Monday, February 14, 2011
Kenangan Yang Tak Dapat Dilupakan Oleh Hamid - Entri Khas Untuk Mereka Yang Mabuk Cinta Ini Hari
Hamid pulang kerja lewat hari nie..Banyak sangat kerja nak di buat..Bertugas sebagai cleaner dan pembancuh air di sebuah pejabat korporat, memang banyak dugaannya..Melayan kerenah staf-staf yang kononnya berpelajaran tinggi, tapi akal masih di paras minimum KBSR..Buang air pun tak reti nak flush..Dek kerana komitmennya yang tinggi, Hamid sanggup tolong flushkan agar staf-staf lain dapat buang air dalam keadaan selesa..
Kebetulan hari nie, ada mesyuarat penting di pejabatnya..Ramai orang-orang korporat yang datang..Maka sibuklah Hamid membancuh kopi pula..Mesyuarat orang besar-besar tak sah kalau takda kopi tepi tangan..Baru nampak bergaya sikit bermesyuarat..Baru cergas nak bergebang..Air liur banyak memercik, ganti dengan air kopi..Macam-macam kopi yang di order daripada kopi jantan membawak ke lasindah kafe..Mana nak cari..Hamid bancuh kopi CNI..Itu je yang ada..
Sampai saja di rumah, Hamid tergesa-gesa mencari orang rumahnya..Di panggilnya, namun tak bersahut..Hamid menjenguk ke bilik tidur mereka..Terdengar bunyi air memercik di kamar mandi..Orang rumahnya sedang membersihkan diri..Hamid bertukar menjadi miang tiba-tiba..Penat bekerja seharian, mungkin nak mencari sesuatu yang mampu menghilangkan stress di kepala..
Hamid bersiap apa-apa yang patut sementara menunggu orang rumahnya habis mandi..Di semburnya wangian ke seluruh badannya yang kurus, tapi masih boleh dikatakan tegap..Dia menunggu di depan pintu kamar mandi..Ikutkan hati, dah lama Hamid menerjah masuk dan menerkam orang rumahnya..Sudah pasti hangat dan hebat..Hamid tetap menunggu menguji kesabaran..Orang kata, kalau bersabar, hasilnya pasti lebih hebat..
Mereka baru saja bersama..Baru seminggu..Dah lama sebenarnya Hamid memendam rasa pada dia, tapi dek kerana persahabatan sejak daripada bangku sekolah, Hamid takut nak meluahkannya..Takut timbul masalah di kemudian hari..Namun, takdir siapa yang boleh menduga..Mungkin sudah jodoh mereka..Hamid tak bertepuk sebelah tangan..Cintanya berbalas dek kerana keberanian Hamid meluahkan isi hatinya..Secara tak sengaja Hamid meluahkan perasaannya kepada si dia..
Perasaan Hamid sekarang bercampur gembira dan terharu kerana apa yang ditunggunya selama ini akhirnya terlaksana..Memandangkan esok cuti umum, maka dapatlah Hamid dan si dia bermesra sepuasnya malam ini..Masing-masing yang sibuk dengan urusan kerja menyebabkan mereka kurang waktu untuk bersama..
Hamid yang berdiri di depan pintu menjadi kaget apabila pintu kamar mandi di buka oleh si dia..Berderau darahnya..Bulu romanya tegak berdiri..Satu perasaan yang lain mula menyelinap masuk ke tubuhnya..Hamid terpaku memandang si dia yang hanya bertuala di depannya..
"Kenapa dengan kau Hamid?", tegur di dia
"Tak sabar betul kau ya!", sambung si dia lagi
Hamid hanya tersengih-sengih seperti selipar koyak..
Fly Me To The Moon - Frank Sinatra
Suasana mula bertukar menjadi romantik..Radio memainkan lagu, di tambah pula dengan bau-bauan aroma hasil daripada pembakaran lilin aromaterapi, suasana semakin hangat dan pijar..Hamid merasakan dirinya seakan sedang terapung di atas bulan sambil di pimpin oleh si dia..Fikirannya melayang..
Si dia memberi isyarat dan Hamid hanya mengangguk taat..Mereka terus berpelukan..Haba yang terhasil daripada pancuran air panas mula menyelinap ke seluruh ruang kamar tidur mereka..Menghangatkan lagi suasana..Bibir Hamid mula meliar..Si dia menggesel-geselkan janggutnya ke dada Hamid..Hamid menggelupur menahan geli kesedapan..Misai Hamid dan misai si dia bertemu..Memeriahkan lagi suasana..Hamid mula meneroka dada si dia yang berbulu lebat sambil mendengus kuat..
"Dah lama aku tunggu saat nie Khairul", bisik Hamid dengan manja
Khairul menolak Hamid ke atas katil yang sudah siap di hiasi bunga oleh Hamid..
Selesai saja adegan di ranjang, Khairul membisikkan sesuatu di telinga Hamid..
"Terima kasih Hamid..Selamat Hari Kekasih..Semoga hubungan kita kekal intim sampai ke hujung usia..Sayang kau laju-laju", bisik Khairul sambil menghadiahkan satu ciuman penutup majlis..
Hamid bangun daripada katil, menggeliatkan badannya seraya menjerit kepuasan seperti sedang menonton pertunjukkan bunga api..
Malam 14 Februari 2011, Hamid hilang terunanya..
*****
Yang kat bawah nie sebenarnya motif entri gua sempena 14 Februari tahun ini...
Tak kira lu Islam, Kristian, Hindu atau Buddha..Takda agama yang suruh pengikut diorang buat benda-benda tak elok nie hari ini atau bila-bila..
Kalau gua nampak, gua rakam, gua upload dalam internet..Sekian..
Sedikit renungan di bawah untuk yang beragama Islam...
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” Surah Al-Isra' Ayat 32
Sabda Rasulullah SAW
"Seorang lelaki janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang lelaki di dalam sehelai kain dan seorang perempuan janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang perempuan dalam sehelai kain".(Nail al-Autar,6:16)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
geli-geleman haha
no valentine day!
siol lah.. cerita dah macam nak naik stim. sekali cerita gay.
macam siol
Post a Comment