Wednesday, February 9, 2011

Peristiwa Sesudah Zohor

"Tak payah ikut la woi..Gua nak cepat nie", tengking gua

"Ala, lu nak cepat-cepat pun buat apa..Tak lari gunung di kejar", balas Rauf

"Lu duduk jela rumah..Hadap Tv tu..Lain kali lu ikut la gua..Hari nie je gua mintak lu tak payah ikut..Gua betul punya nak cepat nie", kata gua lagi ke Rauf si badigol

"Takde-takde..Gua dah siap pakai wangi-wangi nie..Helmet pun dah ngam atas kepala..Apa lagi..Jom!", jawab Rauf selamba dan terus melompat atas motor

"Haram jadah", bisik gua dalam hati sambil pulas throttle sampai habis..

Gua masuk gear satu..Vroooommmmmm..Gedebuk!

"Woi, gua tercicir..Patah balik kutip gua", jerit Rauf

Sebab tula gua malas nak membawak si Rauf nie ikut kalau memang gua tengah nak cepat..Naik motor bertahun..Tapi langsung tak reti nak duduk elok-elok kat belakang..Kejap ke kiri,kejap ke kanan..Jenis tak reti duduk diam..Skill naik motor langsung takda..Dah tau gua nak willy tu, pandai2 la peluk..Nie kan dah satu kerja gua nak patah balik mengutip dia..Kalau tinggalkan kat tengah jalan tu, belum tentu lagi ada orang lain nak kutip dia..Baik gua kutip je dulu..Mana tau ada pulak gunanya lain kali..

Hidup Rauf memang tak pernah sunyi dari menyusahkan orang..Tak pernah lagi gua dengar ada orang yang cerita dapat hidup senang dengan Rauf..Pernah sekali gua dengar Rauf telefon ke mak dia sambil pasang loudspeaker..

"Mak, minggu depan Rauf cuti seminggu..Cadang nak balik kampung la kot seminggu tu" kata Rauf ke mak dia

"Minggu depan ke?..Mak bizi sikit la minggu depan..Ada nak berkhemah sikit-sikit dekat hutan dengan orang UMNO..Kamu balik sehari dua boleh la kot..Seminggu tak dapatla la bro", jawab mak Rauf

Sampai macam tu sekali..Mak dia sendiri pun tak tahan lama-lama dengan dia..Makcik memang beruntung sebab makcik jauh dengan Rauf sekarang..Yang menanggung azabnya gua..Rauf nie kadang-kadang ada juga gunanya..Tapi tak banyak mana la..Paling berguna gua rasa pun kalau masa tengok Tv, rokok habis..Order saja ke Rauf..Dengan pantas dia pergi beli..Kalau order pakai air liur, tak bergerak juga dia..Hulur duit baru laju pergi pakai baju..

Masuk saja dekat highway, gua pesan dekat Rauf suruh dia duduk diam-diam dekat belakang macam biasa..Dah berapa ratus kali gua pesan, gua pun dah lupa..Tapi nak buat macam mana, orang kalau lambat pikap kena la ingatkan selalu..Gua harap satu hari nanti Rauf dapat apa yang gua pesan..

Highway lengang bukan main lagi..Langsung tak banyak kereta..Senang hati betul gua tunggang motor 4 kelajuan gua nie..Kejap gua ke lane kiri..Kejap gua ke lane kanan..Boring main kiri kanan, gua main-main pulak dengan line putih putus-putus..Rauf kat belakang betul punya sibuk menyanyi lagu ntah hape-hape..Senang hati betul dia..Gua jeling dekat side mirror, amboih. bukan main lagi muka tangkap feel..

Gua pulak yang jadi boring sebab jalan punya kosong..Gua try main brek-brek..Haram..Langsung Rauf tak layan..Sibuk betul menyanyi..Tak boleh jadi nie..Mesti kena ada satu aktiviti yang ekstrem sikit..Sampai dekat satu kawasan yang jalan lurus, gua duduk betul-betul dekat lane tengah..Gua wiily sekali..Dengan pantas Rauf peluk gua..Bagus..Akhirnya, hari nie lu dapat juga belajar satu skill..Lima signboard gambar tengkorak juga gua willy..

Tiba-tiba gua terpandang dekat side mirror..Ada lampu warna biru berkelip-kelip..Ahh sudah..Tadi haram takde kereta pun..Macam tau-tau je gua nak buat jahat..Dalam otak gua cuma ada satu je pilihan, turunkan balik tayar depan ke jalan, terus pecut selaju mungkin..Ikut keputusan lampau, baru ada 2 daripada 14 kereta peronda yang mampu tewaskan kelajuan motor gua..Jadi, peratusan untuk gua lepas kali nie amat tinggi..

Proses nak menurunkan tayar depan kembali ke jalan susah juga kalau hati tengah berdebar..Terkial-kial juga nak kontrol imbangan..Belum sempat tayar depan jatuh je jalan, Rauf dah jatuh dulu..Skill semata-mata tak cukup tanpa pengalaman yang luas..Itu saja yang mampu gua ucapkan dalam hati..Sempat juga gua toleh ke belakang sekejap tengok Rauf, Alhamdulillah, dia boleh bangun balik..Hidup lagi..

Harap-harap otak Rauf tak bergegar sebab jatuh tadi dan boleh berfikir untuk lari ke semak tepi highway tu menyelamatkan diri..Gua memang dah takda nak patah balik..Karang-karang saja gua call Rauf ambik dia dekat mana-mana..Hati gua cuma kuat mengatakan yang gua perlu memecut selaju mungkin..Dan memang akhirnya, gua menang..

Sampai dekat satu bus stop, gua berhenti dulu kejap..Bagi enjin motor dengan hati sejuk dulu..Terus gua taip satu mesej ke Rauf..

"Woi, ada kat mana?"

Sejam juga gua tunggu reply, haram takda..Menyorok dalam gua gamaknya..Line takda..Takpela..Kejap lagi ada line, dia reply la tu..Gua lupakan dulu kejap pasal Rauf..Hal gua yang sepatutnya jadi keutamaan belum setel lagi..Elok je gua nak start motor, satu mesej masuk..

"Ambik gua dekat balai"

Satu ayat ringkas daripada rauf buat gua ketar lutut..Cilaka..Tak pandai menyorok langsung..Baru bagi tugasan berat sikit, dah tak boleh..Macam mana nak jadi ketua keluarga kalau dah kahwin nanti..

Tiga jam juga gua dengan Rauf kena basuh dalam balai dengan polis ada satu calit dekat lengan..Bukan main lagi dia..Gua renung muka Rauf, dia tunduk..Gua tenung muka polis, gua tunduk..Polis tenung muka kami, kami tunduk serentak..Lepas tulis itu ini dalam borang ape tah, gua dengan Rauf di lepaskan dengan amaran..Ehh, senang betul lepas..

*****

Sampai saja kat rumah, gua hempas helmet tepat ke rak kasut..Gua nak tanya ke Rauf macam mana boleh kena tangkap..

"Yang lu mesej gua awal sangat tadi apahal..Tak boleh tunggu sejam dulu ke baru mesej", tengking Rauf

"Aiii, mesej pun tak boleh..Itukan tanda gua risaukan lu", balas gua

"Lu tau, gua nyorok dah baik punya dalam semak tadi..Elok je polis tu nak blah, lu mesej..Gua mana silent handphone..Mesej tone pulak panjang..Bersepah juga gua dalam semak tu tadi", jawab Rauf..

"Yang lu pakai lagu wondergirls buat mesej tone apahal..Dah takda bunyi yang lain nak pakai..Ringtone lagu itu, mesej tone lagu itu..Bangang!", jerkah gua

"Gua suka lagu tu", balas Rauf ringkas

*****

Benda kalau kita suka, jangan tunjuk sangat yang kita suka..

7 comments:

hida.hadi said...

i want nobody nobody but u!
kahkahkah~

AAINA said...

hahahahahahahahahahahahahahahaha

nasib baik tak kena tahan lokap barang semalam dua. haha

areleaf said...

faking..panjang betei entri lu kali ni.nasib baik sedak..

Shah said...

hahaha..hidup rauf mmg xpenah nk senangkan org..ceh! hempeh

hiro said...

haha..layan best gilakkkkk..


nak lagi..aummm..

Akulah Aqilah Itu said...

gelak sampai muntah darah aku. KAHKAHKah!!

nobodi nobodi bat yu!

sastraboy said...

lain kali pakailah ringtone hantu mengilai.


baru bedesup polis tu cabut.