Wednesday, March 16, 2011

Boleh Pandang-Pandang


Aku macam selalu
Celana cabuk, baju berhabuk
Selipar berkerak
Rambut menggerbang tak bersisir

Kau mirip selebriti
Semuanya keluaran luar negeri
Sepatu ukiran tangan
Fabrik tenunan asli
Nilai satu item saja
Bersamaan wang belanja aku selama sebulan

Fuhhhh!!
Tujuan kita tak sama
Langkah lu ke sana
Takdir gua ke sini

Macam sudah berjanji
Berselisih bahu kita
Di tengah perjalanan

Aku tengok Kau
Kau tengok Aku

Bola mata aku pandang biasa-biasa
Sengih, tunduk, dalam otak cuma kosong

Biji mata kau pandang
Atas bawah,kiri kanan
Bibir kelat, muka pahit
Kerut dahi
Sepertinya berhadapan dengan segumpal tahi

Mengepak tak bersayap
Owh, patutlah
Ada gadis genit romantis di sisi
Girlfriend, tunang,bini atau janda?
Ambil kisah?
Maaf, itu bukan aku

Apahal?

Kenal?
Kenapa tak tegur?

Tak kenal?
Ada masalah apa sama aku?

Aku buka bicara

"Salam sejahtera"

"Apa?"

"Kau ada cari benda kan"

"Cari jahanam benda?"

"Nah..Ikhlas daripada aku"

Pangg!!! - hayunan biasa

Pelepakk!!! - hayunan patah balik

Dah dapat bukan apa yang kau cari?

Hhhmmmmmmmm....

Dalam ramai orang lalu lalang
Jangan ingat kau kuat kau pailang

Hati orang ada macam-macam
Ada tompok-tompok, ada belang-belang
Tunjuk hebat?
Bukan di sini majlisnya
Mahu beradu?
Nun di pentas akal sana
Menang bicara lebih agung
Tenaga bukan ukuran

Ada gadis genit romatis di sebalik pinggang
Bukan punca
Kaki jalan ke depan
Otak tinggalkan di belakang

Apa salah setakat pandang-pandang
Tapi
Dalam kepala ingat satu benda
Silap gaya, tak kena cara
Jangan terkejut
Kalau ada yang capai senapang

Kira bersyukur dapat penampar
Kalau penerajang tepat ke kelangkang?
Tak ke bergegar lu punya kelenjar prostat?
Boleh mati pucuk lu tahu?

Sia-sia ada gadis genit romantis
Kalau satu otot
Sudah tak boleh naik

***************

Terus terang kabor, gua memang tak suka kalau ada orang yang gua tak kenal pandang gua atas bawah lama-lama dengan muka tak puas hati atau dengan pandangan yang macam celaka..

Yang tengah jalan dengan makwe sambil mengepak tu jangan nak eksyen sangat..Kalau gua rodok perut makwe lu dengan pisau, mati juga dia..

Yang jalan ramai-ramai dengan geng jangan nak tunjuk hero sangatlah..Kalau jadi apa-apa hal nanti, lu tengokla berapa orang yang tinggal dalam ramai-ramai tu..Kira untung la kalau ada sorang..

Yang jalan sorang-sorang tapi selamber dan rilek, jalan tunduk, kalau bertentang muka, mesti senyum..Orang macam nie gua respek..

Kalau dah muka lu orang memang sejak azali lagi ketat..Pandai-pandai la ejas..Gua tak berkira sangat la dengan orang yang macam nie..

Tapi kalau gua kena pandang slek dengan orang yang angkat call guna telefon yang di perbuat daripada jari sendiri, gua buat tak tau jela..Takkan nak berdendam juga..Dia dah tentu gila..



4 comments:

faes redzuan said...

1st!best!

brader kemal said...

ganas nye abam cha,,

SoletipHitam said...

nasib gua senyum sama lu kat jamban aritu, siap angkat kaki lagi. hahaha

Raden said...

kenape nk rodok perot awek mamat yg usya kerek?? kenape tak rodok perot mamat tuh?
atau perot sndri?
lelaki boleh..apsal pompuan tak boleh?