Wednesday, March 2, 2011

Terlena Di Persimpangan Jalan



"Pin pin pin pinnn..Lampu dah hijau woi!!", maki pemandu kereta Iswara Aeroback sudah habis bayar

"Ponnn Ponn Ponn..Dey, apa bikin lagi..Jalan la!", jerit pemandu lori ayam berjenama Isuzu

"Nak mati ke woi tido tengah-tengah jalan nie..Nak tido balik rumah la!!", kata pemandu kereta Proton Waja yang honnya dah lama lingkup cuba untuk sibuk-sibuk juga

"Dik, bangun dik..Bawak-bawak simpan tidor tu balik rumah karang..Lampu dah hijau tu..Abang jalan dulu yer",  tegur seorang brader lingkungan umur 40an menunggang motorsikal Kriss model sulung dengan lembut dan berhemah

Gua yang terkejut, lantas terjaga daripada lena..

"Terima kasih..Hati-hati di jalanraya bang", pesan gua ke brader Kriss

Sebenarnya brader tu dah lesap ke depan..Ntah kenapa mulut gua ringan juga nak bagi pesanan tersebut..

Lampu isyarat dekat tepi Maktab Polis Cheras nie memang serupa bangang dia punya lama..Nak gua langgar, kat situ bersepah dengan polis..Daripada pada yang baru nak belajor pakai pistol sampai ke yang perut buncit tunggu masa nak pencen..Berdebor juga kalau kena kejar karang..Orang yang bangang je yang tak bosan mengadap lampu isyarat yang gini..Sama bangang macam orang yang set masa lampu isyarat tu..Tapi, hari nie memang pes time la gua terlena kat situ..Tak tau la dan berdengkur ke tidak..Brader Kriss tu je yang tau sebab dia betul-betul parking sebelah gua..Gua nak pesan tadi pun tak sempat, inikan pulak nak tanya..

Di sebabkan gua punya kenderaan cuma ada 2 tayar, gua terpaksa juga mengalah..Gua ketepi..Drebar lori ayam belakang gua nie betul punya angin dah..Kalau kena lenyek karang, mau bertabur juga tulang-tulang gua..Dengan pantas gua ke tepi, paking dulu kejap dekat tempat redup sikit..Betul punya ngantuk hari nie..


Ini mesti kes tengok cerita ikan sturgeon sama Brader Leplep malam tadi..Tak patut sebenarnya gua melayan cerita ikan sampai terganggu masa tidur gua..Baru gua tau ikan-ikan belah Amerika sana takut sama ikan tongsan daripada Asia..Tak Amerika langsung ikan belah sana..Kalau kat kampung, Mak gua buat masak kari je ikan tongsan tu..Ahhh, gua bukan nak cerita pasal ikan sekarang nie..Masing-masing ada liputan Astro dekat rumah..Pandai-pandaila tune ke cenel 553..

Sebatang rokok yang harum,gurih dan nikmat gua nyalakan di bawah teduhan pokok sambil melihat kelakuan pemandu-pemandu di Malaysia..Gua menggeliat sepam dua untuk melegakan ketegangan otot bahu dan otot-otot lain yang berkenaan..Bukan main sedap lagi..

Sempat juga sorang makwe skuter jeling ke gua..Jenis makwe suka jeling ketiak licin ikut celah baju..Sekilas pandang, gua dah tau kategori mana makwe tu boleh di senaraikan..Makwe jenis sedap buat stok geli-geli je..Tak sesuai di buat bini..Ada harapan makan penampor dengan Mak gua kalau di bawak balik ke kampung..Kalau di bawak balik ke rumah sewa gua, itu cerita lain..

Bara rokok makin hampir ke bibir..Neuron aferen dan neuron eferen mula berinteraksi antara satu sama lain dalam bentuk isyarat impuls..Isyarat panas mula di hantar ke otak..Otak gua membalas balik isyarat tadi ke tangan..Selaju cahaya, tangan gua menghempas baki rokok tadi ke permukaan jalanraya yang secara tipikalnya di Malaysia penuh dengan lubang..Tangan menyambung tugas seterusnya iaitu memulas kunci..Kaki pula merima isyarat refleks..Secara otomatik ia menendang pedal untuk menghidupkan enjin..

Dah boleh gerak nie, gua fikir..Lepas cek semua yang patut ikut Panduan Pemanduan Berhemah Di Malaysia keluaran 1987 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, gua membuat putaran roda yang pertama..

Gua tekan gear satu, gua hold..Pulas minyak sedap-sedap mungkin, gua lepaskan gear..Pehhh..Tunggang-langgang juga gua kontrol hendal..Memang betul apa yang deme kabor dalam Tv..Dalam keadaan mengantuk memang tak elok memandu apatah lagi nak wili..Tapi part wili tu gua rasa sebab dah kurang prektis rasanya..Kat situ juga gua berzikir munajat sekejap..Menenangkan hati yang tengah berdebor..Nasib baik..Kalau tak, habis rabak seluar jeans baru gua..

Dengan hati yang tenang dan jiwa yang berserah segala ketentuan kepada Tuhan Yang Satu, gua pulas semula minyak dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..

Gua terus menunggang ke destinasi tanpa memikirkan masa hadapan..

*****

Satu benda je gua nak pesan ke mengkome semua..

Jangan memandu kereta atau menunggang motorsikal dalam keadaan mengantuk atau pun otak yang tengah biol..

Bawak tu biar sedap mata orang memandang..

Kalau setakat kena maki,boleh tahan lagi..Kalau dah sampai mati, mengkome pandai-pandai pikir sendiri..

2 comments:

brader kemal said...

lu terlupa zikir cha, lu terlupa

ai'sha hamka said...

hihihihihiii