Wednesday, February 2, 2011

Cinta Limau Mandarin - Entri Khas Sempena Tahun Baru Cina

Semalam, gua ke Tesco saja nak pergi beli barang-barang rumah apa-apa yang patut..Orang punyalah ramai bukan main lagi..Dekat kaunter panjang betul orang beratur..Tengok keliling memang majoriti orang cina saja yang penuh..Kalau nak ikutkan macam gua sorang saja melayu dalam tu pun boleh jadi juga..Walaupun gua tak sambut tahun baru cina, tapi tak salah rasanya kalau gua pergi buat-buat sibuk beli barang macam nak raya..

Gua terus tuju ke kawasan biskut-biskut..Tengok kalau-kalau ada biskut keluaran baru yang eksotik sikit dia punya rasa..Tesco nie pun satu hal, biskut sedap-sedap jauh ke bawah letaknya..Satu kerja juga nak membongkok..Tengah elok membelek-belek biskut sambil membongkok, gua tercium satu bau wangi bukan main lagi..Sedap betul bau biskut nie gua fikir dalam hati..Gua capai satu pek biskut, gua dekatkan ke hidung, bukan bau biskut nie..

Merasakan diri tertipu, gua letak balik pek biskut tu..Gua terpandang satu objek betul berada tepi telinga gua..Putih, licin dan wangi..Inilah dia rupanya benda yang dicari dari tadi..Satu kaki perempuan betol-betol paking tepi gua sekarang nie..Gua toleh, tepat ke betis..Erm..Gua tengok makin ke atas, tapi sampai je ke lutut, gua stop tengok..Terus gua berdiri..Ustaz gua dulu ada pesan jangan tengok lama-lama kalau benda macam nie..

Gua renung muka perempuan yang tengah berdiri sebelah gua..

"Sui Lin?", tegur gua

"Masih ingat?", balas dia

"Yaaa!!", jawab gua lagi

Setelah bersembang lebih kurang dekat situ, Sui Lin minta diri sebab family dia dah lama tunggu dekat pintu keluar katanya..Sebelum dia blah, sempat juga dia hulur alamat rumah dengan nombor telefon dia ke gua dan jemput datang ke rumah dia esok sempena tahun baru cina..Gua sambut helaian kertas bertulis alamat dengan senyuman..Patutla kad tahun baru cina gua tak pernah berbalas, dah pindah rumah rupanya..Nombor telefon memang dah lama tukar..

Daripada niat gua nak beli biskut sepeket, terus gua sambar satu hamper yang penuh dengan biskut..Takkan esok nak pergi rumah dia tangan kosong saja..Daripada dalam Tesco membawa ke rumah tak berhenti gua tersenyum..Dalam senyum, gua terkenang balik kenangan 7 tahun lalu..

*****

Pelepap!!

Menitik juga air mata menahan sakit..Tak guna punya LRT..Tak menyempat pulak nak tutup pintu..Kot ye pun tunggu la gua masuk secara penuh dulu..Baru hulur kepala, dah nak tutup..Gua terajang sekali pintu LRT tu sambil urut-urut tengkuk gua yang hampir putus tadi..Puas hati..Selang beberapa orang, gua nampak ada sorang amoi tengah tengok-tengok sambil ketawa..Nak ketawa pun cover-cover la sikit, kecik hati gua..Gua jeling sekali, terus senyap..Berbisa lagi jelingan mata gua rupanya..

"Ting tong ting tong..Stesen berikutnya, taman jaya..Next station, taman jaya", operator tren berbunyi

Tren belum berhenti gua dah tercongok depan pintu..Tiba-tiba amoi tadi punya kelam kabut nak keluar..Bawak rilek sudah..Elok saja pintu tren terbuka, terus dia meluru nak keluar..Tapi, baru saja selangkah, tersembam dia tergolek depan pintu tren..Kaki tersangkut dekat ruang antara platform..Bertabur juga gua gelak kat situ sampai lagi ramai orang tengok ke gua daripada tengok ke dia yang jatuh..Gua pulak yang malu..Elok saja gua habis gelak, tengok-tengok dia dah takda..

Sebulan sebelum tahun baru cina, gua singgah ke satu gerai jual limau mandarin..Saja nak pekena makan limau..Tengah sibuk pilih-pilih limau, gua terpandang satu amoi tengah sibuk susun kotak limau..Amoi yang tergolek dekat tren haritu rupanya..Comel juga rupanya bila tengok depan-depan..Gua beranikan diri tegur dia..

"Siapa nama?", tanya gua

"Sui Lin", jawab dia dengan muka yang manis

Siapa sangka, pertemuan dekat gerai limau mandarin tu menjadi titik tolak permulaan persahabatan yang makin akrab..Makin ligat juga gua ke gerai tu tiap-tiap hari..Bukan nak beli limau sangat pun..Tapi kadang-kadang gua beli jugalah sebiji sebab tokey gerai tu bapak dia dah mula pandang semacam ke gua..Kalau dah beli sebiji, tak sempat ke rumah dah habis..Kadang-kadang sampai gerai tu tutup baru gua balik..Selagi ada benda yang boleh di buat sembang..Tiap-tiap hari makan limau, sampai makan nasi pun dah rasa macam limau kadang-kadang..

Bibit-bibit cinta mula berputik..Gua dapat rasa yang bapak dia, si Ah seng dapat menghidu gerak geri kami..Tapi daripada gaya dia, macam dia bagi lampu hijau..Bagus..Tak sia-sia lah gua melabur beli sebiji limau tiap-tiap hari..Gua risau bukan apa, cinta berlainan bangsa biasanya mendapat tentangan keluarga..

Berbulan juga gua menjalinkan hubungan dengan dia..Hampir genap setahun, gua mula sedar akan sesuatu..

Cinta sebenarnya perlukan banyak modal untuk teruskan kesinambungannya..Mana nak beli topup lagi..Itu ini..Dalam keadaan gua yang menjawat jawatan kutu sepenuh masa, banyak mana sajalah duit yang gua ada..Macam-macam masalah timbul..Setelah gua memikirkan segala kemungkinan, gua ambil keputusan yang berat iaitu memutuskan hubungan dengan Sui Lin..Cinta kami tamat macam tu saja..Gua harap dia tak berdendam..

Hidup gua kembali macam biasa..Mungkin gua belum bersedia lagi untuk memberi sepenuh komitmen kepada dia..

*****

Gua bangun awal..Betul punya lain gua rasa tahun baru cina kali nie..Senyum yang daripada semalam tu tak habis lagi..Sekarang, dalam keadaan gua yang sudah ada kehidupan yang stabil, gua yakin untuk memulakan kembali apa yang telah gua sia-siakan dahulu..Daripada gaya dia semalam, langsung tak menunjukkan yang dia ada menyimpan dendam ke gua..Gua masih ada peluang..Setelah siap lebih kurang, gua memulakan langkah dengan bismillah..

Sampai saja di rumah Sui Lin, gua di jemput masuk dengan penuh mesra..Berputik-putik rasanya dalam hati..Gua hulur hamper yang dibeli semalam..Gua duduk atas sofa sambil tunggu dia datang bawak air..Elok saja dia sampai, terus dia hulur gua satu sampul kecil warna merah..Angpow..Hati gua dah mula tak berapa nak sedap..Hancur lebur sampai tak boleh nak di tulis..Orang yang dah kahwin je yang bagi angpow..Memang tak syak lagi..

Muncul seorang lelaki badan sedap-sedap salam dengan gua..

"Kenalkan, husband saya, Ravi", kata Sui Lin

Gua sembang saja lebih kurang dengan Ravi..Nak di tumbuk, bukan salah dia..Selama sejam dalam rumah tu, perasaan gua betul punya berkecai..Bersembang, ayat berterabur..Makan pun dah tak berapa nak menjadi dia punya selera..Serba tak kena..Gua ambil keputusan untuk balik..Sui Lin suruh tunggu sekejap sebab ada benda dia nak bagi katanya..

Dia hulur sebiji limau mandarin yang dah siap bungkus cantik-cantik dalam plastik jernih warna warni..Gua tengok ada terselit satu kad kecil tepi limau tu..Sui Lin pesan, buka bila dah sampai rumah nanti..Gua jatuhkan gua punya kepala tanda setuju..

Dalam kereta, gua pasang CD alleycats..Terus ke satu lagu..Sampai dekat satu part, gua nyanyi sekuat hati..Part-part yang lain macam tak berapa nak kena sangat dengan keadaan..Part ini je yg macam sesuai..

Kini aku hanya dapat berdoa
Agar kau berbahagia di sampingnya
Selamat tinggal
Aku mengundurkan diri

Sampai saja di rumah, terus gua bukak bungkusan sebiji limau yang Sui Lin bagi tadi..Gua carikkan terus saja..Tak sempat nak dah bukak elok-elok..Gua capai kad kecil dalam tu dan gua baca..

Saya tak akan lupa segala kenangan kita
Limau mandarin ini sebagai tanda
Kenangan kita masih kekal dalam ingatan
Cinta kita mungkin tak kesampaian
Tapi kita masih boleh berkawan kan?

Terus gua capai henfon..Gua hantar satu sms ke Sui Lin sebagai tanda persahabatan yang masih kekal..

"Selamat Menyambut Tahun Baru Cina Sui Lin..Semoga Tahun Baru arnab ini memberi seribu kebahagiaan kepada kamu dan semoga persahabatan kita kekal selamanya"







22 comments:

ika said...

kemain best lagi cerita brader nih.

Nia Bebeh said...

fuhhh, cite btol ke ni?
menyayat hati sungguh!

Brader Chacha said...

bohong je tu..
jangan pecaya sangat

hiro said...

lu mmg padu..welkem de klub kaki lipat..kah2

atoi said...

perghhhh
amoi siotttt

Brader Chacha said...

hiro...setakat nie gua baru serius dalam industri lipat kain je dulu..

atoi...ah moi chantek

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

kesiannya.. appaun, limau cina memang the best. nak nak yg manis tip top tuuh, perghh, best kan?

areleaf said...

cilakak,follower dah 50 org?

cilakak,dah ada nuffnang?

Brader Chacha said...

cilakak apa lg lu nak taruk??

Pa'tam said...

eh babi gila maju.. aku dah kabor kau berbakat besar cha. kipidap

Brader Chacha said...

ehh patam..

Deeyaudeen Sabri said...

best gile.. hehe :)

eja said...

bro, sedih seh cerita lu....tp best gak dpt couple ngn berlainnn bgsa....at least ad xperience...btw gud luck utk yr future...

Brader Chacha said...

ini bukan cerita betul sedari

misz molecule said...

how romatic...grrr

eszol raar said...

lipat melipat si kaki lipat

Tin Tuna said...

pergh,romantik jugak cerita ni,haha

Dyna Yvonne said...

fuuhhh.semat jalan cite lu.
gua tunggu lagi cite len pulak.
>_<

Bella ♥ said...

wah! best best! :))

Anonymous said...

ahhh.mana ada org beli biskot smpi bwk pen dan ketas bagai.ahh karut..karut..! ! !

-kipas lipas-

K I E R A said...

HEBAT.

ooo cik eykin. said...

sedih doe. =((