Saturday, March 5, 2011

Slot Cengkerama Siri 5 : Rock n Roll Anak Seni jalanan Episod 1

Kelewatan Edisi Jumaat di sebabkan oleh masalah teknikal dan masalah dalaman

                                                              Edisi Jumaat - Episod 1

Hanya di radio
Ku rasa perhubungan cinta
Beginilah rasa mesranya
Walau tiada paras rupa

Hanya di radio
Aku bayangkan dirimu itu
Secantik-cantik manusia
Dan semolek-molek pekerti

Tercungap-cungap penyanyi jalanan itu menamatkan nyanyiannya..Di sandarkan gitarnya pada tiang lampu, lalu memeriksa bekas hitam yang diletakkan di hadapannya..Kelihatan beberapa helai wang kertas Rm1 dan beberapa keping syiling bersepah di dalam bekas hitam tersebut..Mukanya sedikit hampa, namun masih terlihat lagi ketenangan pada riak wajahnya..

"Tak banyak kutipan aku malam nie", getus hati Ismail Harun

Di capainya pula ukulele, lalu menyambung kembali persembahan jalanannya..


Ismail Harun..Nama seorang pemuda yang datang daripada sebuah kampung di utara tanah air ke kota Kuala Lumpur demi mengetengahkan bakat seni yang ada pada dirinya..Memiliki suara yang lunak dan bakat dalam bidang muzik yang di warisinya secara tidak formal melalui ayahnya..Jika di kampung, Ismail Harun memang terkenal dengan jolokan "Mail Si tangan Sotong" dek kerana kehandalannya memetik gitar..Namun di sini, Ismail bukan siapa-siapa..

Tangan yang sudah lenguh dan tekak yang kian perit membuatkan Ismail menghentikan persembahannya..Di kumpulkan semua wang kutipan yang di perolehinya lalu duduk di meja makan sebuah restoran untuk melepaskan penat..Seligat asap yang dihembus melalui bibirnya, seligat itu jugalah fikiran Ismail melayang mengenangkan nasibnya yang tak kesampaian..

Niat untuk menjadi anak seni dalam aliran arus perdana terpaksa di lupakan pada ketika ini dek kerana kekurangan pakej iaitu rupa paras..Zaman sekarang tak macam dulu..Bakat saja tak mencukupi..Bakat perlu di sulam dengan rupa paras dan imej yang moden barulah ada masa depan yang cerah dalam kerjaya sebagai artis..Kadang-kadang, tanpa bakat pun sudah boleh terkenal asalkan ada rupa..Itulah yang membuatkan Ismail kecewa..

"Mereka terlalu memandang pada rupa..Apa yang ada pada rupa", luah Ismail dalam hatinya yang kecewa

Seekor kucing yang daripada tadi menggesel-gesel kakinya, melambung di sepak dek Ismail..Dia bukan sengaja..Apabila terkenangkan nasibnya, dia menjadi kecewa yang bertukar kepada amarah..Demi melepaskan amarah, kucing itu menjadi mangsa..Memang dah nasib kucing tu datang tak kena tempat dan masa..

"Maafkan aku wahai kucing..Aku tak sengaja", kata Ismail pada kucing yang di sepaknya tadi



***************

"Awak memang ada bakat..Suara sedap..Boleh main instrumen..Tapi muka awak saya tak berkenan tengok..So, awak tak dapatlah", kata Aris Anak Watan ringkas semasa Ismail menghadiri uji bakat rancangan 'Meteor RTM'

"Semua ok..Cuma satu..Apa kata awak pergi buat pembedahan plastik dulu..Lepas tu awak datang balik", perli Ogy and The Crocroaches semasa saringan akhir rancangan realiti 'Akademi fantasua sue kemuning'

"Awak memang bakat muda yang saya cari-cari selama ini..Suara memang rare punya tune..Ada style tersendiri..Tapi saya di maklumkan oleh pihak produksi bahawasanya rancangan ini cuma ambil mereka yang berwajah Pan-Asia..Dengan dukacitanya saya maklumkan awak tak berjaya", kata N.Basir yang terkenal dengan lagu 'Rajawali Baru Belajar Terbang' selaku ketua juri untuk rancangan Tv 'Mari nyanyi-nyanyi'

Banyak uji bakat yang Ismail hadiri, namun semuanya berakhir dengan air mata..Setiap saat jantungnya mengepam darah seni ke seluruh tubuh..Pernah sekali Ismail di iring keluar daripada tempat ujibakat oleh 4 orang sekuriti bersenjatakan AK-47 kerana mengacungkan jari tengah ke arah Murali MS..

Murali MS yang merasa terhina dengan kejadian itu bertindak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Ismail, namun membatalkan niatnya selepas di nasihatkan oleh Ajui..

***************


"Ssrrruuppppppp...sruuppppp..sruuppppp", Ismail menyedut teh o aisnya sampai kering

Sepasang merpati dua sejoli di meja sebelah memandang Ismail..Kuat sangat Ismail sedut air..Mungkin terganggu sedikit perbicangan geli-geli mereka..Ismail menjentik puntung rokoknya tepat ke kasut si lelaki sambil mengusap-usap janggutnya..Lelaki itu tunduk diam..

"Krruukk..Krukkk..Kruuukkkkkkk", Ismail mengunyah ais batu pula

Kali nie pasangan tersebut tak berani memandang..Risau gitar pulak yang melayang nanti..

***************

Begitulah hidup seharian Ismail Harun..Kerjaya yang mampu di buatnya sekarang cuma bermain muzik dan menyanyi di kaki lima..Kadang-kadang banyak dapat kutipan..Tak menentu..Kalau hari hujan, nak beli megi sebungkus pun tak lepas..Selepas magrib dia bermula dan sebelum subuh dia berhenti..

Bukan takda niatnya nak mencuba lagi pergi uji bakat..Cuma keyakinan dirinya semakin lama semakin berkurang..Biarlah dia teruskan hidup sebagai pemuzik jalanan..Dia cuma berserah pada takdir..Mungkin ada rezekinya di kemudian hari..Siapa tahu..

Ismail mencapai telefon bimbitnya untuk melihat waktu..

"Ahhh..Dah pukul 5 pagi", kata Ismail dalam hati

Wang kertas Rm1 bertukar tempat daripada dalam dompetnya ke tangan mamak..Ismail memulakan langkah pulang sambil mengusung gitar dan ukulelenya..Pengalaman selama 7 tahun hidup di kota ini membuatkan Ismail arif dengan jalan-jalan pintas untuk pulang ke rumahnya..6 bulan juga dia berlatih dengan mencuba pelbagai jenis laluan dan akhirnya dia berjaya menemui jalan yang paling ringkas..Jalan paling ringkas itu memerlukan Ismail melalui lorong-lorong gelap yang biasanya di penuhi dengan makhluk yang memiliki dada terbonjol serta bersuara garau..


"Lambat balik hari nie bang", tegur makhluk bersuara garau dada terbonjol

"Cari duit lebih sikit hari nie..Hai, dah pukul 5 pun tak tutup bisnes lagi?", soal Ismail

"Macam abang juga lah..Cari duit lebih sikit..Ramai pulak pelanggan malam nie..Lepas satu, satu..Penat nak melayan", balas makhluk bersuara garau dada terbonjol sambil mengetap-ngetap bibir

"Jangan nak berabang-abang sangatlah dengan aku..Aku takda duit", tambah Ismail lagi

Ismail berlalu meninggalkan makhluk-makhluk tersebut..Dia hanya mampu mengelengkan kepala memandang mereka..Ismail membelok ke lorong seterusnya..Lorong tersebut kosong dan gelap..Dia menghidupkan aplikasi lampu picit pada telefon bimbitnya..Walaupun tak terang mana, tapi cukuplah sekadar membantu sikit-sikit langkahnya..

"Untung juga jadi orang susah..Pakai henpon murah..Ada lampu suluh..Henfon mahal ada?..Ada?", bisik Ismail nak menyedapkan hati

Dalam samar-samar, Ismail terpandang satu lembaga melintas di depannya..Kejap ke kiri..Kejap kenan..Lepas dalam 10 kali ulang alik kiri kanan, ia berhenti di tengah lorong..Mungkin nak bagi nampak dramatik sikit kemunculannya..Tanpa di minta, Ismail bersuara

"Kalau kamu manusia, baik kamu pergi..Aku taknak berkawan dengan kamu..Tapi kalau kamu hantu, jaga..Aku ada silat gayung", teriak Ismail takut-takut berani


Lembaga tersebut menyalakan sebatang rokok Marlboro seraya bersyarah

"Kah kah kah..Gua kemari bukan nak berkawan atau bersilat dengan lu..Gua cuma mahu menyampaikan pesan..Lu akan berjaya Ismail..Akan berjaya..Jadi artis terkenal..Banyak wang..Lu boleh main judi, tengok wayang..Boleh tengok joget..Ramai gadis akan tergila-gilakan lu..Tapi..Lu perlu melalui satu perjalanan yang perit dan payah..Lu juga perlu korbankan sesuatu yang paling lu sayang", kata lembaga tersebut

Ismail tergamam..

"Boleh percaya ke nih..Kalau betul, saya akan bersedia menghadapinya", soal Ismail

"Bersedia atau tidak.......", jawab lembaga itu

Belum sempat kelibat itu menghabiskan ayatnya, Ismail mencelah

"Bolos saja dinding itu", sambung Ismail

Pang!

Pelempang hinggap di tepi telinga Ismail..Berdengung 5 saat telinga Ismail..

"Jangan main-main lah woi..Gua tak habis cakap lagi", marah si lembaga 

"Bersedia atau tidak, lu kena hadapinya..Tapi ingat, jika tersilap langkah..Lu akan menyesal hingga hujung nafas", sambung lembaga itu lagi

Ismail mengangguk..Lembaga itu menghampiri Ismail dan menepuk bahunya..

"Lu akan berjaya wahai anak muda", kata lembaga itu sambil melangkah pergi

"Heyy!", teriak Ismail

Lembaga itu menoleh..Elok saja lembaga itu menoleh, Ismail menyuluh tepat ke muka lembaga itu dengan lampu picit telefon bimbitnya..

"Kurt Cobain??", jerit Ismail

Lembaga itu hanya tersenyum dan berlalu pergi lalu hilang daripada pandangan mata...


"Bukankah dia dah lama mati?", Ismail bermain dengan fikirannya sendiri

Ismail ragu-ragu dengan apa yang terjadi padanya sebentar tadi..Mungkinkah itu cuma bayangan hasrat hatinya yang muncul sebagai jelmaan Curt Kobain atau benar-benar itu dia..Apakah semuanya ini..Sakit ketika di tampar tadi memang betul Ismail rasa..Itu cukup membuktikan yang dia bukan bermimpi..

Walau apapun halnya, dia yakin, ada sesuatu menantinya di kemudian hari...

***************

Ismail melangkah pulang ke rumah dengan di iringi nada dering versi polifonik lagu "The Man Who Sold The World" daripada telefon bimbitnya...


Bersambung.........................................................



Apa yang akan berlaku seterusnya..Nantikan sambungannya oleh Brader Leplep dan Hiro untuk edisi sabtu dan edisi ahad








6 comments:

.:: yUki a.k.a f@Ra ::. said...

"Kalau kamu manusia, baik kamu pergi..Aku taknak berkawan dengan kamu..Tapi kalau kamu hantu, jaga..Aku ada silat gayung", teriak Ismail takut-takut berani

hahahhaha..pengaruh hantu kak limah mmg kuat derr!!

_aliahwafa_ said...

"bolos saja dinding itu". aku gelak giler2 part tu. hahahaha XD

Anies Anessa said...

aku perasan yg ayat kalo kamu mnusia aku tknak berkawan dgn kamu tue mcm terbalek ajer aytnya...

Brader Chacha said...

@qiffara..keh keh keh..orang perak memang pegang teguh dgn hantu kak limah

@aliahwafa..peminat zizan ke?

@anies anessa..betul la tu..xde yg salah..cuba cek balik

trisy said...

AHAHAHAHHAHAHAHAHA!
kan bagus novel spm cenggini! XD

SoletipHitam said...

kurt cobain..? jahanam jahanam. haha