Geddeegaannnggggggg!!!
Bergegar pintu rumah gua di buatnya..Depan rumah gua ada sekelompok anak-anak jiran tengah main baling selipar..
Punya la banyak kawasan lain, depan rumah gua juga di jadikan port..Mak budak-budak ni pulak duduk bersidai bawah pokok mempelam dekat rumah makcik sebelah..Ni kalau dapat gua libas tapak kaki sorang-sorang dengan batang mop, puas hati juga rasanya..Batang mop dah lama gua pegang..Tunggu line clear je ni..
Memandangkan mak diorang ni ada berhampiran, terpaksa la gua batalkan niat gua tu..Gua cuba bersabar dan bertenang..Dia punya dugaan memang berat..Habis full volume gua pasang Tv, kuat lagi suara bebudak tu..Sekarang ni, apa yang gua boleh buat, cuma berdiam diri..
"Dah penat karang, berenti la tu", gua cuba memujuk diri sendiri
Makin lama tunggu, makin menjadi-jadi..Makin ligat pulak mainnya..
Geeddddeegggaaaaannggggggg!!!!
Satu lagi selipar menghentam pintu grill rumah gua..Yang kali ni bukan main padu lagi..Sikit lagi nak masuk dalam rumah selipar tu..
"Woii budak!..Tangan tu tak berbedung ke masa kecik-kecik?..Asal baling ke pintu..Asal baling ke pintu!", teriak gua daripada dalam
"Lek lu!..Lek lu!..Lek lu!", jawab sorang budak yang ditugaskan mengambil selipar depan pintu rumah gua
"Waklu!..Korang ni tak reti ke buat kerja sekolah ke petang-petang ni..Main je tau", tambah gua lagi
"Hek eleh brader ni..Petang-petang gini gunanya untuk bersenam..Kerja sekolah, malam karang pun boleh buat..baidewei, brader ni tak bersenam ke?..Patutla muka macam berpenyakit je", jawab sorang budak berjersey Liverpool dan di sahut dengan gelak tawa oleh rakannya yang lain dan juga yang tengah bersidai bawah pokok mempelam
"Cilaka, sedangkan jerung lagikan ku kail, inikan pula si ikan bilis..Nak lawan jom la", cabar gua ke budak-budak stail pendekar melayu
"Pandai ke main lagi?..brader tu dah berusia, karang bertabur tulang tengah laman ni, sapa nak ngutipnya..Keh keh keh", jawab salah sorang budak
"Kau tunggu!", sahut gua ringkas
Elok je gua berpaling ke dalam rumah, gua tengok Rauf, Zamri, Bedul dengan Muiz tengah meregang-regangkan otot masing-masing..
"Jom la cepat", kata Rauf
"Aii, gua belum kabor lagi, dah siap", jawab gua
"Dah tu..bertekak dengan budak-budak tu tak nak kuat pulak suara..cakap banyak tak guna..gua dah lama tak pekena baling selipar ni", tambah Zamri..Bedul dan Muiz mengangguk-angguk tanda setuju dengan kata-kata Zamri
"Gua dah siap..gini pun jadi", kata gua merjuk pada pakaian gua yang berseluar jeans tanpa baju
"Pakai la baju..aurat tu kena tutup..itula, masa sekolah dulu, belajor main-main..dah besor kan dah jadi benak", kata Rauf
Gua yang otomatik jadi malu dengan Rauf, terus capai baju dan menyarungkannya ke badan..Bab-bab aurat ni memang Rauf jaga betul..Bab lain, hancur..Rekod kehadiran sembahyang jumaat dia memang barai..
"Jap..kita kena plan dulu strategi..kalau tak, lauk kita karang dengan budak-budak ni",kata gua selaku kapten yang melantik diri sendiri
"Betul..betul", Muiz dan Bedul menyuarakan suara persetujuan dengan kata-kata gua
"Kalau ikut strategi masa gua main dulu, main guan taktik hantaran pendek..senang sikit nak kena..lagipun, budak-budak tu kaki diorang pendek..laju mana diorang lari, gua rasa kita boleh makan lagi", Rauf membentangkan ideanya
"Penat la woi nak main macam tu..kita main baling jela..nampak je budak, kita baling..kena tak kena belakang kira..kira macam balingan rambang la..takla penat sangat nanti", Zamri cuba meyakinkan dengan ideanya pula
Kami berlima berpandangan..Masing-masing mengenyit mata tanda setuju dengan idea Zamri..Inilah yang dinamakan jurus membaling selipar membabi buta..
"Apa-apa hal..nak baling tu, biar sekuat hati", pesan Bedul yang daripada tadi cuma diam
Di luar budak-budak tu tengah ligat makan aiskrim sambil tunggu kitorang keluar..
"Kita makan aiskrim dulu la..baru cergas sikit nak berlari karang", kata Rauf bila terpandang ane yang jual aiskrim
Kitorang yang lain buat tak tahu je dengan cakap Rauf tu..Perangai Rauf ni jangan di layan sangat..Ada saja halnya..Rauf kalau dah cakap memang dia buat..Betul-betul dia beli aiskrim..Entah bila dia masuk ke rumah amik duit pun gua tak tau..
"Weh, kemain sedap lagi gua tengok Rauf tibai aiskrim tu..alang-alang, baik kita pun pekena sekali..baru nampak semangat berpasukan", kata Zamri yang dah mula terliur
Dek kerana desakan nafsu, pekena aiskrim juga penyudahnya semua..Ane jual aiskrim tersenyum kerana persinggahannya kali ni membuahkan untung yang lumayan..Mana taknya, masing-masing beli aiskrim yang paling mahal ada dalam peti tu..Baru nampak brader-brader..Takkan nak makan yang kaler pelangi tu..
Selesai semua aksi makan aiskrim daripada pihak kami mahupun pihak budak-budak, kami semua melangkah ke tengah laman..Wakil setiap pasukan dipanggil ke depan untuk sesi osom..Untuk sesi osom, kitorang serah pada Rauf sebab rekod osom dia paling cemerlang setakat ni..
Sesi osom berlangsung selama 20 saat..
Di sebabkan keputusan osom yang kurang memberangsangkan daripada Rauf, team budak-budak jalan dulu..Rauf tewas 3-0 dalam sesi osom tadi dengan budak pakai jersey Liverpool..Tiga berbalas kosong, memang agak memalukan juga..Gua sedikit kecewa juga dengan Rauf..Tapi, nak buat macam mana, takda rezeki nak jalan dulu nampaknya..
"TTuuuupppppp!", sekali baling je dah bersepai segitiga selipar yang gua bina..Terer juga budak ni..
Maka bertempiaran la lari budak-budak tu..Muiz gua tugaskan menjaga kawasan segitiga selipar..Kalau tak dapat guna selipar, guna kaki, itu yang gua pesan pada Muiz..Kadang-kadang, kena juga main tipu..Dengan budak-budak tak boleh bagi muka sangat..
Makin laju kitorang baling selipar, laju lagi budak-budak tu mengelak..Tak boleh jadi ni..Gua harap Muiz dapat aplikasikan taktik yang gua suruh ke dia tadi..Gua panggil Rauf dengan Bedul..
"Nak baling sekor-sekor memang susah ni..Gua nampak ada sorang tu macam lauk sikit..Apa kata lu orang kepung budak tu..Gua tuju", kata gua
"Cantik!", balas Rauf dengan Bedul
Taktik kepungan oleh Rauf dengan Bedul menjadi..Terperangkap budak tu antara celah-celah pasu bunga yang di belakangnya terdapat selonggok golongan mak-mak sedang melepak bawah pokok mempelam..Selipar bintik bintik warna hijau tergenggam semat di tangan gua..
Gua tarik nafas dalam-dalam..Macam biasa, kalau nak tuju sesuatu, gua akan pejam mata..Lebih tepat dan datang daripada hati..Tapi, entah macam mana, masa nak baling, tangan gua hilang dia punya pedoman..Selipar yang sepatutnya mengena sasaran, tapi berkesudahan ke atas bumbung pondok pengawal..Laju dah laju, tapi sasaran ke laut..
Bertabur budak-budak tu gelak..Yang spesis melepak bawah pokok mempelam pun join sekaki..Cilaka betul..
Rauf dengan Bedul cuma menggelengkan kepala tanda kecewa..
Gua perlu kembalikan reputasi..Apa susah, gua capai selipar jenama Tat Sing yang gua tengah pakai..Budak yang tengah kena kepung, berubah muka dia..Ada pengalaman gamaknya kena tuju dengan selipar Tat Sing..Selipar Tat Sing ni dia punya keras serupa batu..Budak-budak lain dah mula menyuarakan bantahan dengan tindakan gua menggunakan selipar Tat Sing..Apa gua peduli..Nasib la..
"Tak aci la pakai selipar lain!", teriak sorang budak menyuarakan bantahannya..Marah betul dia
Gua buat-buat macam takde telinga ..
"Syyiiuuuuuuu", bunyi desiran angin yang di belah oleh selipar Tat Sing milik gua sedang tepat meluncur ke sasaran..
Entah macam mana, nasib gua hari ni tak berapa menjadi..Dah dekat sangat selipar tu nak kena budak yang kena kepung tu..Tiba-tiba pulak angin bertiup kencang..Selipar tersebut mula menukar haluannya..
"Kelleepakkk!!", selipar tu tepat singgah ke muka makcik Saodah, jiran sebelah rumah gua yang tengah ligat mengumpat hal anak orang
Keadaan senyap sunyi..Macam ada malaikat lalu..
***************
Pukul 3 pagi baru gua balik rumah..Itupun lepas Rauf mesej gua kabor makcik Saodah dah masuk tidur..Punya lama dia lepak depan pondok pengawal tunggu gua balik..
Rauf, Bedul, Zamri dengan Muiz sempat lari masuk dalam rumah..Gua sorang tak sempat..Terpaksa la melarikan diri ke mamak..Gila betul melepak dekat mamak daripada senja membawak ke 3 pagi..Dah serupa orang takde rumah..Dah tak tau apa lagi nak borak dengan mamak roti nan tu..
Gua harap esok, makcik Saodah boleh buat-buat lupa je pasal hal ni..
Gua bukan sengaja..
Mungkin juga tu balasan tuhan sebab mulut tu asyik mengumpat orang je kerjanya..
5 comments:
ini cerita tahun bila? zaman sekarang orang pakai crocs tahu
gile kentang cite lu!!!
mau senget muke makcik saoah tu kene selipe tat sing lu !!!
hahahahahhhaaa
berguling2 ak bace!
hahahha.lawak siot.hahaha
skrg bdak2 main baling selipar kat facebook la
selipar lu mmg mantop! pasai tu la macik saodah tunggu hang blk hahaha
Post a Comment