Saturday, January 29, 2011

Kerana Sesuap Nasi

Senja semalam, gua dengan Rauf yakni rakan serumah gua dah tak boleh tahan lapar yang kemain lagi daripada tadi..Tengok Tv pun dah tak berapa nak semangat..Menonton cerita serupa cilaka dalam keadaan lapar, memang susah nak bagitau dia punya rasa..Nak buat huru hara dekat facebook pun terketar-ketar jari nak klik sana sini..

Berbelang-belang juga kaki 3 orang budak gua libas dengan batang pancing sebab main badminton depan rumah gua..Orang tengah lapar, memekak tak tentu hala pulak..Nasib baik tak patah batang pancing gua..Kalau tak, nak pegi mengail pakai apa lepas nie..Takkan batang penyapu..

Lepas perasaan gua kembali waras, gua teringat cerita pasal satu gerai nasik kukus sedap kemain lagi dekat dengan petronas depan tu..Abang beruang sebelah rumah yang bagitau ke gua minggu lepas..Tak salah rasanya kalau gua dengan Rauf pegi try nasi kukus kat sana hari nie..Gua terbayang muka abang beruang bersungguh-sungguh bagitahu yang nasi kukus tu memang popular dan ramai orang sambil buat thumbs up..

Gua pegi bersiap lebih kurang..Pisau rambo gua ikat kemas pada betis gua..Bukan apa, kawasan tempat gerai nasi kukus tu banyak negro..Kalau apa-apa hal, kurang-kurang gua dah bersiap sedia..Gua harap prestasi nasi kukus tu tak mengecewakan..

Start motor, terus gerak..Daripada simpang rumah gua nak ke jalan besar, jalan memang clear..Tak payah pakai banyak tenaga sangat nak tunggang motor..Bila sampai je jalan besar, tu dia..Bukan main-main dia punya jem..Kerja mencilok-cilok memang susah nak buat kalau Rauf duduk belakang..Keyakinan nak mencilok gua memang turun separuh kalau ada jenis yang duduk tak reti diam kat belakang..Kalau jatuh karang dua-dua sakit..

Dalam keadaan kami di celah-celah kereta, tiba-tiba Rauf bersuara dekat belakang..

"Ramai betul orang nak pegi beli nasi kukus tu eh.Sampai jem jalan", Rauf bersuara

Gua jeling muka Rauf ikut side mirror sambil gua pamerkan muka kagum..

Berkat pengalaman gua bertahun-tahun dalam aktiviti mencilok, selamat juga kami sampai ke gerai nasi kukus tersebut..Yang kelihatan dekat gerai tu, cuma kami berdua saja yang datang membeli..Tak sama langsung macam suasana yang di gambarkan oleh abang beruang..Lantaklah, janji boleh beli sudah..

Sampai saja kat rumah, Rauf dengan pantas tanpa di suruh terus bentang surat khabar..Buat lapik..Belum sempat gua baca bismillah, Rauf dah sumbat suapan pertama ke mulut..Gua tengok muka Rauf kelat..Macam bergenang pun ada air mata dia..

"Tak sedap langsung.Nasik bagi makan kucing lagi sedap", teriak Rauf

*****

Pagi tadi, gua dengar abang beruang membebel depan rumah dia..Bising betul..Katanya ada orang pancitkan tayar van sekolah dia..Bunyi pintu van kena hempas selang seli dengan carutan..Bergoncang juga dia punya van..

Rauf buat-buat steady tengok abang beruang mengamuk sambil sedut asap rokok dalam-dalam..

Gua pandang Rauf, dia jeling ke gua sambil angkat-angkat kening..

"Cekap juga Rauf buat kerja", bisik gua dalam hati

6 comments:

AmriGloomySunday said...

hakhakk nakal jgk..

NAJ HEBAT said...

buat dajal kat beruang mmh best.

Biasa sudah.


kah kah kah.

Brader Chacha said...

ehhh..kita berjiran ke?

chittysarah said...

kecian abang beruang..
taste abang beruang len kot..

agagagaaga..

Brader Chacha said...

nasib la dia

keh keh keh

Anonymous said...

aku dah bilang dari awal. Nasi kukus RM4.50 + nasi lebih jugak lumayan rasanya.

-Lipas Kipas-