Wednesday, January 19, 2011

Siri Bercakap Dengan Lipas - # 1 (Episod berkenalan)

Pukul 4 pagi boleh pulak gua terjaga..Perut punya lapar..Teringat pulak ada megi sebungkus lagi kat dapur..Pikir2 lama pun bukan boleh kenyang..Gua bangun, bukak pintu bilik..Pheewww..

Tengah malam hari nie memang tengah malam yang gelap..Betul punya gelap..Gelap pekat sampai diri gua sendiri pun gua tak nampak..Tengok cermin pun dah takde guna masa2 camni..Hanya satu benda je dapat membantu untuk gua melihat semula..Lampu..Ya..Lepas pasang lampu mesti terang..

Dalam keadaan masih mamai, dua tiga kali juga gua terpetik suis dapur gas, padahal gua patutnya cari suis lampu..Suis lampu patutnya kat dinding..Entah kenapa ke dapur gas yang tangan gua tuju..Dah macam unggun api pulak gua tengok bila dapur gas tu menyala dalam gelap2 nie..Cantik dan menghangatkan..Ralit juga gua seminit dua dekat dapur gas..Tapi tujuan gua bangun bukan nak main unggun api atau memanaskan badan..Gua nak masak megi..

"Assalamualaikum"..Suara halus memberi salam..

Main bagi salam time2 tengah malam gelap camnie memang gua tak suka..Biasa hantu kum kum yang selalu main bagi2 salam camni..Dengan kadar penglihatan berada pada tahap sifar, kelajuan jari gua meraba2 dinding mencari suis lampu pula berada pada tahap optimum..Sifat ingin tahu bercampur2 dengan perasaan seram dan takut dimakan hantu kum kum..Tap!..Suis berjaya gua hidupkan dengan sekali tekan..Yes!..Bila dah terang nie, semangat dia lain sikit..

"Keh keh keh", suara bagi salam tadi ketawa kemain lagi

"Baru sikit dah goyang ke brader", sambung dia lagi..

"Lu jangan main2.Gua henjut sekali naya je karang", balas gua dengan kemas dan ringkas..

"Malas gua nak layan lu..Gua nak masak megi nie..Esok2 nanti gua layan", tambah gua lagi..

Perasaan lapar yang tahap gila menyebabkan gua tak boleh fokus buat benda lain lebih2 lagi nak bersembang gebang bagai..Nak bergurau pun tak terdaya dah..Yang pasti, bukan hantu kum kum yang bagi salam tadi..Gua terus capai heater, masak air, rendam megi, tunggu 2 minit..

Perggghhh..Perut dah kenyang macam nie baru sedap sambung tidur..Betul la kata orang2 tua..Kenyang perut, hati senang..Punyalah senang hati, sampai gua tak teringat langsung pasal sesi dialog kat dapur tadi..

Lepas letak mangkuk dalam singki, terus gua ke bilik sambung berbungkus..Pendapat gua mudah..Mangkuk tu esok2 pun boleh basuh..Tak esok2, minggu depan pun boleh lagi..Selagi mangkuk tu tak reput dalam sinki , maknanya ia masih boleh di basuh..

Betul2 sebelum mata belah kiri gua lelap, tetiba teringat hal di dapur tadi..Rasanya macam gua ada bersembang dengan sesuatu tadi..Tapi benda ape ntah..

Ligat kepala gua flashback balik kejadian kat dapur tadi..Imej dalam flashback gua jelas menunjukkan yang gua bersembang dengan lipas rupanya tadi..Jenis lipas yang pandai menyakat pulak tu..Kaki dia tinggal 5 kalau ikut daripada tayangan flashback gua tadi..Macam mana tadi gua boleh buat tak reti je..Memang selalu kalau gua jumpa lipas, gua buat tak tau je..Tapi nie kes lain..Lipas tu dah sampai tahap boleh menyakat gua..Tak patot juga kalau gua buat bodoh..

Hati jadi gua tak sedap..Macam ada musibah nak berlaku..Lipas dalam rumah nie dah mula bermutasi..Genetik manusia sudah mula bergabung dengan genetik lipas..Mula2 pandai bercakap, lepas nie apa pulak yang dia boleh buat..Macam mana lipas tu boleh bermutasi, gua sendiri pun tak tau..Ini bahaya..Langkah pencegahan perlu di ambil secepat mungkin..

Kenapa la gua tak pijak je lipas tu kasik mati terus tadi..


3 comments:

poyotito's said...

boleh tahan handal juga lu ni.
jarang jarang anak melayu boleh bercakap dengan lipas

RIAN said...

lipas tu boley nyanyi tak macam chipmunk ? haha.

Brader Chacha said...

setakat dia baru belajar bercakap