Tuesday, January 25, 2011

Siri Bercakap Dengan Lipas - # 2 (Episod berkejaran)

Petang semalam, gua berfacebook sambil makan kacang beli dekat seben eleben..Kacang merupakan makanan yang kaya dengan sumber protein dan garam mineral..Bagus untuk pertumbuhan sel-sel baru dalam badan..Dan oleh sebab itu, kacang duduk dalam tingkat paling bawah dalam piramid makanan..Nie pun google yang bagitau..Gua makan kacang pun sebab sedap..Lain2 hal gua tak ambil tau sangat..

Gua raba-raba dalam plastik kacang..Masuk mulut..Sedap..Gua raba-raba lagi, lain macam..Bergerak2 pulak..Cilaka..Kacang pakai bateri ke apa nih..Gua pandang tengok tangan gua..Seekor lipas tengah berusaha keras cuba menyelamatkan diri daripada kepitan jari gua..Menitik-nitik peluh lipas tu jatuh ke lantai..Keras betul usaha dia..

Adat dunia, yang kuat akan menindas yang lemah..Gua tenung lipas tu dalam-dalam..Jauh dalam sudut hati, gua cam sangat lipas jahanam nih..Inilah dia lipas mutasi hari tu..Gua hempas lipas tu ke lantai sekuat hati dengan harapan dia akan cedera ringan..Gua taknak bunuh lagi..Gua nak seksa bagi dia mati perlahan-lahan..

Setibanya lipas tu ke lantai lepas gua hentak..Dia langsung tak bergerak dah..Takkan dah mati kot gua pikir..Baru kena hempas sikit dah mati, tak dramatik langsung..

"Keh keh keh", ketawa lipas tu dengan angkuhnya..

Pandai juga lipas nie berlakon rupanya..Perasaan gua betul-betul dah di permainkan oleh lipas nih..Gua dah takde selera nak bagi dia mati perlahan-lahan..Ini jam kalau dapat, gua kasi habis terus saja..

Gua angkat tangan se maksimum mungkin supaya kesan pemusnah berada pada tahap optimum..Niat gua cuma satu..Gua nak tengok lipas tu berkecai saja di lantai..Gua pejam mata..Ikut rekod, kalau gua pejam mata, peratusan mengena sasaran lebih tinggi..Tetapi, selaju-laju tangan gua, laju lagi dia rupanya..Mencarut juga gua menahan tangan yang pedih..Sempat pulak dia mengelak..

Bersungguh-sungguh betul lipas tu melarikan diri..Lipas menjual, takkan gua tak beli..Gua kejar..Perbezaan saiz menyebabkan gua sukar untuk mengesan lokasi terkini lipas tu di mana..Jenis jimat tenaga..Lari kejap, menyoroknya yang lama..Penat gua tunggu tak keluar-keluar..

Dalam keadaan yang kritikal macam nie, gua kena menyamar..Yaa..Tanpa berfikir panjang, gua ambil keputusan untuk menyamar jadi busut..Gua ambil posisi betul-betul tepi mesin basuh dan terus menyamar dengan harapan lipas tu akan tertipu dan keluar daripada persembunyiannya dan gua dapat melancarkan teknik serangan gerila..IQ seekor lipas apalah sangat nak di bandingkan dengan IQ manusia macam gua..Gua yakin penyamaran gua pasti membuahkan hasil..

Selang beberapa minit, lipas tu pun keluar..Terkedek-kedek berjalan..Langsung tak dengar bunyi tapak kaki dia..Langkahnya penuh dengan hati-hati..

Dia terus berjalan konon-konon macam mencari gua..Macam main nyorok-nyorok..Dia jadi, gua menyorok..Lipas tu berjalan semakin menghampiri tempat penyamaran gua..Betul-betul sampai depan gua, dia berhenti..Gua tengok dia punya sesungut bergerak-gerak..Lama betul sesungut dia bergerak macam tengah mentafsir sesuatu..Gua terpaksa membatukan diri supaya tidak di kesan..Serangan dari hadapan gua tak boleh guna sebab dah tentu gua akan tewas buat kali kedua..Hanya serangan hendap saja yang boleh gua harapkan sekarang..

Gua cuba elakkan "eye contact" dengan lipas tersebut untuk mengurangkan perasaan cemas..Takut-takut penyamaran gua di kenal pasti..Tapi, dalam cuba elakkan tu, gua terpandang juga sekali lipas tu..Dalam samar-samar gua nampak muka dia senyum..Betullah kata orang, dari mata turun ke hati..Nun di sudut hati gua, gua faham maksud senyuman lipas tu..Dah takde guna gua menyamar..

"Kalau nak menyamar tu, biarlah logik sikit", tegur lipas tersebut..

"Apa kejadah menyamar jadi busut dalam rumah", sambung lipas..

Selesai berucap, terus lipas tersebut lenyap daripada pandangan gua..Tak sempat gua nak bagi penjelasan..Yang peliknya, macam mana dia boleh teka dengan betul yang gua menyamar jadi busut..Gua takde bagitau ke dia pun..


4 comments:

hiro said...

lipas dengan nyamuk sama-sama pandai kerek sekarang. keh2

Brader Chacha said...

lu bergaduh dgn nyamuk ke pulak??

Lee Zha said...

len kali, nyamar pkai lipstip kat mulot, sah2 lipas tu g kat ko..sebab nampak ko seksi...

hahahaha

Brader Chacha said...

lipas tu lipas betina..tapi brutal kemain lagi