Saturday, February 5, 2011

Slot Cengkerama Siri 1 : Sindiket Mendidik Basri Nordin Episod 2

Apa-apa hal
Ikuti Episod pertama oleh Hiro di sini dulu

                                                             Edisi Sabtu - Episod 2


"Ahhhh..Aku dah lambat nie..Seluar slack dah tentu nak kena seterika dulu..Macam-macam hal pulak la nenek aku nih..%$##$%%*%", getus Basri dalam hati

"Sabar cucuku..Takkan terputus dua sampan di landa gelora, takkan lari gunung di kejar", Nenek Basri bersuara seakan mengerti apa yang terbuku dalam hati cucunya

Basri cuba bermain mata dengan neneknya..Bukan niat di hatinya menggoda neneknya untuk melakukan sumbang mahram atau pun berfantasi yang bukan-bukan..Dia cuma mahu menyampaikan apa yang terbuku dalam hatinya melalui jelingan yang padu..Mulutnya kelu seribu bahasa  dek kerana di penuhi 2 biji karipap yang di makan secara membabi buta..Sekiranya tersilap langkah, mungkin Basri akan menjadi korban pertama di sebabkan karipap..Oleh kerana dia mempunyai rekod yang cemerlang dalam kawalan mengunyah,   dia masih mampu berdiri..Mungkin janjinya dengan tuhan bukan hari ini..

Neneknya turun daripada bahagian atas rumah dengan rambut penuh bersawang..Bersama neneknya, sebuah kotak berbentuk bintang berbucu enam yang di perbuat daripada buluh dan daun palas..Terpandang saja kotak tersebut, Basri mula menaruh syak wasangka terhadap atuk dan neneknya..Dia cam sangat bentuk dan maksud yang tersembunyi pada bentuk kotak tersebut..Baru minggu lepas dia kena tag dekat note oleh rakan facebooknya..Berjam-jam juga dia habiskan masa menelaah teori konspirasi melalui link yang di berikan..Basri mula meragui keimanan dan akidah atuk dan neneknya..Sungguh tak di sangkanya, agenda freemason sudah sampai ke Malaya seawal  kebangkitan nasionalis kaum muda..

"Nek, inikan lambang setan!", Basri mula bersuara

                                                --------------------iklan-------------------------


                                       ----------------------kembali bersiaran------------------------

"Waklu!", balas neneknya ringkas sambil meniup-niup habuk pada kotak

"Wah, kemain lagi nek..Nek tau tak bintang bucu enam ada konspirasi di sebaliknya", Basri cuba bermain silang kata dengan neneknya

"Masa atuk kamu buat kotak nih, negara israel tu belum keluar Tv lagi Basri oi..Simpan jela teori konspirasi kamu tu", balas neneknya sambil mencebik muka..Comel.

"Nenek pun main facebook juga..Nenek ada add kamu haritu..Bilanya nak approve?", tambah neneknya lagi

"Nenek pakai nama apa?", soal Basri

"Saodah lentik", jawab neneknya ringkas

Nenek Basri mengeluarkan sehelai seluar slack warna hitam daripada kotak tersebut..Walaupun seluar tersebut hampir sebaya usia dengan atuknya, tapi ia masih kelihatan cantik dan berseri, tidak seperti atuknya..Uzur dan kusam di mamah usia..Neneknya memberitahu, atuknya dulu beli seluar slack tu masa bulan penuh..Apa kaitannya, Basri sendiri pun tak tahu..

Seluar tu dah tak payah nak di seterika lagi kata neneknya sebab dia dah seterika 36 tahun dulu pakai seterika arang sebelum di simpan rapi dalam kotak masa atuknya pencen jadi sekuriti kampung baru dulu..Seterika arang nie tak boleh di buat main dia punya prestasi..Makan tahun tahan tak berkedut..Basri jeling ke jam, masa makin suntuk..Tak sempat juga nak bagi ucapan suai kenal dekat perhimpunan kejap lagi nie karang, fikirnya dalam hati..

Ikutkan dah lama Basri cabut lari saja tadi..Tapi di sebabkan kotak bentuk bintang bucu enam, Basri terlayan juga kerenah neneknya..Mungkin ini juga satu konspirasi, fikirnya dalam hati..Basri terus mencuba seluar slack pusaka atuknya..Walaupun atuknya maih kuat lagi mengusahakan kebun pisang kat hujung sungai sana, tapi hatinya kuat untuk menggelarkan seluar tersebut sebagai seluar pusaka atuknya..

Neneknya tersenyum..Padan betul seluar tu dengan susuk tubuh Basri..Genetik atuknya memang betul sebati dalam dirinya..Walaupun rupa seluar tu nampak aneh, tapi Basri merasa cukup selesa memakainya..Pengudaraan yang cukup serta kawalan suhu yang sesuai, bagus untuk sistem peranakannya..Basri angkat kening sambil buat thumb up ke neneknya..Terus neneknya ke dapur membasuh pinggan semalam sambil mengusung sekali seluar jeans Basri yang di pakainya tadi..Di hamparnya di depan sinki, lalu di jadikan lapik kaki..Basri memandang dengan mulut terkunci..Tamat riwayat seluar jeansnya..

Neneknya menggamitkan tangan memanggil Basri ke dapur..Sambil menunjukkan skill basuh pinggan pakai sebelah tangan, neneknya berbisik ke telinga Basri...

"Seluar tu bukan calang-calang seluar", bisik neneknya

"39 orang komunis dan 17 anak dara sudah atuk kau tundukkan dengan seluar tu", sambung neneknya lagi

"Nenek anak dara yang ke 17", tambah neneknya lagi sambil mencampakkan sisa makanan keluar tingkap untuk di makan ayam..

Pagi tu, Basri memegang rekod cikgu pertama ke sekolah secara terlompat-lompat..Bukan main girangnya lagi hati mengenangkan super power yag baru di wasiatkan kepadanya..Dalam otaknya ligat memutarkan slide show wajah Baizura, gadis pujaan hatinya..Wajah Botak ipoh, Black kuantan dan Pok mat paghey juga tak dilupakan..Yaaaa..Mereka bertiga tu adalah sejarah hitam Basri...

Mereka bertiga musuh ketat Basri sejak daripada kecil..Entah kenapa, mereka berempat memang di takdirkan bersama-sama menjadi cikgu dan mengajar di tempat yang sama..Peristiwa di bogelkan di hadapan Baizura 18 tahun lalu oleh 3 orang kutu berahak tu, memang tak dapat dilupakan oleh Basri..Harapannya untuk melunaskan dendam pada mereka bertiga kembali bersinar..Tapi, apa yang menjadi matlamat utama Basri sekarang adalah untuk berbogel secara sah tanpa malu di hadapan Baizura, yakni menyunting Baizura menjadi peneman hidup hingga ke anak cucu..

Setelah 20 minit perjalanan secara terlompat-lompat, akhirnya Basri tiba di pagar sekolah..

"Basri Nordin?", satu suara menegurnya


Bersambung...................................................!!!!

*****

Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Terbalaskah dendam Basri terhadap Botak ipoh, Black kuantan dan Pok mat paghey?
Benarkah segala misteri tentang seluar itu seperti yang dikhabarkan neneknya?
Adakah gaji Basri di potong kerana datang lewat ke sekolah?

Ikuti episod terakhir bersama Leplep..




13 comments:

Pa'tam said...

jap lagi aku baca

MATAHARI said...

serius aku tersengih2 baca entri ini.

haih. aku nak gelak.

lagi2.

Brader Chacha said...

susah nak bg orang ketawa nih..
nt gua cuba lagi lain kali..

AmriGloomySunday said...

xsabo tgu sambungan esok

syafiqah ezam shah said...

wakluuuu..HAHA

hiro said...

terbaik dari chacha.

Balqish Shafiqa Bajury said...

salam ziarah.
best2!

*baca selepas baca blog hiro.

Encik Tikus said...

peh ada berepisod lagi. *tepuktepuk bahu chacha

Brader Chacha said...

jangan tepuk kuat sangat..gua tepuk dahi lu karang..

kah kah kah

Nia Bebeh said...

"nenek anak dara ke 17"

hahaha :D

bukan penggoda said...

bongek gila. hahahaha.

SoletipHitam said...

Vavi saodah lentik. hahaha

Miss Hami Butang said...

mantap olahan anda..hahaha