:
seriau lah
haha..wat saspen je...
kejamye..dasat beno..uish!!!
giler ah, 18sg nih... unsur keganasan dan kezaliman kurang terlampau kehkehkeh
"Ikutkan keadaan Hajjah nie, memang patutnya dah lama mati..Tapi takpa, saya akan cuba sedaya mungkin", jawab Dr Islah..HAHAHA APE PNYER DOC ARR..KEHKEH..
err. seriau gile!!! scary wehh!
Post a Comment