Saturday, February 5, 2011

Slot Cengkerama - Intisari Rancangan




Bosan dengan jalan cerita drama yang stereotaip dan cliche?
Meluat dengan pihak polis yang memanjang datang lambat?
Menyirap dengan watak jahat yang nampak sangat tak jahat?
Mencarut dengan kisah cinta yang keterlaluan dan berakhir dengan kegembiraan?

Di sini kami ada ubatnya,entah datang dari mana idea, kami sepakat mewujudkan slot cengkerama setiap hujung minggu.Setiap hari jumaat,Hiro akan menaikkan sebuah entri dan disambung oleh Chacha pada hari sabtu dan kemudiannya akan diakhiri oleh gua pada hari ahad.

3 entri berturut-turut pada hujung minggu anda!Sesungguhnya ini lebih blockbuster dari mega movie atau slot samarinda..

Setiap minggu kami akan cuba memaparkan entri yang penuh dengan kisah-kisah menyayat hati seperti emak diterajang di shopping complex,kisah penuh fantasi seperti impian seekor babi untuk menjadi bintang realiti tivi,kisah cinta lara seperti cinta lapan segi dan kisah aksi kungfu taekwando yang sarat dengan letupan dan tembakan(bukannya dengan menterbalikkan sebiji kereta sahaja)

Mudah-mudahan dengan adanya slot ini,kami mampu membuatkan penulis skrip tanah air merasa kecewa dengan diri sendiri..

#ayat kencang di atas gua amek daripada Leplep..



Bermula secara rasminya minggu ini..Setiap cerita akan mempunyai 3 episod dan setiap satu episod akan di tulis oleh penulis yang berlainan..Setiap minggu ada drama atau kisah yang berlainan..Aktiviti ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu jumaat, sabtu dan ahad..

Hiro - (Akal Tunjang) - Jumaat - Episod 1,
Chacha - (Aku Bukan Labi-Labi) - Sabtu - Episod 2,
Leplep - (The Brader Who Dance With Ghost) - Ahad - Episod 3,

Setiap episod akan di tulis dalam blog masing-masing..


Macam main sambung-sambung cerita saja sebenarnya..

Ini cuma aktiviti saja-saja untuk mengisi masa lapang..


Ahhh..Panjang cerita pun tak guna..Kalau sedap, korang baca, kalau tak sedap, sila pangkah laju-laju..


Berikut adalah senarai tajuk drama untuk setiap minggu dan episod-episodnya..


SIRI 1 - "Sindiket Mendidik Basri Nordin" - Episod 1 - Episod 2 - Episod 3


SIRI 2 - "Tok Ketua Mencari Miyabi" - Episod 1 - Episod 2 - Episod 3

SIRI 3 - "Pak Leman Makan Lemang" - Episod 1 - Episod 2 - Episod 3
                                            

No comments: