Thursday, March 3, 2011

Aku Juga Berhak Untuk Terus Bernafas



"Kenapa??..Kenapa langsung tak bagi peluang pada aku??..Apa salah ku??..Kau ibaratkan aku seperti sampah??..Aku juga manusia seperti kau..Tapi kenapa kau layan aku macam tikus di tepi jalan??..Hanya beberapa ketika saja aku sempat melihat apa erti dunia"

"Kau masih ingat muka aku lagi kan?"
"Mustahil cepat sangat kau boleh lupakan aku!..Aku yakin seumur hidup kau akan menanggung kekesalan dan kekesalan itu akan terus menghantui kau"
"Pertemuan kita memang tak lama.."

*****

"Astaghfirullahhalazim", jerit Lela sambil mengusap-usap dada

Sudah seminggu peristiwa itu berlaku dan sudah seminggu juga Lela tak dapat tidur lena..Bayangan daripada perbuatannya yang lalu masih memburu dirinya sampai hari ini..Dia bagai sudah hilang pedoman..Hidupnya mulai tidak terurus..Dalam seminggu itu juga dia langsung tidak menjengah sinaran matahari..Hanya memerap dalam rumah, di atas katil dengan linangan air mata sebagai peneman jiwa..

Lela menjeling jam loceng atas rak alat solek yang di tempatkan betul di sebelah katil..Pukul 2.30 pagi..Lela menjeling sekali lagi untuk kepastian..Ternyata jam loceng itu masih berputar jarumnya..Kuasa bateri AAA yang di letakkan pada bahagian belakang jam loceng tersebut masih mampu membekalkan tenaga untuk membolehkan jarum jam loceng itu berputar mengikut aturan yang telah di tetapkan untuknya..

Dalam keadaan kusut, Lela duduk di atas kerusi rak solekannya sambil merenung tepat ke cermin..Pandangannya tembus ke satu dimensi dimana segala kisah hidupnya tersimpan..Sambil menyisir rambut, bibir manisnya mengalunkan bait-bait lagu..

Embun pun takkan mampu
Menyubur sekuntum
Bunga yang layu
Pada musim luruh


Setiap cahaya yang terpantul keluar daripada cermin, di tafsirkan oleh fikiran Lela sebagai gambaran kisah hidupnya..Semuanya bermain di depan mata ibarat satu rakaman yang di pancarkan oleh sebuah projektor daripada belakangnya dan dihalakan ke dalam cermin..Lela menatap satu persatu kronologi kisah yang bermain pada tabir ilusi yang di khayalkannya sendiri..

Terselit di sebalik calit-calit hitam hatinya, satu sinaran keinsafan mulai terbit..
"Semua sudah terlambat", bisik hatinya

"Aku tak mampu untuk memutarkan kembali masa demi membetulkan semula kesilapan..Layakkah aku bernafas lagi di permukaan bumi ini setelah apa yang aku lakukan..Layakkah?", soal hatinya lagi

*****

Dalam keadaan yang masih bingung, bisikan dan suara mula menyelinap dalam hati Lela..

"Semua makhluk yang diciptakan layak untuk bernafas di bumi Allah ini..Tidaklah terlepas satu-satu makhluk itu daripada kesilapan..Apa yang mampu kau lakukan ketika ini adalah menyesali segala perbuatan kau dan kembali ke jalan yang sudah di gariskan oleh Tuhanmu melalui Muhammad", bisik suara sisi kanan

"Kesalahan kau memang sudah terlalu berat..Masyarakat tidak akan menerima perbuatan kau itu..Mereka jijik memandang kau dan sekiranya kau bersama di kalangan mereka, barangkali kau akan di pukul sehingga mati..Sekarang apa yang perlu kau lakukan adalah lari daripada semua masalah ini..Aku akan bagi jalannya", bisik suara sisi kiri
"Jangan tersalah pilih jalan", balas suara sisi kanan
"Jalan aku mampu menyelesaikan kesulitan yang kamu hadapi..Ikut aku..Nescaya segala kesulitan kamu aku akan selesaikan", bisik suara sisi kiri

*****

Fikiran Lela bertambah runsing..Tak tahu jalan mana yang harus di pilihnya..

Dia termenung..Berjaga sepanjang malam hingga ke pagi..Akalnya mati..

Hari siangnya sama seperti hari-hari yang lepas..Dalam keadaan yang tidak cukup tidur, Lela mula berhalusinasi..

Matanya sudah berat menahan tidur..Tapi dipaksanya bertahan kerana tak berupaya lagi dia mahu menghadap ratapan yang akan hadir dalam mimpinya..Seminggu yang sudah cukup terseksa, tak mampu lagi di tanggungnnya..
Dalam menahan, Lela akhirnya terpaksa akur dengan keperluan fisiologinya..Dia terlena di atas sofa di ruang tamu sambil dijamu dengan angin daripada kipas yang berputar laju..

*****

Seorang budak perempuan datang menghampiri Lela dengan keadaan berlatar belakangkan sebuah taman permainan yang penuh dengan kanak-kanak bermain di temani ibu dan ayah masing-masing..

"Ibu!..Yaa..Mungkin ini kali pertama aku memanggil kau dengan panggilan semacam ini..Kau terkejut?..Memang panggilan itu yang sepatutnya aku gelarkan kau..Tapi kerana perbuatan kau, membuatkan aku susah untuk memanggil kau dengan panggilan sedemikian"

"aku sudah besar sekarang kan?..Yeah..Dalam mimpi semua boleh jadi bukan?..Baru saja seminggu lepas kau melahirkan aku..Sekiranya kau bagi aku peluang, mungkin satu hari nanti kita berdua berada di taman ini seperti mereka itu"

"Apakah kau tak pernah ada sekelumit belas pun dalam hati terhadap aku?"
"Belum sempat aku merasa kasih sayang di dunia, kau lakukan begini pada aku"

"Tapi tak mengapa..Kerana tuhan telah menjanjikan kasih sayang yang lebih kepada aku berbanding yang dapat kau berikan pada aku"

"Ada rezeki mungkin kita akan bertemu di sana..Sekejam mana pun kau, aku masih mahu mengucapkan terima kasih atas jasa kau kerana sudi menumpangkan aku dalam rahimmu dan dapat juga aku melihat dunia walau dalam tempoh beberapa ketika cuma..Sebagai darah dagingmu, aku tetap akan mendoakan yang terbaik untuk kau"

"Ini mungkin kali terakhir kita bertemu..Aku tak mahu lagi menyempitkan jiwa kau dengan masalah dan tekanan"

"Selamat tinggal ibu!..Aku berangkat dahulu menuju ke tempat yang sudah dijanjikan untuk manusia yang nasibnya seperti aku"

"Aku ampunkan segala perbuatan kau..Dan aku harap kau mampu memilih jalan yang betul selepas ini"



*****

Lela terjaga daripada lena dengan linangan air mata..Hatinya sayu mengenang perbuatannya terhadap bayi yang di lahirkannya seminggu yang lalu..Yaa..Seorang bayi perempuan yang cukup sifat..Tapi lahirnya ke dunia bukanlah atas kerelaan Lela..Akibat keterlanjuran dalam perhubungan, dia mengandungkan bayi itu..Kekasihnya sudah lama menghilangkan diri selepas mengetahui Lela hamil..

Dia sempat menatap wajah bayinya itu seketika selepas melahirkannya..Wajah suci bayi itu membuatkan hatinya sayu..Namun, dia tidak mampu untuk membesarkannya..Dia terpaksa membuat satu keputusan yang tak sepatutnya di lakukan..

Bayi itu di bunuh selepas sejam dilahirkan dan di tanam di satu tanah lapang berhampiran hutan..Pada masa itu, dalam fikiran Lela cuma satu..Dia tak mahu kelahiran bayinya di ketahui orang..Dia bagaikan di rasuk hingga sanggup membunuh bayinya sendiri..Kelahiran bayi itu menimbulkan amarah padanya..Bayi yang masih berlumuran darah, lunyai di tangannya, lalu di tanam untuk menutup bukti..

Lela akui yang dia buat begitu kerana untuk melepaskan marah kepada kekasihnya yang tidak mahu bertanggungjawab..Tapi, apa salah bayi itu..Dia juga berhak di beri peluang untuk bernafas..

*****

Rasa kesal yang menyelubungi hatinya membuatkan jiwa semakin kacau..Bisikan sisi kiri semakin kuat membisikkan hasutan halus kepadanya..Jiwa yang sedang sakit, memang mudah di pengaruhi..Lela membuat satu keputusan..
Dia pergi ke tempat dimana dia menanam bayinya..

*****

"Seorang gadis berusia lingkungan 20-an di temui mati selepas terjun daripada tingkat 7 rumahnya di sini harini..Ditemui bersama mayat gadis itu adalah mayat seorang bayi perempuan yang sudah reput" - Warta Tempatan

Pihak polis yang memeriksa rumah Lela menjumpai sekeping nota yang di lekatkan pada cermin yang tertulis..

"Jika dia tidak bernafas, aku juga tak patut meneruskan nafasku ini..Biar aku tamatkan segalanya yang aku mulakan"

*****

Memang benar apa yang dibisikkan oleh suara sisi kiri..Dia mampu menolong untuk menamatkan segalanya..Tapi itu bukan cara yang sepatutnya..

Lela telah memilih jalan yang salah buat kali ketiga..

Semoga Lela mendapat keampunan daripada Tuhan Yang Satu berkat daripada doa bayinya...

*****

Akibat daripada cinta sesama manusia yang hampir tiada batasan, Lela menanggung segalanya hingga ke hujung nafas..

Dia mungkin lupa adanya cinta daripada "Sang Pecinta" yang Maha Agung

Segalanya sudah terlambat buat Lela..

Bagi kita pula bagaimana?




4 comments:

ai'sha hamka said...

jalan cerite yang sangat bagooss!!haha

Amir Syahir said...

deep cha..deep sangat.

Puan Kutu said...

nice cerpen..Manusia selalu salah mentafsir..

brader kemal said...

plot yg menarik cha..baguih2