Friday, January 28, 2011

Blogger Anak Satu

Dalam kelajuan maksima, gua pecut skuter member gua dalam hujan yang lebat mencurah-curah membasahi bumi kuala lumpur..Kuala lumpur merupakan ibu negara Malaysia..Ikut sejarah sepatutnya Taiping yang dapat, tapi bukan itu yang gua nak cerita..Dalam kehujanan, gua terpaksa menempuh jalanraya yang penuh dengan lubang-lubang..Entah macam mana, kawalan brek gua gagal..Gua tewas pada satu lubang..Lubang tu dalam dia macam telaga..Gua dan skuter terbenam dalam lubang tu..Suasana gelap dalam lubang tersebut..Gelap dan sejuk menyebabkan gua terlena..

Terjaga saja gua daripada lena, gua lihat alam sekeliling gua berubah..Tadinya gua berada dalam sebuah kota metropolitan, tapi sekarang semuanya berubah..Gua berada di sebuah alam lain yang di selaputi hutan tebal dan binatang-binatang aneh lagi sakti..Mungkin inilah alam magika, fikir gua..Macam mana gua boleh sampai, gua pun tak tahu..Yang pastinya, skuter member gua tadi tu sudah takde bersama gua..Di kejauhan gua lihat, seekor beruk berkaki enam sedang sibuk bermain brek-brek dengan skuter member gua sambil di bonceng oleh seekor tupai betina bersayap..Sah..Gua terpaksa meneroka alam magika ini dengan menggunakan kaki..

Indah betul panorama di sini..Tak sama betul macam alam manusia mahupun filem 2 alam..Haiwan-haiwan di sini hidup bermasyarakat..Ada yang berkahwin campur..Tak hairanlah apabila gua terserempak dengan seekor kucing tanpa misai tapi ada belalai..Tumbuh-tumbuhan di sini juga pandai berdikari..Mereka mampu menyiram diri sendiri daripada air sungai berhampiran..Di sini gua dapat temui buah rambutan yang tiada bulu, kulitnya licin macam kulit buah tembikai..Gua tak berapa nak hairan sebab di alam magika, tiada yang mustahil..

Gua tiba di sebuah taman permainan..Kelihatan kanak-kanak sibuk bermain gelongsor di atas pelangi..Nampaknya gua sudah tiba di kawasan kejiranan manusia magika..Gua terpandang seorang budak kecil sedang duduk berseorangan memeluk seekor arnab..Gua menghampirinya..Mungkin malam ini gua boleh menumpang tidur di rumahnya jika orang tuanya mengizinkan..Gua buat muka semesra yang boleh dan pergi menegur budak bersama arnab itu..

"Siapa nama adik", gua menegur

"Ica", jawab budak bersama arnab

"Kenapa adik tak main gelongsor pelangi macam kawan-kawan adik yang lain?", soal gua

"Saya gayat.Baik saya main dengan arnab saya nie saja.", balas Ica

"Arnab adik nie apa nama dia?", soal gua lagi saja nak beramah mesra

"Hari nie nama dia hitomi,semalam nama dia tachibana.Esok punya nama saya belum fikir lagi.", jawab Ica

"Nama dia ikut hari eh.Takpela.Abah ada dekat rumah tak?.Boleh bawak abang jumpa dengan dia?", soal gua lagi

"Boleh.Jomla ikut saya balik", jemput Ica

Gua mengikut Ica dari belakang..Jauh juga perjalanan nak ke rumahnya..Akhirnya gua tiba di sebuah pondok usang yang mungkin akan roboh dalam dua tiga bulan lagi..Gua di jemput masuk ke dalam pondok..Nak panggil rumah pun tak boleh sebab tak macam rumah langsung..Pondok lebih sesuai..Kelihatan seorang tua terlantar di atas lantai berlapikkan daun buluh..Teruk betul rupa dia..Betul-betul di mamah usia..Ica bagitau gua yang buluh di alam magika nie tak miang..Gua menghampiri si tua itu dan memberi salam..

Muka si tua gua amati betul-betul..Macam gua cam sangat muka lelaki uzur di hadapan gua nie..Lalu gua pun menyoal siasat orang tua tersebut..Daripada soal siasat gua, maka yakinlah gua yang di hadapan gua nie adalah seorang blogger yang gua kenal satu masa dahulu..Si tua itu mengaku yang dialah Blogger Hiro yang selalu bermain-main komen dengan gua dekat facebook..

Dia menceritakan segala kisahnya pada gua..Gua sebak..Sampai begini nasib yang lu terpaksa lalui Hiro..Dia di tinggalkan "mem" nya kerana terkantoi selalu bermain poke-poke dengan makwe lain..Hiro dulu memang terkenal banyak makwe simpanan..Akibat rabak, beliau melarikan diri ke alam magika nie bersama anak tunggal mereka, Ica..Setahun tinggal di alam magika, beliau di serang penyakit misteri sehinggakan nak menaip entri di blog beliau pun dia tak mampu..Ica lah yang selalu menolong Hiro update blog beliau..Walaupun masih kecil, didikan yang Hiro berikan cukup tiptop..Penyakit misteri itu jugalah yang menyebabkan beliau menjadi tua sebelum masanya..Kalau dulu hiro mampu menjamah nasi sampai dua pinggan, tapi sekarang, nak menelan sebiji nasi pun dia tak lalu..

Gua bertanya kepada hiro bagaimana gua boleh terdampar di alam magika ini..Hiro memberitahu yang semua ini sudah di rancang oleh nya..Dia mahu gua menetap di sini menjadi sebahagian daripada keluarganya..Gua adalah lelaki yang terpilih untuk ke alam magika..Rupanya gua ke sini bukan untuk bersuka-suka, tapi ada tanggungjawab besar yang perlu gua pikul..Dalam kata-kata yang tersekat-sekat, gua mendengar amanat yang di berikan oleh hiro kepada gua..

"Lu tinggallah di sini dan apabila genap umur Ica 16 tahun, lu kahwinilah dia dengan hati yang ikhlas.Sayangilah dia sepertimana gua menyayanginya..Lu saja yang gua boleh harapkan untuk membimbing Ica menjadi wanita yang solehah dan berakhlak mulia", pesan hiro pada gua

Dalam keadaan sebak, gua terus bersetuju dengan idea hiro..Tak sangka betul..Gua jadi menantu lu hiro..Mungkin ini sudah takdir gua..

*****

Tiittt  tiiiittttt ttiiitttttt

Bunyi mesej masuk ke handphone gua..Nama penghantar jelas tertulis Brader Leplep..

"Woi.Dalam setengah lagi, amek gua kat LRT Bandar Tun Razak..Bas baru sampai kat Pekeliling nie"

Gua bangun, tenyeh-tenyeh mata, tengok sekeliling, gua masih ada dalam bilik gua rupanya..Alam magika tadi hanyalah satu mimpi di siang hari saja rupanya..Yang naik motor dalam hujan tadi pun mimpi juga rupanya..


Cilakak..Takkan la hiro pulak nak jadi bapak mertua gua..Tak sangka, sampai macam tu sekali niat lu diam-diam rupanya hiro..Sungguh gua tak sangka..

Kenapa hiro, kenapa..


Fuhhhhhh...

Nasib baik la bukan real..kalau tak, berapa lama pulak gua nak hidup dalam alam magika tu nak tunggu si Ica cukup umur 16 tahun..Lambat la gua nak merasa nikmat alam perkahwinan kalau macam tu..



8 comments:

Anonymous said...

Nak kena tulis apa ek kat sini?

-Kipas Lipas-

Brader Chacha said...

apa-apa pun boleh..asalkan rasa nak tulis, tulis

Lee Zha said...

haha

tak-ley-blah ko punya kisah mimpi. tapi kreatif. best! :D

Dyna Yvonne said...

hehe.lu da sangkut ngn hiro ni.haha.

ch0mbi wan ken0bi said...

kalo mimpi d mlm hari............

nyit2>_<"

AmriGloomySunday said...

hakhakk balas2 mimpi ngn hiro neh..

hiro said...

gampang best...keh2..salute2.

Anonymous said...

lu nye imaginasi sama mcm gua la beb..wa salute sama lu