Monday, January 31, 2011

Nombor Bertuah

Tengah malam kelmarin, gua tengah sedap-sedap mengangkang depan Tv layan nesyenel jeografik..Patriotik-patriotik gua, gua layan juga cerita-cerita propaganda amerika..Apadahal, janji jangan sampai jilat bontot depa sudah la..

Tak lama lepas tu, balik la 2 orang rakan rumah gua dengan muka tersengih-sengih..Apahal balik rumah nak tersengih-sengih..Nak kata mabuk, setahu gua, diorang tak pandai nak ke kelab malam..Layan arak murah sambil lepak bas stop pun tak termasuk dalam aktiviti diorang nie..Ini mesti ada sesuatu nie..Gua tanya, tapi berjawab dengan sengih..Cilaka..Kalau tak kerana gua memikirkan cerita tengah sedap dalam Tv nie, dah lama gua libas dengan tali pinggang..Punya panjang gua tanya, sengih je lu balas..Bukan gua kata lu hensem ke yang lu nak tersengih-sengih..

Dah puas tersengih-sengih kat ruang tamu, diorang terus masuk bilik..Langsung takde nak tanya gua dah makan ke belum..Dah mandi ke belum..Gua abaikan je..Tengok Tv keutamaan gua sekarang nie..Dah penat karang, diorang berhenti la tu tersengih..

Kalau time iklan, gua tak fokus sangat ke Tv..Gua berangan kejap dulu..Tiba-tiba gua dengar member gua yang tadi tu bercakap-cakap dalam bilik..Oleh kerana tabiat gua yang rajin korek telinga 4 kali seminggu, gua dapat dengar perbualan diorang..Dah sembang tak nak kuat pulak..

"Weh, bila kau nak bukak nie.Aku dah tak sabar nak tengok", kata Ismail

"Nanti la.Mana boleh bukak sekarang.Tak kan kau dah lupa petua yang kita kena amalkan", balas Samad

"Ala wei, aku dah tak tahan sangat nak tengok nie.Bukak jela.Bukan ada sapa tau pun", Ismail cuba memaksa

"Tak boleh dol.Kau dengar je cakap aku.Nanti kita bukak sama-sama.Ingat matlamat kita", Samad cuba menenangkan keadaan

Gua yang dekat ruang tamu, terkedu jugak dengar..Balik tersengih-sengih, sembang pulak semacam..Dah kahwin dekat siam ke pun..Macam-macam dah gua bayangkan..Sapa yang di belakang, sapa yang kat depan..Siap ada petua-petua pulak tu..Baru balik mengurut batin ke..Cilaka..Gua tak boleh biarkan nie..Gua kena halang..Gua kena halang..Sampai dua kali gua bisik dalam hati..

Dengan pantas, gua menyusup ke kawasan bilik..Pintu bilik diorang tak tutup..Pergghh..Berani mati nie..Projek tak nak tutup pintu..Gua kalau papehal, gua rakam dulu, baru gua tangkap..Gua jenguk kepala ikut celah pintu yang terbukak..Aiii..Dah tidur..Tadi kemain lagi nak tengok itu ini..Tak jadi la tu kot..Lagipun kan diorang dah janji nak bukak sama-sama..Takpe..Esok gua seting lain..

*****

Senja tadi, dua-dua balik rumah, tersengih-sengih juga lagi..Tapi hari nie, dabel dia punya sengih..Pandang sekali memang rasa nak terajang dah..Malam nie ad projek baik la tu, gua fikir dalam hati..Belum sempat gua nak luruskan kaki bagi penerajang, Ismail tegur..

"Weh, jom pegi makan ikan bakar.Kitorang belanja", kata Ismail

"Lepas tu karang kita pegi pekena Tesco kejap.Beli apa-apa yang patut barang-barang rumah", sambung Ismail lagi

"Beli biskut mentega kacang karang sekali", order gua

"Takdehal.Kita beli satu kotak karang", Ismail jawab dengan yakin

Belum sempai Ismail nak sambung lagi ayat dia, gua terus pecut pegi mandi..Takda bantah-bantah dah..

Habis je makan, sambil-sambil pekena rokok sebatang, gua tanya la juga mana diorang tetiba dapat duit pulak..Selalunya manjang kering..Hari nie hisap dunhill..Siap wakaf lagi atas meja..Selalu Luffman pun letak dalam poket..Keluar sebatang-sebatang..Jumpa harta karun ke..

"Kitorang kena nombor hari nie.First prize woo", jawab Samad ringkas

Samad keluarkan tiket nombor ekor dan kertas putih yang ada tulis nombor..Tok dukun bagi semalam kertas putih tu..Ada nombor kat dalam, tapi kena bukak lepas terbit fajar..

"Pttuihhhh.Cilaka", balas gua

Gua amuk dekat situ juga..

*****

Sapa yang ngajo member gua pegi menurun nombor ekor tu sila tampil bagi penjelasan..

Ikan bakar kat kedai tu kemain lagi dia punya sedap..

Biskut mentega kacang tak beli lagi..


Sekarang nie macam mana kira..


                                       yang mana satu member gua menang, gua tak sempat tanya



12 comments:

atoi said...

cilakak nyaaa

Khumaera Ismail said...

huhu..sabo jela..

Eksotika Blogger said...

hahaha. lawak sanggup menurun no. lawak sebab cam bodo. lawak sebab menang first prize. wakaka

platipus said...

grr!

hiro said...

hati celaru nak baca..xleh pokus..keh2..balik kolej gua baca.

poyotito said...

budak budak tu tikam berapa ringgit?

Brader Chacha said...

tak sempat nak tanya juga..

NadiRah said...

ceh!! men nombor pulak..

hasrul hassan said...

Hahaha .. memang layan entri ni.

http://hasrulhassan.blogspot.com

hiro said...

gua syak 2105 nek..cpt2.

Brader Chacha said...

anda yakin??

~qiFFara~ said...

dah makan duit haram dah tu..
cmne kire plak tu??