Sunday, January 23, 2011

Rambut Tok Ketua

"Kamu nie ngisap ke kat kolumpo nun?" tegur ketua kampung gua.

"Apahal pulak?" gua jawab.

"Rambut panjang, serabai, tak bersikat.Teruk benor aku nengok kamu nie" sambung tok ketua gua lagi.

"Celaka" balas gua.

Terus gua hadiahkan satu penerajang tepat ke perut tok ketua gua sebagai tanda kenang-kenangan.


*****

Bila rambut panjang, rambut tak sikat aje, mesti kena tuduh bukan2..Apa ingat orang rambut pendek banyak baik ka..Botak Chin dulu pegi merompak bank, sehelai rambut pun takde atas kepala..Macam mana kira pulak tu..

Tok ketua gua tu pun bukan boleh pakai sangat..24 jam berkopiah ke hulu ke hilir..Harta ngalahkan orang bergaji menteri..


*****

Sejak daripada peristiwa tu, tiap kali gua selisih dgn tok ketua gua, mesti dia yang angkat tangan tegur gua dulu..Baru dia tau kerana mulut badan binasa..



1 comment:

Amir Syahir said...

kok nk ajarin tok ketua, jangan la keras-keras sgt. dia ayah Milah yg lu berkenannnn.