Saturday, August 13, 2011

Siri Bercakap Dengan Lipas - # 5 (Episod Berpuasa Part 1)



"Harga lemang di jangka naik mendadak pertengahan ramadhan ini berikutan sikap segelintir peniaga yang menyorok bekalan. Menteri berkaitan serta menteri tidak berkaitan sedang mencari jalan penyelesaian masalah ini untuk menunjukkan sikap keprihatinan mereka terhadap masalah rakyat. Sekian, saya Mustafa Mirhan melaporkan untuk warta 1.30"

Tapppp!

"Berita nak dekat dekat raya ni tak habis habis pasal harga naik, harga naik", rungut gua dalam hati

"Baik gua pergi buat kerja yang lebih berfaedah", gua bercakap dengan diri sendiri lagi dan terus melangkah menghala ke bilik air.

Sedang gua berjalan jalan anak ke bilik air untuk menguruskan perihal baju yang dah 5 hari berendam dalam baldi, gua terhenti seketika di dapur apabila terpandang lebihan nasi goreng semalam yang masih berbaki dalam kuali. Langsung tak menyelerakan dia punya rupa dah. Tapi, kalau di panaskan, mungkin menaik juga selera. Terdengar juga seakan akan suara butiran nasi mempelawa gua untuk menjamahnya, 'makan la saya,makan la saya,tak baik membazir,amalan syaitan tu'

"Kriuukk cing cing kriukk cing cing kriukkk"

Pelik betul bunyi perut gua. Yang ada cing cing tu kenapa. Lapar sangat gamaknya. Isi kuali gua renung dalam dalam. Sambil menghela sepam nafas, gua geleng geleng kepala tanda menolak pelawaan nasi goreng tersebut. Maafkan gua nasi goreng, gua terpaksa menolak.

"Hoi!", jerit Si Lipas daripada bawah sinki.

"Opocot!", latah gua secara default setting apabila terkejut

"Keh keh keh. Apahal kuyu semacam je gaya lu ni. Baru lepas hisap dadah?", soal Si Lipas sambil bercekak pinggang

"Biasala orang muda. Lu nak pekena sekali. Barang baru ni", gua cuba menguji uji

"Ish, gua ni walaupun lipas, hidup gua ada prinsip. Benda bukan bukan gini, gua tak layan",jawab Si lipas

"Tak padan dengan huduh, ada prinsip juga? Kah kah kah. Hisap dadah tengkorak lu, gua letih berpuasa ni tahu? Tu yang mengantuk kemain lagi ni haa", gua memberi sedikit penjelasan dengan jujur

"Puasa? Apa benda tu?", soal Si Lipas ingin tahu

"Lu ni dah berapa tahun jadi lipas? Puasa pun tak tahu. Betul punya bangang. Oklah, gua kasi eksplain la secara kasar dan halus", jawab gua sambil bertukar posisi daripada mencangkung kepada bersila

Setelah pung pang pung pang, tangan turun naik, muka kejap berkerut, kejap tersengih, bercerita pasal puasa ke Lipas, ia berakhir dengan anggukan sebanyak tiga kali oleh Lipas. Itu pun gua yang paksa dia angguk.

Silibus puasa seperti pengertian puasa, niat berpuasa, apa itu bersahur, perkara perkara yang membatalkan puasa, perkara sunat ketika berpuasa, akhlak berpuasa, pengertian bazar ramadhan, khasiat buah kurma, hikmah berterawih hinggalah ke prosedur prosedur melihat anak bulan ramadhan berjaya di khatamkan olehnya dalam tempoh tak sampai satu jam.

Gua dapat satu akal nak pekenakan binatang lipas ni. Kah kah kah.

Selepas di ugut, akhirnya, Si Lipas bersetuju untuk berpuasa pada esok hari. Gua ugut nak halau dia daripada rumah kalau dia tak puasa esok. Memandangkan dia dah takda tempat mengadu, terpaksa la dia akur dengan ugutan gua. Gua bukannya percaya sangat dengan dia, apa apa hal, esok gua akan pantau. Gua ada juga menjanjikan juadah berbuka yang gemilang dan extravaganza esok hari, yang akan di beli di bazar ramadhan berhampiran. Melompat lompat jugalah dia dengar janji gua tu.

***************
Puasa Si Lipas bermula dengan bersahur. Jenis tak reti bangun sendiri, terpaksa juga gua yang kejut. Ntah tidur dekat mana pun gua tak tahu binatang tu malam tadi. Jenuh juga gua terbongkok-bongkok mencari.

"Gua tak tahu nak cari lu dekat mana dah ni. Sebelum gua sembur ridsect satu rumah, baik lu bangun!", jerit gua memecah keheningan subuh

Serta merta muncul Si Lipas, keluar daripada celah tapis sayur.

"Keh keh keh. Rilek la bang. Apa kecoh kecoh ni", kata Si Lipas dalam keadaan mamai

"Dah,dah. Jom sahur!", tengking gua senafas

Selesai bersahur, masing masing buat hal sendiri. Gua dengan hal gua, Si Lipas dengan hal lipas dia. Tak lama kemudian, gua lihat Si Lipas sedang duduk mengelamun di tepi bendul pintu dapur. Entah apa kenanya, tak tahu la.

"Hai, buat apa tu, terkenang kampung halaman ke?. Gelisah je gayanya", tegur gua dalam nada mesra

"Gua tengah mengenang nasib yang akan gua tempuh sepanjang hari ni, hurmmm", jawab Si Lipas lemah


Ok, bersambung..



10 comments:

hanaahmad said...

tak sabar gua nak tau lipas tu berbuka apa. hahaha

erysweetie said...

peh...berckp dgn lipas. aku nampak lipas je terus sembur dgn ridsect lipas. takde bg can! haha

PK said...

lipas lu ni gua agak dah kena rasuk jin. jin islam.

lavender harum wangi said...

takde makhluk lain ke? -.-"

Brader Chacha said...

@hanaahmad..haaa, gua sendiri tak tahu dia nak berbuka apa nanti..gua main janji je dengan dia tu..

@erysweetie..jangan kejam sangat dengan binatang yang lemah..tapi, lipas ni bukan calang calang lipas..dia ni wali lipas..

@pk..bukan kena rasuk..ni hasil didikan yg sempurna oleh gua

@lavender harum wangi..beliau saja yg boleh bercakap dalam rumah gua ni haa..

Diana Zainal said...

kahkahkah cam banggang tp seronok juge membace nye...

Melissa Ray said...

keh keh keh.

lu buat gua fikir yang lipas ni haiwan peliharaan yang comel pula.

Lee Zha said...

tahniah. lipas dah kembali. lama aku tunggu.

Brader Chacha said...

@diana zainal..alhamdulillah

@melissa ray..jangan membayangkan benda bukan bukan

@L..begitulah nampaknya

. said...

siri lipas kegemaran!!