Thursday, February 10, 2011

Mudahnya Menggosok Gigi


Ismail melangkah keluar daripada tadika dengan penuh girang..Beg tadika bercorak pelangi di genggamnya kemas..Dengan hati yang penuh berbunga-bunga, Ismail melangkah dengan iringan lagu yang di pelajarinya sepanjang bertadika tadi..

Sebuah kampung, tepi gunung
Penduduknya bahagia
Tinggal seorang tukang kebun
Namanya oh Marina


Oh Marina oh Marina
Oh Marina kawanku
Sungguh Cantik kain batik
Oh Marina I Love U

Ismail seorang budak yang periang dan berani..Budak-budak lain dalam kampung semuanya suka berkawan dengannya baik yang lelaki atau perempuan..Ismail walaupun belum berkhatan, nafsunya boleh tahan kencang juga..Seawal umur 5 tahun dia sudah mula berani kenyit-kenyit mata ke Rohayu..Sekali pun Rohayu tak pernah kenyit mata balik ke Ismail..

"Kenapa kamu sombong sangat dengan kita?", tanya Ismail ke Rohayu

"Kita tak suka kawan dengan kamu..Gigi kamu rongak..Mak kita cakap, orang yang gigi rongak tu pemalas..Malas gosok gigi..Kalau malas gosok gigi nanti gigi jadi reput, buruk, berulat, patah, hancur, lebur dan berkecai", jawab Rohayu

Rohayu walaupun masih kecil, tapi keupayaannya membebel memang berkesan..Ada potensi jadi ibu mithali satu hari nanti..

Itulah Ismail..Sejak mula tumbuh gigi pertama pada usia 2 tahun sampai sekarang, langsung takda sebatang giginya pun yang mampu berdiri megah..Cuma saki baki yang tinggal di gusi Ismail sajalah yang dapat membuktikan bahawa ada gigi pernah tumbuh di situ..

Berbuih dah mulut Mak Jem menyuruh Ismail gosok gigi..Macam-macam teknik dah Mak Jem guna..Daripada tali pinggang membawak ke kempen kesedaran..Penuh gambar-gambar kempen "Jagalah Gigi" Mak Jem tampal dalam bilik Ismail..Tak cukup dalam bilik, dalam jamban pun ada..Hilang juga feel nak buang air kalau mencangkung sambil mengadap gambar gigi..

Satu hari, hari dah nak gelap baru Ismail balik ke rumah..Di hadapan rumah Ismail ada sebuah telaga lama..Dah lama tak guna telaga tu..Secara tak semena-mena, muncul seorang nenek tua terbongkok-bongkok mencari sesuatu tepi telaga..Ismail datang dekat berniat ingin membantu..

"Nek tengah tangkap berudu dalam telaga tu ke?", soal Ismail cuba bergurau

"Nenek dah tua cu..Dah tak main tangkap-tangkap berudu nie..Nenek cari benda", balas nenek

"Apa benda?" tanya Ismail

"Nenek cari gigi nenek..99 tahun dulu ada satu gigi nenek terjatuh dekat sini..Nie nenek nak kumpul balik gigi nenek..Buat kenang-kenangan", jawab nenek tersebut

Ismail dengar sambil mengangguk-angguk..Elok saja Ismail menoleh, nenek tua tersebut sudah lenyap daripada pandangan..Ismail buat tak tahu saja..Terus dia masuk kerumah macam takda apa yang berlaku..Dia lagi sibuk memikirkan raksasa apa yang power rangers akan hadapi kejap lagi..Jam dah pukul 7.15..Ada lg 15 minit masa untuk Ismail bersiap-siap sebelum persoalan tentang raksasanya terjawab..

Dengan pantas Ismail meluru ke bilik air..Dalam keadaan telanjang bulat, Ismail mandi sepantas mungkin..Tak sanggup dia menanggung kekesalan terlepas adegan mendebarkan siri power rangers malam nie..

Tiba-tiba muncul nenek yang tadi berdiri dihadapan Ismail..Nenek tersebut menyerahkan sebatang berus gigi yang dah siap berletak ubat gigi perisa oren sambil menengking..

"Gosok gigi kamu!", tengking nenek tua tersebut

"Taknak!", jerit Ismail

Marah dengan jawapan Ismail, nenek tersebut mengubah rupanya..Dia menjelma menjadi rohayu..

Terpandang saja wajah Rohayu, Ismail jadi tak keruan..Dalam keadaan basah dan tanpa seurat benang di badan..Berhadapan pula dengan Rohayu, membuatkan Ismail terpaku..Ismail seolah-olah khayal dan terlupa yang di hadapannya itu bukanlah Rohayu yang original..Rohayu tidak original tersebut membisikkan sesuatu ke telinga ismail..

"Kalau kamu rajin gosok gigi, tiap-tiap hari kita teman kamu mandi", bisik Rohayu tidak original

Mendengar saja bisikan semacam itu, sejak daripada saat itu, Ismail tak pernah miss gosok gigi..Ada saja masa lapang, mesti dia pergi gosok gigi dengan harapan Rohayu akan menemaninya mandi setiap hari..Tapi, Rohayu tak pernah muncul lagi lepas kejadian tersebut..Yang ada cuma semangat Ismail untuk menggosok gigi..

Ismail yakin yang satu hari nanti, Rohayu pasti akan menemaninya mandi seperti yang telah di janjikan..Dan, amalan menggososk gigi semakin sebati dengan diri Ismail..Dia sudah tidak malas macam dulu..

*****

17 tahun sudah berlalu, kini Ismail bukan saja mengambil berat akan hal giginya sendiri, tapi juga sibuk akan hal gigi-gigi orang lain..Dia kini sudah bergelar seorang doktor gigi yang bertauliah..Daripada seorang budak yang malas menggosok gigi, kini dia sudah berjaya dengan membuka sebuak klinik pergigian..

Hasil daripada kejayaannya, dia berjaya juga menambat hati Rohayu original..

Dan, memang setiap hari Rohayu menemani ismail mandi selepas Ismail pulang daripada kerja..

Akhirnya, penantian Ismail berhasil...

Tapi apa yang selalu bermain di benak Ismail, siapa sebenarnya nenek tua yang dia jumpa 17 tahun dulu..

Dan adakah Rohayu yang dihadapannya sekarang ini Rohayu yang original atau........................

*****

Gosoklah gigi setiap hari supaya gigi anda sihat dan kuat..

6 comments:

Patu said...

wahh menarik juge pengeras die
haha

Amir Syahir said...

keh2...nenek tu sebenarnya jin baik.

Akulah Aqilah Itu said...

HAHAHA!!

akulah Rohayu itu. =D

qwert. said...

ahaks . Rohayu - bunian ? theheee

Anonymous said...

LOL.





aha.adeh., kejang perut.

Jef Hadi said...

ah, gila. ni mesti ROH AYU ni kan?

nama nenek tu Ayu kan?

kankankan?