Thursday, January 27, 2011

Mandi Di Bilik Air

Perjalanan ke rumah ustazah tempat gua mengaji masa kecik-kecik dulu kalau ikutkan takdela jauh mana..Tapi di sebabkan pergi tu dengan hati yang tak berapa nak ikhlas sangat kadang-kadang, perjalanan yang dekat tu memang perit betul gua rasa..Kalau nak di ukur jauhnya tu, sebatang aiskrim gua rasa da boleh sampai..Gua tak pakai ukuran sebatang rokok sebab masa tu gua belum pandai lagi nak beli rokok batang..Nak beli sekotak, nanti nak sorok mana..Kalau mak gua jumpa tak ke mampus..

Biasanya gua pergi mengaji, gua akan menunggang pacuan dua roda kayuh sendiri yang gua miliki..Itu kalau mood gua rajin nak mengayuh..Kadang-kadang risau juga tulang gua reput..Benda kalau dah pakai berlebihan, cepat rosak..

Untuk mengurangkan rasa risau gua, selalunya gua akan tunggu saja tepi jalan..Mesti ada nanti member gua yang lalu..Gua tahan, gua tumpang..Senang..Peluh tak keluar, kaki tak penat mengayuh..Gua boleh rilek-rilek duduk kat belakang sambil makan aiskrim..Gua boleh pilih sebenarnya kenderaan apa yang gua nak naik..Tapi kalau nak perjalanan tu tak berapa nak bosan, gua tahan juga la basikal member gua..Kalau tahan motor orang tua, karang nak borak apa pulak atas motor..

*****

Ada satu hari tu gua ingat, ustazah gua ada bagitau pasal setan..Macam-macam la ustazah gua cerita..Dapat bercerita boleh tahan lebat juga ustazah gua nie..Gua ada juga tanya ustazah gua, setan tu cakap bahasa melayu ke cakap arab..Tunggang-langgang juga gua tengok ustazah gua fikirkan jawapan..Kehebatan dia bermain dengan masa menyebabkan dia terselamat daripada menjawab soalan gua..Jenis pandai memanipulasikan keadaan..

Yang paling gua ingat sekali, ustazah gua cakap, kalau masa orang azan, dalam bilik air akan penuh dengan setan..Ustazah gua kata, setan nie takut dengan laungan azan..Bilik air tu umpama bilik gerakan diorang ustazah gua kabor..Sejahat-jahat setan, takut juga dia pada azan..Manusia kalau time azan, macam-macam benda buat..Kalau Tv pasang azan, belum sempat habis sebaris, channel dah ke lain..Kadang-kadang je berjawab azan tu..

*****

Biasa masa senja-senja, gua akan mandi sebelum azan magrib..Dan masa tu jugalah masa kakak gua nak mandi..Aktiviti mandi gua akan sedikit terganggu dengan bunyi bising kakak gua membebel dekat luar..Gua kalau mandi memang lama..Yang sebetulnya mandi kejap saja..Main sampan kertas dalam kolah yang buat lama..Habis air kolah bau ubat gigi..Sapa yang cempien main sampan kertas, mesti tau apa guna ubat gigi dalam indutri sampan kertas..

Gua akan berhenti mandi bila dengar bunyi mikrofon masjid di ketuk-ketuk oleh tok bilal..Dah nak azan la maknanya tu..Gua ingat lagi kata-kata ustazah gua..Malas gua nak bersesak-sesak dalam bilik air dengan setan..Taknak gua main sampan kertas dengan anak setan..Anak setan nie jahat dia lain macam..

***** 

Bila dah besar nie, dah azan isyak pun belum tentu lagi gua mandi..

3 comments:

Amir Syahir said...

solat 7 rakaat. keh2.mgrib n isyak,

Brader Chacha said...

cakap saja tak guna..

alec beyehboh said...

haha.. ini sumpah kelakar...