Saturday, February 12, 2011

Slot Cengkerama Siri 2 : Tok Ketua Mencari Miyabi Episod 2

Apa-apa Hal
Ikuti Episod Pertama Oleh Hiro Dulu Kat Sini

                                                             Edisi Sabtu - Episod 2

Terbeliak mata Justin Bieber tengok gelagat tok ketua..Sepuluh Tahun hidup dengan tok ketua, ini kali pertama dia tengok nafsu Tok Ketua macam kuda..Macam dia juga..Kain pelikat di buka sebab nak di buat lap peluh dan air liur..Nak di lap guna daun, nampak macam kurang praktikal..

"Steady Justin Bieber..Steady..Buat-buat tak nampak je apa yang kamu nampak", tegur Tok Ketua

Justin Bieber cuma mengangguk sambil tersenyum..

"Patutla anak pun takda", bisik hati Justin Bieber dalam bahasa kuda

"Sssyyyhhhh..Diam sikit..Kontrol..Kontrol", tambah Tok Ketua yang tak tahan mendengar Justin Bieber mendengus

Tok ketua melilit kain pelikat di leher..Sambil bertinggung, dia mengarahkan Justin Bieber balik ke rumah memanggil Drogba..Hanya Drogba saja yang mampu membantu Tok Ketua dalam keadaan begini..Mendengar arahan diberikan, sekelip mata Justin Bieber lenyap daripada pandangan Tok Ketua..Justin Bieber dilengkapi transmisi automatik 4 kelajuan dengan keupayaan 3000 kuasa kuda..Juga dilengkapi dengan kad memori 512 megabait serta sistem GPS..Justin Bieber dah diubahsuai oleh Tok Ketua menjadi separuh kuda dan separuh elektronik..Baru steady jadi ketua kampung..

Sesampainya Justin Bieber ke rumah, terus dia memberitahu Drogba akan arahan Tok Ketua..Drogba angguk tanda faham dan terus berlari mendapatkan Tok Ketua di hutan..Justin Bieber hantar satu isyarat elektronik ke alatan kelui Tok Ketua memberitahu yang Drogba dalam perjalanan..Selesai semua urusan, Justin Bieber pergi meragut pucuk bunga rumah sebelah untuk mengisi masa terluang..

Drogba adalah seekor dubuk belang yang memiliki tanduk seperti unicorn..Berkeupayaan untuk terbang apabila akil baligh sekiranya di beri makanan yang seimbang mengikut garis panduan yang ditetapkan Jabatan Kesihatan..Drogba di hadiahkan oleh Penghulu Bunian Semenanjung kepada Tok Ketua atas jasanya membantu melatih skuad sepak raga memenangi pingat emas peringkat Bulimpik (Acara sukan level olimpik untuk masyarakat bunian) di Kanada tahun lalu..Drogba garang dan agresif..Sesuai untuk tugasan-tugasan berat..

Dalam banyak-banyak binatang eksotik dalam Kampung Telur Di Hujung Tanduk, hanya Drogba saja yang mampu berbahasa melayu dengan fasih..Anugerah Illahi tersebut di manfaatkan sebaik-baiknya..Tak hairanlah jika Drogba cukup mesra dengan penduduk kampung..Mesyuarat JKKK kampung pun kadang-kadang Drogba di jemput datang selaku pemerhati..

                                          Gambaran Pelukis Berkenaan Watak Drogba

*****

Di hutan, sambil menunggu Drogba sampai, Tok Ketua sibuk mengintai makhluk yang di jumpainya tadi..Yang menghairankan Tok Ketua, apa yang makhluk tersebut buat dalam hutan begini seorang diri tanpa memakai seurat benang..Tok ketua menyarung kembali kain pelikatnya tadi..Dalam keadaan bertinggung di sebalik pokok, risau juga dia kalau-kalau ada orang kampung yang nampak dia dalam keadaan separuh bogel macam tu..Takut ada yang menuduh bukan-bukan..Tak manis juga kalau seorang ketua kampung di tuduh suka buang air merata-rata..

Makhluk tersebut memang sedap-sedap mata memandang..Badannya di liuk-liuk kan mengikut arah angin..Susuk tubuh yang mengancam..Tok Ketua makin geram..Dah tak tertahannya lagi..Makhluk tersebut mesti dibawanya pulang..Dia dah penat menunggu Drogba yang daripada tadi tak sampai-sampai..Tok Ketua mendapat satu akal, bagaimana nak memikat makhluk tersebut..Namun teknik yang Tok Ketua gunakan sangat rahsia..Tersangatlah rahsia sampai tak boleh nak di tulis..

Di pendekkan cerita, makhluk rupawan tersebut akhirnya berjaya dipikat oleh Tok Ketua..Di belek-beleknya tubuh makhluk tersebut penuh terperinci..Setiap inci di nikmati Tok Ketua dengan penuh nafsu..Dadanya yang solid buat Tok Ketua makin geram..Makhluk tersebut cuma mendiamkan diri..Mungkin menahan geli..Tok Ketua usap-usap leher, makin diusap makin mendada..Makin kencanglah Tok Ketua punya seronok..

"Hah Drogba!..Baru nak sampai..Sesat?", soal Tok Ketua pada Drogba yang tengah tercungap-cungap penat

"Dalam perjalanan tadi saya singgah ke rumah Rebecca..Tolong betulkan jambannya roboh..Sondol dek babi hutan", jawab Drogba

"Ingat Drogba, tolong betulkan jamban takpa..Jangan kamu ejas pulak si Rebecca tu..Ingat..Kamu tu tetap seekor dubuk belang bertanduk unicorn walaupun pandai cakap melayu", pesan Tok Ketua

"Nie sapa bos?", soal Drogba apabila terpandang makhluk rupawan tersebut

"Dah, jom balik!", ajak Tok Ketua

Soalan Drogba tak berjawab..Drogba turutkan saja suruhan Tok Ketua..Sia-sia saja dia ke hutan..Mereka berdua pun balik ke rumah sambil mengusung makhluk rupawan tersebut yang di letakkan dalam guni..Drogba yang bertubuh besar jalan depan sekali untuk kaver line..

                                                    Cara Sebenar Mengopek Kelapa

Lagi beberapa meter nak sampai ke rumah, mereka terserempak dengan Omar Marzuki yang tengah sibuk mengopek kelapa..Masih menggunakan garfu..Langsung takda kemajuan..Tok Ketua hanya mampu gelengkan kepala..Inilah akibatnya kalau banyak sangat minum susu lembu masa kecik..Mereka terus menuju ke rumah tanpa menghiraukan Omar Marzuki..

"Wah, banyak betul sayur Abang bawa balik..Buah betik ada tak?..Nie kalau dah penuh satu guni, mesti ada nie, mesti ada!", teriak Bini Tok Ketua menyambut kepulangan suaminya di pintu dengan badan berbau losyen johnson n johnson

Tok ketua menyuruh Drogba masuk ke kandang sebab hari dah nak malam..Takkan nak tido dalam rumah pulak..Sapa nak teman Justin Bieber dalam kandang..

"Aku tak kutip sayur pun..Buah betik pun takda..Tapi aku ada jumpa barang baik punya", bagitahu Tok Ketua ke bininya

Bini Tok Ketua mencebik ke arah Tok ketua..Merajuk..Dah sebulan dia tak makan betik..Kerana terlalu kecewa, dia buat keputusan nak pergi beli buah betik di pekan..Nak cari di hutan, takut sesat..Perjalanan daripada kampung ke pekan mengambil masa seminggu kalau berjalan kaki..Tok Ketua mengizinkan..Maka bertolaklah Bini Tok Ketua ke pekan malam itu juga..Tok Ketua dah tawarkan khidmat Justin Bieber, tapi dia menolak..Jalan kaki lagi sihat katanya..Itulah rahsia badan lentik Bini Tok Ketua walaupun sudah berusia 45 tahun..Rajin bersenam dan makan ulam-ulam serta buah betik..

Tok Ketua terus berlari ke bilik..Di leraikan ikatan hujung guni tadi dan terus mengeluarkan makhluk rupawan tadi..Di letakkannya atas katil..Ditenungnya dalam-dalam..Tok Ketua terus menerkam seperti binatang buas..Di peluknya sambil mengurut-ngurut belakang makhluk tersebut..Respons yang baik di berikan..Tok Ketua makin galak..Tok ketua terfikir nak bagi nama pada makhluk tersebut..

Dek kerana terpesona dengan kecantikan dan susuk tubuhnya yang solid, Tok Ketua namakannya Miyabi, sempena nama artis pujaannya..Sama cantik sama solid..Daripada tape membawak sampai ke DVD terbaru lakonan artis pujaannya tu, semuanya ada tersimpan kemas oleh Tok Ketua sebagai koleksi peribadi..

Tok ketua main dengan Miyabi atas katil sampai dua-dua tertidur kepenatan..Keseronokan bermain dengan Miyabi sampai terbawa-bawa dalam mimpi..

                                                          Artis pujaan Tok Ketua

*****

GEDEBUK!!!!!

Tok Ketua jatuh katil..Mimpi main kejar-kejar dengan Miyabi dekat lereng bukit..Dalam mimpi tu diorang main kejar-kejar berebut aiskrim cornetto..Berlari ke depan tapi muka pandang ke belakang kononnya macam mengacah-acah Miyabi, menyebabkan Tok Ketua tersadung tunggul kayu..

Tok Ketua terkejut..Miyabi dah takda dalam bilik..Menggelupur dia cari Miyabi dalam rumah..Celah almari, dalam periuk nasi, dekat rak sudu dan segala tempat yang bukan-bukan habis di geledah..Tak jumpa juga..Tok Ketua terus meluru ke luar rumah..Dilihatnya Miyabi tengah sedap-sedap melepak atas rumput depan laman..Drogba dengan Justin Bieber belum bangkit..Hari dah cerah, membuta lagi..Macam mana rezeki nak masuk..

Tok Ketua menghampiri Miyabi..Di cuit sikit kaki Miyabi..Miyabi buat-buat terkejut dan juga buat-buat lari..Tok Ketua yang geram mula mengejar Miyabi..Miyabi menyelinap di celah-celah rimbun pokok tebu..Tok Ketua dah di sampuk syaitan..Bersungguh-sungguh dia kejar Miyabi sampai terlondeh kain pelikat di tengah lamah..Mak Jah sebelah rumah yang tengah meraut daun kelapa terhiris jari sendiri sampai putus dek kerana terkejut..

Setengah jam kemudian, pasukan Paramedik tiba di rumah Mak Jah selepas di hubungi oleh anaknya..

Tok Ketua panggil Miyabi masuk dalam rumah..Tak sanggup dia melihat kulit gebu Miyabi rentung di mamah cahaya ultraungu..Tok Ketua terus menyiapkan makanan untuk Miyabi..Daripada semalam dia tak makan apa-apa lagi..Makanan diletakkan di depan Miyabi, tapi dia cuma pandang saja..Nak bersuap la tu, fikir Tok Ketua..

Miyabi cuma mendiamkan diri bila di suap..Dia cuba menelan makanan yang di suap perlahan-lahan..Tok Ketua dah bercadang nak main lagi dengan Miyabi lepas makan kejap lagi..Tak puas semalam..

Belum sempat habis sepinggan, tiba-tiba muka Miyabi jadi ketat..Merah padam..Dadanya turun naik..Macam sesak nafas..Tok Ketua jeling tepat ke dada Miyabi..Miyabi pengsan di tempat kejadian..Tok Ketua bergegas pergi ke dapur mencari peti pertolongan cemas..Tak jumpa..Bininya sorok mana ntah..

Tok Ketua kembali ke tempat kejadian..Di lihatnya Miyabi dah takda..Yang tinggal cuma kesan tapak kaki..Tak mungkin di baham beruang sebab Tok Ketua dah pagar keliling rumahnya dengan ilmu penunduk binatang..Tok Ketua terduduk di situ..

*****

Petang tu kecoh satu kampung yang Tok Ketua dah macam orang gila ke hulu ke hilir tak berbaju mencari sesuatu..Ada saksi memberitahu yang dia melihat Tok Ketua jalan sorang-sorang dekat tepi hutan sambil menyebut nama Miyabi berulang kali..

Kecoh pula lepas tu, ada yang kata Tok Ketua di sampuk Jin bernama Miyabi..

Bila hari dah nak dekat senja, Tok Ketua balik juga ke rumah..Sampai di anjung rumah, Tok Ketua melabuhkan punggungnya atas bendul..Duduk termenung merenung halaman rumah..Masih terbayang di matanya Miyabi di situ pagi tadi..Dia menyalakan rokok..Menghembus asap dengan hela yang panjang..Di sebalik kepulan asap, terlihat raut wajah usang Tok Ketua yang semakin di mamah usia..Terpampang jelas kesedihan di wajahnya...

Hari berganti hari, Tok Ketua masih begitu..Pagi-pagi lagi dia dah keluar mencari Miyabi..Senja baru dia balik..Duduk termenung atas bendul seperti biasa..Drogba dengan Justin Bieber hanya mampu melihat..Sudah beberapa hari mereka tak makan..Bekas makanan mereka pun dah tumbuh cendawan..

Tiba-tiba...

"Tepilah sikit..Orang nak lalu nie", tegur Bininya yang baru balik daripada membeli betik di pekan

"Ehhh..Dah balik kamu Poziah", balas Tok Ketua lemah

"Elok la..Buatkan aku kopi..Dah berapa hari aku tak minum kopi", tambah Tok Ketua

Baru Tok Ketua sedar yang dah dekat seminggu dia mencari Miyabi..Hanya bekas tapak kaki Miyabi yang tinggal sebagai kenang-kenangan...

Ohhh Aduhai
Ku Masih Ingati
Janji Manis
Dan Saat Romantis

Ohhh Tuhanku
Tabahkan Hatiku
Temukanku
Dengan Ketenangan
Jiwa ini
Dibelasah Rindu
Tetapi Apa Dayaku

Bini Tok Ketua keluar membawa secawan kopi yang di order tadi..Dia terus menutup radio yang di pasang dek Tok Ketua full volume..

"Duk Melangut depan pintu..Dengar lagu sedih senja-senja nie apahal?..Nak cari ketenangan betul, nun pegi ke masjid tu..Dah nak masuk Magrib dah nie", kata bininya

Sayup-sayup kedengaran azan magrib berkumandang tak lama lepas tu....


Bersambung.....................................


*****

Ikuti sambungan siri ini yang ditulis oleh Leplep






8 comments:

Akulah Aqilah Itu said...

kahkahkah!

penat aku gelak.

adehh. Tak sabar tunggu esok.

brader kemal said...

dapat di brader leplep lg hancur jadinye

hida.hadi said...

mieyabi rasa ayam babi?
kahkahkah

Leplep said...

ah faking!jangan sampai gua matikan semua watak dalam cerita ni!

AmriGloomySunday said...

kahkahakah camne aku buleh terbace ayam baki..patot la pelik bunyik nye..thee~

Brader Chacha said...

@alip..faking banyak2 pun x guna..siapkan aje esok punya episod..

kah kah kah

@gloomysunday..teruk mata lu

pdotellwhy said...

apekah brader alip akn bunuh semua watak..??haha..kasi siap chepat da..

Blogger Addict said...

aku suka miyabi...comel la dia tue...