"Ayam, bermacam ayam..Ada ayam kampung,ayam hutan,ayam siam,ayam turki, ayam belanda", suara nyanyian sumbang berkumandang di ruang tamu
"Makan kepak ayam,peha ayam,dada ayam..Satu tak boleh makan, jangan makan tahi ayam", sambung nyanyiannya ke part chorus
Gua yang ada urusan sikit dalam bilik air dah boleh duga siapa yang menyanyi dekat ruang tamu..Suara sengau-sengau halus nie memang takda makhluk lain dah..
Gua keluar daripada bilik air bercekak pinggang..
"Hoi!..Hoi!..Hoi!..Senang hati nampak", tengking gua
"Alamak", kata Si Lipas terkejut
"Gua tak usik lagi ayam KFC tu..Lu jangan buat hal pulak!", sambung gua lagi
Tak sampai 5 minit gua letak ayam KFC tu dekat ruang tamu..
"Kongsi la sikit", rayu Si Lipas
"Aiiii..Kemain baik lagi lu punya dialog kali nie..Jangan ingat gua boleh cair", jawab gua
"Ikut aturan alam la..Gua makan dulu..Karang gua buang sisa, lu pegi la kutip dekat tong sampah nun..Sedar la diri tu sikit..Lu tu lipas", sambung gua lagi
"Yela..Gua blah la", kata Si Lipas sayu
"Ehhh..Halus juga hati lipas nie rupanya..Kah kah kah", ejek gua ke lipas
Si Lipas berlalu pergi dengan kepala tertunduk..Kecewa betul gamaknya gua tak nak kongsi ayam KFC nie dengan dia..Gila apa nak kongsi makan dengan lipas..
"Hoi bahlol..Ayam nie lu dah pegang ke belum tadi?..Karang berpenyakit pulak gua nanti", soal gua pada Si Lipas
"Belum..Gua baru nak bukak kotak, lu dah datang", jawab Si Lipas
"Keh Keh Keh", ketawa Si Lipas di hujung ayat
Lipas nie kalau ketawa macam nie biasanya adala benda tak elok yang dia nak buat..Tapi berdasarkan pada watak baik dia hari nie, gua tak menaruh syak yang bukan-bukan ke dia..
Dengan hati yang senang, gua bentang surat khabar minggu lepas ada gambar Rosmah tengah bersenam atas lantai sebagai alas sebelum memulakan operasi melahap ayam..Gua paking betul-betul set hidangan gua depan Tv..Makan sambil berhibur, begitulah konsep yang gua amalkan supaya aktiviti makan gua lebih menyeronokkan..Seronok dia atas sikit daripada seronok mandi-manda di taman tema air..
Kaki dah sedap-sedap bersila..Tangan, gua regang-regangkan sikit supaya prestasi menyuap gua karang berada pada tahap optimum..Jari jemari gemalai gua mula meneroka kotak berisi ayam KFC..Semakin ke dalam gua seluk, makin berkocak hati..
Selukan gua terhenti bila jari-jari gua hanya berjaya mengesan kandungan udara sahaja dalam kotak KFC tersebut..Mata gua kejang memandang kotak yang kosong..Cilakak..
Lakonan Si Lipas berpura-pura baik tadi memang menjadi..Tertipu juga gua sekali lagi..
3 ketul ayam lesap kena kebas..Jahanam!..Dalam keadaan tangan yang sakit akibat menumbuk lantai sekuat hati, gua menjerit...
"Pulang balik woi ayam gua!!", pekik gua di ruang tamu..
Dengan tiadanya makanan di depan mata, gua, dengan hati yang luluh, menonton Tv sambil terkumat kamit memaki hamun..Kebetulan pula drama yang gua tengok, ada adegan makan ayam secara sekeluarga..Habis carik-carik surat khabar tadi gua kerjakan..Gua teruskan menonton..Sedap pulak drama bertajuk "Majid Buldozer" nih..
***************
Tamat saja drama, gua bangun mengemas cebisan surat khabar yang bersepai tadi..Masa gua nak buang dalam tong sampah, sekilas lalu, muncul Si Lipas memunculkan diri..
"Keh Keh Keh..Amacam drama Majid Buldozer?", soal Si Lipas
"Takpa..Takpa..Sesungguhnya gua manusia yang teraniaya..Lu tunggu lu tunggu!", jawab gua
"Buuurrrrrrppppppp!..Opssss..Maaf..Kenyang sangat pulak..Keh Keh Keh", Si Lipas sendawa
Gua pandang dia..Dia pandang gua..
Bagaikan ada satu komunikasi berlaku, dia terus memecut melarikan diri sekuat hatinya..Penutup tong sampah masih kemas dalam genggaman gua..Dapat je karang, memang terus gua pekup pakai penutup tong sampah nie..Dalam keadaan kejar mengejar, gua dapat dengar Si Lipas menganjing..
"Wekk..Wekk..Tak dapat kejar", ejek Si Lipas ke gua
Berlari memang bukan acara feberet gua..Gua terpaksa mengalah dek kerana tahap stamina gua yang lemah..Yaa..Gua akui hal itu..
***************
Sayup-sayup kedengaran laungan azan daripada masjid berhampiran..
Tiba-tiba gua teringat pesan ustaz gua masa sekolah dulu..
"Orang kalau di zalimi atau dianiya, doanya di makbul tuhan"
Berbekalkan kain pelikat pusaka, Tshirt berkolar belang-belang, sesembur minyak atar dan kopiah raya tahun lepas, gua mengabdikan diri di atas tikar sejadah..Di hujung pengabdian, gua menadah tangan memohon doa..
"Ya Allah..Sesungguhnya aku telah dianiya..Di zalimi..Bantulah hambamu ini..Di zalimi oleh seekor lipas bukanlah satu perkara yang terlintas di hatiku, namun aku redha akan ketentuanmu..Berikanlah aku kekuatan"
Selesai saja gua berdoa, muncul Si Lipas di hujung tikar sejadah..
"Inilah manusia..Bila dalam kesusahan baru nak ingat tuhan..Kalau dalam keadaan senang, makan nasik pun tak ingat nak baca Bismillah", kata Si Lipas sebelum menghilang diri ke bawah katil
Gua hanya mampu tertunduk diam menghisab diri sendiri..
Makan dalam juga bila Si Lipas nie berbicara..
Tapi jangan harapla gua nak buat-buat lupa kes ayam KFC tu..Pttuihh!!
***************
Episod lalu...
Siri Bercakap Dengan Lipas - # 2 (Episod berkejaran)
Siri Bercakap Dengan Lipas - # 1 (Episod berkenalan)
3 comments:
repeat woi, repeat!
jangan bior lipas tu bermaharajalela
bagi muka la sikit ke binatang
kongsi2 ler, lu ngan lipas pun tak banyak beza. kihkihkihkih
Post a Comment