Friday, March 11, 2011

Slot Cengkerama Siri 6 :Tersimpul Mati Di Kaki Banjaran Episod 1

                                                       Edisi jumaat - Episod 1

"Empat orang pemuda yang di katakan hilang di Gunung Jempot-jempot masih belum dapat di temui..Menurut sumber daripada E-mel yang kami perolehi, terdapat juga seorang wanita dalam lingkungan umur 60-an turut serta bersama mereka lalu menjadikan jumlah yang hilang menjadi 5 orang..Menurut Email itu lagi, disebabkan oleh umur yang sudah tua dan keadaan mata yang sudah kabur, amatlah mustahil bagi wanita tersebut untuk memilih jalan yang betul tanpa bantuan selembar peta..Ingatan yang semakin luput juga dikatakan antara punca kesesatan ini berlaku..Kami belum menerima apa-apa maklumat daripada Pihak Polis" - Sekian, saya, Burhanuddin Majid melaporkan untuk Buletin Yang Terutama..

Tappp!!!

"Ahhhh, nampaknya berita kehilangan pemuda tersebut dah di hidu pihak media..Kita perlu lebih cermat dalam menjalankan siasatan..Ingat jangan dedahkan apa-apa pada pihak media walaupun satu perkataan berkaitan kes ini!",tegas Inspektor Razif "The White Tiger" kepada anggotanya selepas menutup suis televisyen..

"Kenapa kes nie nampak macam terlalu tertutup.Ada apa-apa ke yang tuan sembunyikan daripada kami",soal Lans Koperal Bukhari

"Kamu masih berminat untuk kerja-kerja lapangan atau sudah mula mengidam nak buat kerja pejabat?", tanya Inspektor Razif

"Saya faham tuan!", jawab Lans Koperal Bukhari dalam keadaan senang diri

"Mengikut petunjuk yang anggota kita temui di sekitar kawasan kejadian, ada kemungkinan salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan", sambung Inspektor Razif

"Petunjuk tersebut saya sudah hantar ke Bahagian Forensik Jabatan Kimia Malaysia untuk di analisa", sampuk Sarjan Hamidah

***************

"Weh, kita nie hari-hari buat kerja macam nie..kau pernah terfikir tak apa mayat tu semua rasa bila kita dok tebuk sana sini badan dia", soal Sharif ke rakan setugasnya

"Bagi aku, selagi mayat tu tak kata apa..aku anggap diorang setuju jela dengan apa yang kita buat", jawab Bustamam

"Bangang!..Habis tu, kau nak mayat tu menjerit masa kau belah badan dia?", kata Sharif meninggikan suara

"Dah..Tak payah nak fikir bukan-bukan sangat..Serpihan periuk api yang Sarjan Hamidah bagi semalam kau dah analisa?", tanya Bustamam

"Ada kesan darah manusia dan darah babi hutan pada serpihan periuk api tu..Esok aku hantar laporan pada dia", balas Sharif

***************

L.K Bukhari melangkah ke sebuah restoran untuk menjamah butir-butir nasi sebagai hidangan tengahari..Selepas selesai makan, dia termenung sekejap memikirkan kes kehilangan pemuda terbabit..Sebagai seorang anggota polis, dia tahu dia perlu patuh pada arahan ketuanya..Namun hatinya kuat menyatakan seperti ada sesuatu yang cuba di sembunyikan di sebalik kes ini..Dia mula curiga dengan kelakuan ketuanya, Inspektor Razif..


"Aku yakin, kes kehilangan ini ada kaitan dengan Inspektor Razif..Ada konspirasi di sebalik kes ini..Aku mesti buktikan..Mesti!", kata L.K Bukhari dalam hati dengan penuh tekad sambil tersenyum..

"Ada peluang aku nak naik pangkat tahun depan..Keh keh keh", tambahnya lagi

***************

Keadaan 4 orang pemuda dan pemandu arahnya di dalam hutan lebih sukar..

Salah seorang daripada mereka putus pergelangan kaki akibat terpijak periuk api..Pemuda bertiga yang masih cukup anggota tubuh terpaksa membanting tulang secara bergilir-gilir untuk mengusung pemuda yang cedera..Wanita pemandu arah langsung tak mahu menolong..Dia lebih sibuk meneka jalan mana yang perlu di lalui..Dia perlu kembalikan kreadibilitinya..

"Sudah la makcik..Tak payah nak serabut sangat fikir jalan..Makin makcik fikir, makin sesat kita", kata salah seorang pemuda

"Rileks bro, rileks", jawab wanita pemandu arah

"Rileks korok makcik relaks..Makcik punya pasal la kami sesat melarat dalam hutan nie..Pergelangan kaki saya habis putus..Sekarang nie makcik boleh ganti ke balik pergelangan kaki saya yang putus nie?", tengking pemuda yang cedera

"Alaa, dah keluar dari hutan nie karang kita sambung la balik pergelangan kaki kamu tu", jawab wanita pemandu arah tenang

"Makcik yakin, lagi 2 jam kita akan dapat keluar dari sini", tambah wanita pemandu arah dengan yakin


Masa berjalan..Setiap saat mereka lalui dengan kesabaran yang tinggi..Walaupun marah mereka pada wanita itu meluap-luap, tapi mereka masih cuba bertahan..Selang beberapa lama, salah seorang pemuda mula hilang kesabarannya selepas 2 hari..

"Woi makcik, janji 2 jam", teriak pemuda tersebut

"Apa boleh buat..belum rezeki kita nak keluar lagi", jawab wanita pemandu arah

Pemuda-pemuda tersebut makin putus harap..Bekalan makanan semakin berkurang..Tenaga sudah hampir habis..Jalan keluar masih belum jumpa..Bila senja mula menjelang, mereka mula mencari tempat untuk berehat..

***************

Kring kring! Kringg Kringg! Kringggg Kringggg!

"Hello, hah, ada apa?..Sekejap, aku kunci pintu dulu", kata Inspektor Razif

"Aku dalam perjalanan ke sana", jawab seorang lelaki

"Aku nak kau cari mereka sampai jumpa sebelum anggota aku yang jumpa..Kalau tak susah kita nanti", kata Inspektor Razif pada seorang lelaki dalam telefon

"Dah tu kenapa kau hantar juga anggota kau pergi cari mereka?", tanya lelaki tersebut
banyak liputan pasal hal ini..Kau perlu lebih pantas", tambah Inspektor Razif lagi

"Aku terpaksa..Aku kena patuh pada prosedur..Kalau tak, gerak geri kita akan lebih mudah dikesan..Yang penting, kau perlu jumpa mereka sebelum anggota aku", pesan Inspektor Razif

"Aku cuba..aku cuba", jawab lelaki itu


"Ingat, bila dah jumpa mereka..Lenyapkan terus mereka..Kemudian kau bawa mayat mereka semua ke satu tempat yang akan aku bagitahu kelak..Anggota aku akan jumpa mayat mereka nanti di tempat yang akan aku aturkan", kata Inspektor Razif

"Tapi..Jangan libatkan pertumpahan darah..Buat supaya kematian mereka seperti satu kemalangan", tambah Inspektor Razif

"Kenapa perlu sampai membunuh", soal lelaki itu lagi

"Mereka sebenarnya dah tahu pasal tempat tu..Sebab tu mereka mesti dihapuskan supaya jejak kita tak di hidu", jawab Inspektor Razif

"Orait..Nanti aku hubungi kau balik", kata lelaki tersebut sebelum menamatkan panggilan

***************

Di bilik sebelah, L.K Bukhari berjaya mendengar perbualan Inspektor Razif tadi..

Dia sudah mendapat klu yang pertama dalam menyelesaikan konspirasi ini..L.K Bukhari tersenyum..Dia semakin hampir kepada kebenaran..

***************

Salah seorang daripada pemuda yang tersesat terjaga daripada tidurnya selepas cahaya matahari mula memancar dan terkena matanya..

"Weh, bangun-bangun..Kita perlu mulakan perjalanan segera..Makin lama kita dalam hutan nie, makin bahaya", jawab pemuda yang terbangun daripada tidur tadi

Semua pemuda bangun dan terus memulakan perjalanan mereka..Kali ini tanpa wanita pemandu arah dan pemuda yang cedera..Setelah sejam berjalan,

"Rindu pulak aku kat makcik tu", tiba salah seorang pemuda bersuara

"Barang yang lepas jangan dikenang sangat", jawab pemuda yang lain

Mereka atur langkah dengan penuh hati-hati, takut ada lagi periuk api yang berselerak..Salah seorang daripada mereka menyatakan hasrat untuk berheni berehat..Sedang mereka duduk berehat, tiba-tiba

"Assalamualaikum", suara orang memberi salam

"Waalaikumsalam..Abang nie daripada pasukan penyelamat ke?", soal salah seorang pemuda

"Yaaa..Dah..Jom ikut abang keluar daripada sini", kata lelaki tersebut

Ketiga-tiga pemuda tersebut mengalirkan air mata kesyukuran kerana sudah di jumpai pasukan penyelamat..Namun dalam kegembiraan mereka itu, terselit juga rasa sedih mereka kerana salah seorang daripada kawan mereka tidak dapat pulang bersama mereka..Pemuda yang cedera parah itu telah meninggal dunia dan telah di kebumikan di bawah pohon buluh..Mereka tak mampu nak mengusung jenazah kawan mereka itu keluar daripada hutan ini..

"Abang di maklumkan, ada seorang wanita tua bersama dengan kamu..Dia pemandu arah kamu kan?", soal abang penyelamat secara tiba-tiba


"Owh..Makcik tu juga dah mati..Malam tadi masa kami tidur, kami di serang oleh seekor harimau..Harimau tu kelaparan..Kami terpaksa menyerahkan makcik tu pada harimau sebab dia dah hidup lama..Lagipun dia dah banyak menyusahkan kami, jadi lebih elok dia mati", jawab salah seorang pemuda dengan selamba

Dalam sibuk melangkah, salah seorang pemuda itu terdetik dalam hatinya untuk menyatakan sesuatu yang terbuku dalam hatinya daripada tadi..Dia berbisik pada kawannya di sebelah..

"Kau tak rasa pelik ke", bisik pemuda ke kawannya

"Apa?", tanya pemuda yang satu lagi

"Kalau betul abang nie daripada pasukan penyelamat, takkan dia datang sorang-sorang..Mana yang lain..Lagipun aku nampak dia nie lain macam je", balas permuda pertama yang menumbulkan persoalan

Mereka berpandangan sesama sendiri..Dalam kepala masing-masing memikirkan akan hal yang sama..

Mereka meneruskan langkah dengan mengharapkan hal yang baik saja yang akan berlaku..

***************

Tittt tiittttt tittttt

Satu SMS masuk ke telefon bimbit Inspektor Razif

"Aku dah jumpa mereka"

Pesanan ringkas itu membuatkan hati Inspektor Razif lega..Baru saja dia mahu melompat kegembiraan, satu paggilan masuk ke telefon mejanya..

"Tuan, saya sudah terima laporan tentang petunjuk yang kita perolehi daripada Unit Forensik Jabatan Kimia Malaysia", kata Sarjan Hamidah di hujung talian

"Bagus..Nanti kamu letakkan atas meja saya", jawab Inspektor Razif

"Errr, ada lagi satu hal tuan", tambah Sarjan Hamidah

"Apa dia?", soal Inspektor Razif

"Tuan ada arahkan Bukhari ke lokasi kejadian ke..Sebab tadi dia kata dia nak pergi siasat pasal kes nie dekat sana", jawab Sarjan Hamidah

"Saya tak bagi dia apa-apa arahan pun..Takpa..Itu nanti saya uruskan", kata Inspektor Razif lalu meletakkan gagang telefon


Hatinya mula curiga..

Inspektor Razif bersandar mengeluh mengenangkan kelakuan Bukhari yang bertindak tanpa mengikut arahan..Secara tak sengaja, dia terpandang sesuatu yang dilekatkan di bawah mejanya..

"Mikrofon", bisik Inspektor Razif dalam hati

Dia merenung lama mikrofon kecil yang di jumpainya itu..Otaknya ligat berfikir..

***************

Tritt Triit!!

Satu gambar berukuran pasport di terima melalui kiriman MMS beserta satu mesej pendek yang di pautkan bersama

"Bunuh dia"


Bersambung...................................................


***************

Ikuti sambungannya oleh Leplep dan Hiro untuk episod seterusnya..







1 comment:

.:: yUki a.k.a f@Ra ::. said...

cam saspen je ni1!!

xkan polis pon bersubahat gak??

woah!